12H9M MOROCCO + SPAIN + PORTUGAL

Sale!
WEB PROMO JIMAT-19
ID PAKEJ: SD/9MSPA/QR
DESTINASI:
PENERBANGAN: Turkish Airlines


ATURCARA

HARI 1

Kuala Lumpur – Istanbul 

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Istanbul.


HARI 2

Istanbul - Casablanca - Marrakesh (MM)

  • Transit di Istanbul dan meneruskan penerbangan ke Casablanca.
  • Setibanya di Casablanca, melawat Hassan II Mosque yang merupakan masjid ke-5 terbesar di dunia dan uniknya masjid ini dilengkapi oleh laser yang diarahkan ke Mekah.
  • Meneruskan perjalanan ke Marrakesh.
  • Tiba di Marrakesh dan daftar masuk hotel.
  • Makan malam di hotel dan bermalam di Marrakesh


HARI 3

Marrakesh - Rabat (SP/MT/MM)

  • Saparan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Lawatan di sekitar bandar Marrakesh; Old Medina, Tombeaux Saadiensatau disebut Makam Saadien, merupakan makam kerabat Sultan Ahmad Al-Mansur Saadiens, Bahia Palace sebuah istana yang tersergam cantik dengan 160 buah bilik yang dibina pada akhir kurun ke-19 dan merupakan seni bina gabungan Islam dan tradisional Maghribi terbaik yang pernah dibina.
  • Melawat ke Koutoubia Mosque yang merupakan masjid utama di kota ini serta masjid yang berkonsepkan tradisional Morocco.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Membeli belah di Djemaa El-Fnaa Squareyang merupakan sebuah dataran dan pasar tradisional yang paling popular.
  • Meneruskan perjalanan ke Rabat.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel.
  • Bermalam di Rabat.


HARI 4

Rabat - Tangier (SP/MT/MM)

  • Saparan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Lawatan ke Kasbah of The Udayas yang merupakan sebuah kubu pertahanan dan istana kediaman pemimpin semasa zaman pemerintahan Khalifah Almohad.
  • Membeli belah di Old Bazaar.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Melawat Hassan Tower sebuah menara kepada masjid yang tidak siap dibina, Mausoleum of Mohamed Vyang menempatkan makam King Mohamed V serta dua anaknya iaitu King Hassan II dan Putera Abdullah.
  • Meneruskan perjalanan ke
  • Makan malam dan daftar masuk hotel.
  • Bermalam di Tangier.


HARI 5

Tangier - Tarifa - Seville (SP/MT/MM)

  • Saparan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke pelabuhan Tangier untuk menaiki feri ke Tarifa, Spain merentasi Selat Gibraltar.
  • Tiba di Tarifa dan makan tengahari di restoran tempatan.
  • Meneruskan perjalanan ke Seville
  • Lawatan ke Plaza de Espanayang diberi nama ‘Maria Luisa Park’ bangunan yang cukup mengagumkan reka bentuknya.
  • Seterusnya ke Seville Cathedral yang pada asalnya adalah sebuah masjid yang kemudiannya diruntuhkan dan dibina semula sebagai gereja Roman Katolik dengan menara asal masjid tersebut Giralda Tower masih utuh berdiri dan Golden Tower.
  • Melawat Santa Cruz Quarter, kawasan kejiranan bersejarah Zaman Pertengahan dan bersebelahan dengan Real Alcazaryang dahulunya sebuah istana pemerintahan milik kerajaan Islam Moorish.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Seville.


HARI 6

Seville - Lisbon (SP/MT/MM)

  • Saparan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Meneruskan perjalanan ke Lisbon.
  • Tiba di Lisbon dan makan tengahari di restoran tempatan.
  • Solat di Central Mosque of Lisbon dan berhenti berfoto di Jeronimos Monastery, Belem Tower adalah menara kubu pertahanan pada abad ke-16, Monument to the Discoveries yang dibuat pada tahun 1940 sebagai simbol ‘age of exploration’ pada abad ke-15 dan abad ke-16, Rossio Square yang merupakan dataran utama di Lisbon serta membeli belah di sekitarnya.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Lisbon.


HARI 7

Lisbon – Sintra – Seville (SP/MT/MM)

  • Saparan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Sintra dan melawat ke Palace Da Pena, merupakan istana yang terletak di atas bukit dan termasuk dalam satu dari tujuh Seven Wonders of Portugal dan juga merupakan UNESCO World Heritage Site. Palace Da Pena adalah istana peristirahatan keluarga kerajaan Portugis yang sering digunakan pada musim panas.
  • Kembali ke Lisbon.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan solat di Central Mosque of Lisbon.
  • Kemudian meneruskan perjalanan ke Seville.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Seville.


HARI 8

Seville – Cordoba - Granada  (SP/MT/MM)

  • Saparan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Meneruskan perjalanan ke Cordoba dan melawat Great Mosque of Cordoba atau dikenali sebagai Mezquita yang terkenal dengan keunikan seni bina bercirikan Moorish.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke Granada.
  • Setibanya di Granada, lawatan ringkas sambil membeli belah di Albaizin Muslim Quarters yang merupakan pusat budaya Islam tertua di Granada dan solat di Granada Grand Mosque sambil menikmati panorama Alhambra.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Granada.


HARI 9

Granada – Toledo - Madrid  (SP/MT/MM)

  • Saparan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Lawatan ke Alhambra Palaceyang asalnya dibina sebagai kubu sebelum diubahsuai menjadi istana, Generalife Garden sebuah istana rehat musim panas diraja yang dikelilingi taman bunga yang cukup besar dan indah.
  • Bertolak ke Madrid dan singgah makan tengahari di restoran tempatan.
  • Berhenti berphoto di Mirador Del Valle dan Puente De San Martin di
  • Makan malam di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke Madrid.
  • Tiba di Madrid dan daftar masuk hotel.


HARI 10

MADRID (SP/MT/MM)

  • Saparan pagi di hotel.
  • Berhenti berfoto di hadapan Royal Palace, istana kediaman rasmi kerabat diraja Sepanyol, melepasi Prado Museumyang menempatkan karya seni Eropah terhebat, Fountain of Cibeles dan Neptune Fountain iaitu 2 kolam air pancut yang terletak berhadapan dan berdekatan dengan Plaza de la Cibeles dan juga Puerta de Alcala yang merupakan pintu gerbang diraja, Puerta del Sol yang merupakan pusat ekonomi dan membeli-belah kota ini.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan solat di Abu Bakr Mosque.
  • Membeli-belah di Las Rozas Village, sebuah kawasan membeli-belah barangan berjenama antarabangsa.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Kembali ke hotel dan bermalam di Madrid.


HARI 11

Madrid - Istanbul (SP/MT)

  • Saparan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Berfoto di stadium yang cukup terkenal dalam kalangan peminat bola sepak iaitu Estadio Santiago Bernabeu, stadium rasmi pasukan bola sepak Real Madrid.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan bertolak ke Lapangan Terbang untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
  • Transit di Istanbul dan meneruskan penerbangan ke Kuala Lumpur.


HARI 12

 

  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan pengalaman penuh bersejarah di bumi Andalusia Morocco, Spain dan Portugal.



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 9 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Bahia Palace, Cordoba Mosque, Alhambra Palace, Palace Da Pena.
  • Tiket menaiki feri laju dari Tangier ke Tarifa
  • Urusan visa memasuki Morocco.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi).

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makanan dan lawatan termasuk tiket selain yang dinyatakan dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
HARGA SEORANG DARI

RM9,388 RM8,688

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS
BULAN HARI
JAN 16
FEB 9
MAC 27


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
01 TK 61 KL – Istanbul 2355 0620 + 1
02 TK 617 Istanbul – Casablanca 1100 1305
11 TK 1860 Madrid – Istanbul 1735 0005 + 1
12 TK 60 Istanbul – KL 0155 1720

 


HARGA PAKEJ

KONFIGURASI BILIK HARGA SEORANG HARGA RUNTUH!
Bilik Seorang RM 10,888 RM 10,238
Bilik Berdua/Bertiga RM 9,338 RM 8,688
Kanak-Kanak Bilik Berdua RM 9,088 RM 8,488
Kanak-Kanak Berkatil RM 7,588 RM 7,088
Kanak-Kanak Tanpa Katil RM 6,588 RM 6,188

 


PENGINAPAN

Marrakesh Mogador Express Gueliz Hotel / setaraf 4*
Rabat Rihab Hotel / setaraf 4*
Tangier Atlas Almohades City Center Hotel / setaraf 4*
Seville Silken Al-Andalus Palace Hotel / setaraf 4*
Lisbon Aldelia Dos Capuchos Golf & Spa / setaraf 4*
Seville TRH La Motilla Hotel / setaraf 4*
Granada Gran Luna De Granada Hotel / setaraf 4*
Madrid Auditorium Marriott Hotel / setaraf

4*


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.

 

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ

Kini merangkumi Portugal

There are no reviews yet.

Be the first to review “12H9M MOROCCO + SPAIN + PORTUGAL”