11H9M BALKANS VAMPIRE

Sale!
WEB PROMO JIMAT-17
ID PAKEJ: SD/9MBV/TK
DESTINASI:
PENERBANGAN: Turkish Airways


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR 

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan ke Bucharest, Romania melalui Istanbul.


HARI 2

ISTANBUL – BUCHAREST  (SP/MT/MM)

  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Henri Coanda Bucharest, bertemu dengan pemandu pelancong dan di bawa untuk makan tengahari di restoran tempatan.
  • Kemudian tetamu di bawa melawat sekitar Bucharest antaranya; Palace of Parliament merupakan bangunan pentadbiran ke-2 terbesar di dunia selepas Pentagon di Amerika Syarikat, Calea Victoriei Street merupakan jalan utama yang paling terkenal di pusat Bucharest, CEC Buildingmerupakan markas CEC Bank yang dibangunkan pada tahun 1900, Triumphal Arc merupakan monumen sejarah dan salah satu mercu tanda dan simbol di Bucharest, Revolution Square merupakan dataran yang terletaknya bangunan Central Committee of the Romanian Communist Party yang merupakan ibu pejabat rejim komunis di Romania sewaktu era pemerintahan komunis, Stavropoleos Church merupakan sebuah gereja orthodox kecil yang pernah ditutup selama lebih daripada satu kurun kerana mengalami kerosakan yang teruk dan ianya hanya dibuka semula pada tahun 1991 selepas tamatnya era pemerintahan komunis di Romania.
  • Seterusnya tetamu di bawa untuk makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel


HARI 3

BUCHAREST – TRANSYLVANIA –  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke Transylvania yang merupakan sebuah kawasan di pusat Romania dan terkenal dengan bandar-bandar zaman pertengahan, sempadan pergunungan dan istana.
  • Tetamu di bawa melawat ke Bran Castle yang juga dikenali sebagai ‘Dracula’s Castle’, adalah sebuah monumen penting dan mercu tanda utama di Romania. Ianya adalah salah satu daripada beberapa buah istana yang dikaitkan dengan lagenda Dracula. Akan tetapi, Bran Castle ini adalah yang paling terkenal sekali kerana nama istana inilah yang disebut di dalam novel Dracula, hasil karya Bram Stoker. Bran Castle dikatakan dibina pada tahun 1377 dan digunakan sebagai kubu pertahanan untuk menghalang pencerobohan tentera Empayar Turki Uthmaniyah. Kemudiannya, mulai tahun 1920 istana ini dijadikan kediaman diraja Romania. Ia menjadi kediaman utama Permaisuri Romania pada waktu itu yang bernama Marie. Buat masa sekarang, Bran Castle ini dijadikan muzium yang mempamerkan khazanah‐khazanah tinggalan Permaisuri Marie. Makan tengahari di restoran tempatan sebelum bertolak kembali ke Bucharest. Setibanya di Bucharest, tetamu diberi masa bebas di Calea Victoriei Street. Seterusnya makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Bucharest.


HARI 4

BUCHAREST – SOFIA  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak menuju ke Sofia dan setibanya di sana, tetamu di bawa melawat sekitar bandar Sofia antaranya; melihat senibina Alexander Nevski Cathedral yang merupakan salah satu gereja ortodox terbesar di Eropah dan juga merupakan simbol kota Sofia, Holy Synod, National Theatre, menziarahi Banya Bashi Mosque yang dibina dalam tahun 1576 di zaman Osmaniah yang dibina oleh arkitek dan jurutera awam Mimar Sinan yang juga telah membina Masjid Biru di Istanbul.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 5

SOFIA - SKOPJE  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak menuju ke Skopje yang merupakan ibu negara dan bandar yang terbesar di Republik of Maccedonia.
  • Setibanya di sana, tetamu di bawa untuk makan tengahari di restoran tempatan.
  • Seterusnya tetamu di bawa melawat sekitar Skopje antaranya; Castle of Skopje yang juga dikenali sebagai ‘Kale Fortress’ yang dibina sejak kurun ke-6.
  • Kemudian tetamu di bawa menziarahi Mustafa Pasha Mosque sebuah masjid yang terletak di kawasan Bazaar. Masjid ini adalah antara masjid yang tercantik dan terkenal di negara Macedonia. Ianya dibina pada tahun 1492 oleh Mustafa Pasha, wazir kepada Sultan Selim I yang memerintah Empayar Turki Uthmaniyah pada waktu itu. Menziarahi Murat Pasha Mosque yang memiliki air pancut di bahagian luar pintu masuknya. Ketika Skopje mengalami musim panas yang sangat terik, hampir semua yang melewatinya akan berhenti sejenak untuk minum. Masjid ini telah berusia ratusan tahun, tetapi baru dibangunkan semula pada tahun 1802 setelah menjadi korban dari kebakaran besar  pada tahun 1689. Menziarahi Yahya Pasha Mosque yang dibina pada tahun 1504 dimana ianya digunakan oleh tentera german sebagai artillery workshop pada tahun 1915.Kemudian menuju ke Stone Bridge yang merupakan jambatan yang dibina merentangi Sungai Vardar yang menghubungkan Old Town dengan Macedonian Square. Jambatan bersejarah sepanjang 214 meter ini merupakan antara mercu tanda utama Skopje, Square of Macedonia yang merupakan dataran utama yang terdapat di kota Skopje serta di dataran ini jugalah terdapat Alexander The Great Statue yang berdiri megah di sini.
  • Dataran ini juga seringkali dijadikan lokasi untuk aktiviti‐aktiviti kebudayaan, politik dan Festival perayaan Krismas juga turut diadakan di dataran ini. Macedonian Square juga merupakan tempat yang bersejarah bagi rakyat Macedonia kerana di sinilah kemerdekaan Macedonia daripada Yugoslavia diumumkan oleh Presiden pertamanya, iaitu Kiro Gligorov.
  • Pada masa kini, di sekeliling dataran ini terdapat banyak bangunan‐bangunan yang bercirikan senibina moden. Seterusnya tetamu di bawa membeli belah di Old Town yang menjual pelbagai barangan cenderamata.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 6

SKOPJE - PRIZREN - BAR  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak menuju ke Prizren, adalah sebuah bandar bersejarah yang terletak di bahagian selatan Republik Kosovo serta merupakan bandar ke-2 terbesar di Kosovo.
  • Prizren terkenal dengan jolokan ‘City of Mosques and Monastries’. Setibanya di sana, tetamu di bawa melawat sekitar Prizren antaranya; Sinan Pasha MosqueTurkish BazaarStone Bridge dan Bezhistan. Makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya membeli belah di Old Turkish Bazaar.
  • Seterusnya meneruskan perjalanan ke Bar dan setibanya di sana, tetamu di bawa melawat ke Old Town.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 7

BAR - BUDVA - KOTOR - DUBROVNIK  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak menuju ke kota Budva yang terletak di dalam negara Montenegro dan melawat tarikan di situ; The Old Town Stari GradOrthodox Church dan Heritage Buildings.
  • Kemudian meneruskan perjalanan ke Kotor di Montenegro yang banyak mercu tandanya merupakan tapak UNESCO World Heritage Sites.
  • Melawat Wall of Shame, Orthodox Square, Major Building, Tourism School and Weapon Square.
  • Seterusnya bertolak menuju ke Dubrovnik yang terkenal dengan tembok kota tepi lautnya di dalam negara Croatia.
  • Daftar masuk hotel dan makan malam.


HARI 8

DUBROVNIK - MOSTAR - SARAJEVO  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bersiar-siar sambil membeli cederahati di Old Town Stradun sebelum bertolak menuju ke bandar Mostar yang terletak di dalam negara Bosnia and Herzegovina. Singgah sebentar dan melawat tarikan di perkampungan zaman Uthmaniyyah sejak 1383 lagi iaitu Pocitelj; Ali Pasha Mosque, Clock Tower dan merakam pemandangan panorama dari Hill of Pocitelj.
  • Setibanya di Mostar, tetamu di bawa untuk makan tengahari di restoran tempatan.
  • Seterusnya tetamu di bawa melawat sekitar Mostar yang merupakan kawasan yang amat terkesan dibom semasa Perang Bosnia. Melawat Old Bridge Stari Most yang amat terkenal baik dari segi sejarahnya sejak 1566 dan keindahannya, menyelusuri kawasan Old Town, Koski Mehmed Pasha Mosque, menziarahi Karadozbegova MosqueOttoman Hamams dan Herzegovina Museum yang banyak menceritakan sejarah tragis Perang Bosnia.
  • Bertolak menuju ke Sarajevo dan tetamu di bawa melawat ke sekitarnya antaranya; Latin Bridge, Gazi Husref Bey Mosque.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 9

SARAJEVO - SREBNENICA - BELGRADE (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Seterusnya tetamu di bawa melawat Tunnel of Hope yang merupakan terowong laluan keluar masuk pada zaman Perang Bosnia dari Sarajevo bagi mendapatkan bekalan senjata atau makanan.
  • Meneruskan perjalanan ke Srebrenica dan setibanya di sana, tetamu di bawa untuk makan tengahari.
  • Kemudian melawat Genocide Memorial secara rasmi dikenali sebagai Memorial Srebrenica-Potočari dan Perkuburan Mangsa Pembunuhan Bangsa 1995, adalah kompleks peringatan-tanah perkuburan di Srebrenica ditubuhkan untuk penghormatan jenazah 1995 Srebrenica pembunuhan beramai-ramai.
  • Perjalanan diteruskan ke Belgrade dan makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Belgrade.


HARI 10

BELGRADE - BUDAPEST  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Memulakan lawatan ke sekitar Belgrade adalah ibu kota Serbia dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selatan-Timur Eropah selepas Istanbul dan Athens. Belgrade merupakan bandar yang penuh dengan sejarah kerana ianya antara bandar tertua di Eropah dan kisah sejarahnya telah bertapak sejak 7,000 tahun. Antara tempat yang di lawati adalah; Kalemegdan Park adalah taman yang terbesar dan monumen sejarah yang paling penting di Belgrade. Ia terletak pada 125 meter tinggi tebing, di persimpangan Sungai Sava dan Danube, Cathederal Saint Sava adalah gereja dari Serbian orthodox yang juga merupakan gereja orthodox terbesar di dunia yang selesai dibangunkan pada tahun 1989, National Parliament, Old King Palace, Sava and Duna Rivers, Palace of Rector dan Republic Square.
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, tetamu di bawa solat di Bajrakli Mosque.
  • Kemudian di bawa membeli belah di Knez Mihajlova Street.
  • Seterusnya perjalanan diteruskan ke Budapest.
  • Setibanya di sana, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 11

BUDAPEST - ISTANBUL  (SP/MT)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Sebelum bertolak ke lapangan terbang, tetamu dibawa bersiar-siar di sekitar ibu kota negara Hungary, Budapest yang merupakan antara bandaraya yang tercantik di benua Eropah antaranya; berpeluang mengambil gambar panorama kota ini dari atas puncak Gellert Hill Citadel yang dibina pada tahun 1850 dan terletaknya Liberty Monument merupakan sebuah tugu penghargaan kerajaan Hungary kepada Red Army Soviet Union yang mengalahkan tentera Nazi ketika Perang Dunia ke-2. Melalui Elisabeth Bridge, adalah jambatan terbaru ketiga Budapest menghubungkan Buda dan Pest merentasi Sungai Danube. Ia dinamakan sempena Queen Elizabeth isteri kepada Francis Joseph I, yang mati dibunuh di Geneva pada tahun 1898.
  • Seterusnya melawat ke Fishermen’s Bastion iaitu sebuah kubu pertahanan atau benteng yang dibina dari tahun 1895 sehingga 1902 dan merupakan mercu tanda bagi Hungary. Ia dibina sempena menghargai jasa nelayan-nelayan yang telah mempertahankan bandar ini daripada serangan pihak musuh dengan tujuh puncak menara yang melambangkan 7 puak Magyar.
  • Kemudian di bawa melawat ke St.Mathias Cathedral sebuah gereja roman katolik yang dibina pada tahun 1015 dan pernah dibinasakan oleh tentera Mongol pada tahun 1241 dan dibina semula pada separuh kedua abad ke 14 dan pada abad ke 19.
  • Seterusnya ke Heroes’ Square adalah salah satu daripada dataran utama di Budapest. Di sini terdapat mercu tanda Budapest iaitu Millennium Monument yang terkenal dengan kompleks patung-patung atau tugu-tugu ikonik antaranya; patung-patung ‘Seven Chieftains of the Magyars’ dan patung pemimpin-pemimpin negara lain, Parliament Building merupakan bangunan yang mempunyai bilik sebanyak 691 yang cukup memukau mata memandang akan kehebatan seni bina dan saiznya.
  • Kemudian tetamu di bawa untuk makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya di bawa ke Lapangan Terbang Budapest untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Istanbul.


HARI 12

ISTANBUL - KUALA LUMPUR  

Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 6 malam yang selesa di hotel bertaraf 9* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Bran Castle dan Tunnel of Hope
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi).

TIDAK TERMASUK

• Surcaj tambahan ketika musim puncak/perayaan.
• Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar, porter dll.
• Makanan dan lawatan termasuk tiket selain yang dinyatakan dalam aturcara.
• Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi.
• Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
• Sebarang insurans kembara – hubungi kami bagi konsultansi premium yang sesuai.

HARGA SEORANG DARI

RM8,788 RM7,988

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS 2017
8 Feb | 26 Mac


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 TK 61 KL – Istanbul 2355 0620 + 1
2 TK 1043 Istanbul – Bucharest 0825 0845
11 TK 1038 Budapest – Istanbul 2005 0015 + 1
12 TK 60 Istanbul – KL 0155 1720

 


HARGA PAKEJ

KONFIGURASI BILIK HARGA NORMAL HARGA RUNTUH!
Bilik Seorang RM9,788 RM8,988
Bilik Berdua/Bertiga RM8,788 RM7,988
Kanak-Kanak Bilik Berdua RM8,288 RM7,688
Kanak-Kanak Berkatil RM6,988 RM6,488
Kanak-Kanak Tanpa Katil RM6,188 RM5,688

 


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
Bucharest Ambasador Hotel / setaraf 4*
Sofia Best Western Expo Hotel / setaraf 4*
Skopje Best Western Tourist Hotel / setaraf 4*
Bar Princess Hotel / setaraf 4*
Dubrovnik Adria Hotel / setaraf 4*
Sarajevo Hollywood Hotel / setaraf 4*
Belgrade Belgrade City Hotel / setaraf 4*
Budapest Novotel Budapest Hotel / setaraf 4*

 


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.

 

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ