9H6M PESONA EROPAH

KEMBARA EROPAH-09
ID PAKEJ: SD/6M/QR/CC
DESTINASI:
PENERBANGAN: Qatar Airways


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR – DOHA 

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke London. (Transit di Doha)


HARI 2

DOHA - LONDON  (MM)

  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Heatrow London, bertolak menuju ke Bicester Village untuk membeli belah pelbagai barangan berjenama terkenal seperti Dior, Dolce, Prada, Armani, Swarovski dan banyak lagi dengan harga yang amat menakjubkan.
  • Seterusnya meneruskan lawatan di sekitar kota London melihat Buckingham Palace, istana kediaman Ratu England yang terkenal dengan upacara pertukaran pengawal.
  • Berfoto di Tower Bridge yang merupakan jambatan yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London , istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England.
  • Melawat Westminster Abbey, gereja yang menyaksikan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, House of Parliament yang menempatkan sejarah dan kisah politik.
  • Kemudian tetamu di bawa  melawat ke ikon kota London iaitu Big Ben, iaitu menara jam yang dibina pada tahun 1859.
  • Makan Malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bemalam di London.


HARI 3

LONDON (SP)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Aktiviti bebas sepanjang hari di London.
  • Antara aktiviti yang boleh dilakukan, membeli belah di Oxfort Street yang merupaka destinasi paling popular di London yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark dan banyak lagi. Berjalan di sekitar London City Hall, iaitu satu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan. Kembali ke hotel dan bermalam di London.


HARI 4

LONDON - PARIS  (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke pelabuhan Dover untuk menaiki feri merentasi Selat Inggeris ke Calais, Perancis.
  • Setibanya di Calais, bertolak menuju ke Paris.
  • Makan Malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Paris.


HARI 5

PARIS  (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan di sekitar Paris yang terkenal sebagai kota romantik penuh bersejarah, antaranya seperti ke Notre-Dame Cathederal yang merupakan salah satu gereja terkenal dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus, Louvre Museum, Les Invalides, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, Arc De Triomphe yang dibina oleh Napolean Bonaparte, Trocadero Square yang merupakan taman terbuka dan lokasi terbaik untuk mengambil gambar berlatar belakangkan Eiffel Tower. Tetamu juga berpeluang bersiar-siar di perkarangan Eiffel Tower.
  • Kemudian tetamu di bawa ke Fragonard Parfumuer Factory, merupakan kilang pembuatan minyak wangi terkenal di Perancis.
  • Bersolat di Grand Mosque Paris sebelum meneruskan membeli belah di Galleries Lafayette, merupakan salah satu department store terbesar dan memiliki ciri berupa kubah kaca bergaya Art Noveau. Terdapat pelbagai  produk seperti busana, beg, kasut, jam tangan, aksesori, perhiasan dan banyak lagi.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Bermalam di Paris.


HARI 6

PARIS – BRUSSELS -  (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Brussels yang merupakan ibu kota Belgium dan di bawa melawat Atomium, sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan berbentuk seunit atom yang dibina sempena World Expo 1958, Grand Palace yang merupakan dataran tercantik di Eropah serta ikon terpenting kota Brussels, Manneken Pis iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut.
  • Meneruskan perjalanan ke Amsterdam dan makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Amsterdam.


HARI 7

AMSTERDAM – ZAANSE SCHANS  (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan ke Zaanse Schans, kawasan perkampungan tradisi orang Belanda dan juga lokasi kincir angin yang sinonim dengan ikon negara Belanda. Tetamu juga berpeluang merasai pelbagai jenis keju di kilang penghasilan keju dan juga ke Clog Maker iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda selama 700 tahun.
  • Bersolat di Fatih Camii Mosque sebelum di bawa melawat ke pusat penghasilan berlian di Coster Diamond. Tetamu akan diterangkan mengenai proses penghasilan berlian. Tetamu juga berpeluang berfoto dengan blok nama “I AMSTERDAM”.
  • Seterusnya rasai pengalaman menaiki Canal Cruise menyusuri terusan di Amsterdam dan berpeluang menikmati keunikan bangunan lama di sekitar Amsterdam.
  • Bersiar-siar di Damrak Square di mana tetamu berpeluang berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu daripada tiga istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Bermalam di Amsterdam.


HARI 8

AMSTERDAM – VOLENDAM – AMSTERDAM – DOHA  (SP)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Aktiviti bebas dan bersiar – siar di perkampungan Nelayan Tradisi di Volendam yang terkenal dengan rumah-rumah kayu yang berwarna-warni dan bot nelayan lama di pelabuhannya, serta dipenuhi dengan pembekal makanan laut. Tetamu juga boleh membeli belah cenderahati di saat akhir di sini.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Amsterdam Schiphol untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Transit di Doha)


HARI 9

KUALA LUMPUR 

  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan memori yang cukup indah di 4 buah negara utama Eropah.



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 6 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Cukai bandar (city tax) di London, Paris dan Amsterdam.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Fragonard Parfumeur Museum, Coster Diamonds Factory, Canal Cruise Amsterdam.
  • Tiket menaiki feri sehala dari Dover ke Calais, Perancis.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (Travel Insurance)

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
HARGA SEORANG DARI

RM8,188

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS
18* Ogos | 8 Sep | 27 Oct
SURCAJ TAMBAHAN RM400 SETIAP SEORANG
18 Ogos

 


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
01 QR 849 KL – Doha 2050 2255
02 QR 009 Doha – London 0145 0705
08 QR 274 Amsterdam – Doha 1640 0105+1
09 QR 848 Doha – KL 0225 1515


HARGA PAKEJ

KONFIGURASI BILIK HARGA NORMAL
Bilik Seorang RM 10,488
Bilik Berdua/Bertiga RM 8,188
Kanak-Kanak Bilik Berdua RM 6,888
Kanak-Kanak Berkatil RM 7,788
Kanak-Kanak Tanpa Katil RM 5,788

#Harga di nyatakan diatas adalah harga seorang.


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
London Lancaster Gate Hotel  / setaraf 3*
Paris Campanile Bagnolet Hotel / setaraf 3*
Amsterdam Ibis Schiphol Hotel / setaraf 3*


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.

 

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ

There are no reviews yet.

Be the first to review “9H6M PESONA EROPAH”