12H9M BALKANS VAMPIRE

BALKANS VAMPIRE-01
ID PAKEJ: SD/9MBAL/TK/2018
DESTINASI:
PENERBANGAN: Turkish Airlines


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR – ISTANBUL  

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi penerbangan Bucharest, Romania melalui Istanbul.


HARI 2

ISTANBUL – BUCHAREST  (MT/MM)

  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Henri Coanda Bucharest, bertemu dengan pemandu pelancong dan di bawa untuk lawatan di sekitar bandar Bucharest.
  • Tetamu di bawa melawat sekitar Bucharest antaranya; Palace of Parliament merupakan bangunan pentadbiran ke-2 terbesar di dunia selepas Pentagon di Amerika Syarikat dan Calea Victoriei Street  merupakan jalan utama yang paling terkenal di pusat Bucharest.
  • Makan tengah hari dan meneruskan lawatan ke CEC Building dan Triumphal Arc merupakan monumen sejarah dan salah satu mercu tanda dan simbol di Bucharest dan Revolution Square merupakan dataran yang terletaknya bangunan Central Committee of the Romanian Communist Party.
  • Lawatan diteruskan ke Stavropoleos Church  merupakan sebuah gereja orthodox kecil yang pernah ditutup selama lebih daripada satu kurun kerana mengalami kerosakan yang teruk dan ianya hanya dibuka semula pada tahun 1991 selepas tamatnya era pemerintahan komunis di Romania.
  • Seterusnya tetamu di bawa untuk makan malam di restoran tempatan sebelum daftar masuk hotel.


HARI 3

BUCHAREST – TRANSYLVANIA – BUCHAREST  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Bertolak menuju ke Transylvania yang merupakan sebuah kawasan di pusat Romania dan terkenal dengan bandar-bandar zaman pertengahan, sempadan pergunungan dan istana.
  • Tetamu di bawa melawat ke  Bran Castle  yang juga dikenali sebagai ‘Dracula’s Castle’, adalah sebuah monumen penting dan mercu tanda utama di Romania. Ianya adalah salah satu daripada beberapa buah istana yang dikaitkan dengan lagenda Dracula.
  • Makan tengahari di restoran tempatan sebelum bertolak kembali ke Bucharest.
  • Setibanya di Bucharest, tetamu diberi masa bebas di Calea Victoriei Street.
  • Seterusnya makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Bucharest.
  • Tiba di Bucharest, makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di hotel.


HARI 4

BUCHAREST – SOFIA  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke  Sofia  dan setibanya di sana, tetamu di bawa melawat sekitar bandar Sofia antaranya; melihat senibina  Alexander Nevski Cathedral yang merupakan salah satu gereja ortodox terbesar di Eropah dan juga merupakan simbol kota Sofia, Holy Synod,  National Theatre.
  • Makan tengah hari dan menziarahi Banya Bashi Mosque yang dibina dalam tahun 1576 di zaman Osmaniah yang dibina oleh arkitek dan jurutera awam Mimar Sinan yang juga telah membina Masjid Biru di Istanbul.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 5

SOFIA - SKOPJE (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak menuju ke  Skopje yang merupakan ibu negara dan bandar yang terbesar di Republik of Maccedonia.
  • Setibanya di sana, tetamu di bawa untuk makan tengahari di restoran tempatan.
  • Seterusnya tetamu di bawa melawat sekitar Skopje antaranya; Castle of Skopje yang juga dikenali sebagai ‘Kale Fortress’ yang dibina sejak kurun ke-6.
  • Kemudian tetamu di bawa menziarahi Mustafa Pasha Mosque sebuah masjid yang terletak di kawasan Bazaar.
  • Menziarahi Murat Pasha Mosque yang memiliki air pancut di bahagian luar pintu masuknya. Ketika Skopje mengalami musim panas yang sangat terik, hampir semua yang melewatinya akan berhenti sejenak untuk minum.
  • Lawatan seterusnya ke Yahya Pasha Mosque yang dibina pada tahun 1504 dimana ianya digunakan oleh tentera german sebagai artillery workshop pada tahun 1915.
  • Kemudian menuju ke  Stone Bridge  yang merupakan jambatan yang dibina merentangi Sungai Vardar yang menghubungkan Old Town dengan Macedonian Square.
  • Seterusnya tetamu di bawa membeli belah di  Old Town  yang menjual pelbagai barangan cenderamata.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 6

SKOPJE – PRIZREN – BAR  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak menuju ke Prizren, adalah sebuah bandar bersejarah yang terletak di bahagian selatan Republik Kosovo serta merupakan bandar ke-2 terbesar di Kosovo.
  • Setibanya di sana, tetamu di bawa melawat sekitar Prizren antaranya; Sinan Pasha MosqueTurkish Bazaar, Stone Bridge dan Bezhistan.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya membeli belah di Old Turkish Bazaar.
  • Seterusnya meneruskan perjalanan ke Bar dan setibanya di sana, tetamu di bawa melawat ke Old Town.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 7

BAR – BUDVA – KOTOR - DUBROVNIK  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak menuju ke kota Budva  yang terletak di dalam negara Montenegro dan melawat tarikan di situ;  The Old Town Stari GradOrthodox Church dan Heritage Buildings.
  • Kemudian meneruskan perjalanan ke Kotor di Montenegro yang banyak mercu tandanya merupakan tapak UNESCO World Heritage Sites.
  • Melawat Wall of Shame, Orthodox Square, Major Building, Tourism School and Weapon Square.
  • Seterusnya bertolak menuju ke Dubrovnik yang terkenal dengan tembok kota tepi lautnya di dalam negara Croatia.
  • Daftar masuk hotel dan makan malam


HARI 8

DUBROVNIK – MOSTAR – SARAJEVO  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke bandar Mostar yang terletak di dalam negara Bosnia and Herzegovina.
  • Singgah sebentar dan melawat tarikan di perkampungan zaman Uthmaniyyah sejak 1383 lagi iaitu Pocitelj; Ali Pasha Mosque, Clock Tower & Nature Reserve dan merakam pemandangan panorama dari Hill of Pocitelj.
  • Setibanya di Mostar, tetamu di bawa untuk makan tengahari di restoran tempatan.
  • Seterusnya tetamu di bawa melawat sekitar Mostar yang merupakan kawasan yang amat terkesan dibom semasa Perang Bosnia.
  • Melawat Old Bridge Stari Most  yang amat terkenal baik dari segi sejarahnya sejak 1566 dankeindahannya, menyelusuri kawasan  Old Town, Koski Mehmed Pasha Mosque, menziarahi  Karadozbegova MosqueOttoman Hamams  dan  Herzegovina Museum yang banyak menceritakan sejarah tragis Perang Bosnia.
  • Bertolak menuju ke Sarajevo dan tetamu di bawa melawat ke sekitarnya antaranya; Latin Bridge, Gazi Husref Bey Mosque.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 9

SARAJEVO – SREBRENICA – BELGRADE  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Seterusnya tetamu di bawa melawat Tunnel of Hope yang merupakan terowong laluan keluar masuk pada zaman Perang Bosnia dari Sarajevo bagi mendapatkan bekalan senjata atau makanan.
  • Meneruskan perjalanan ke Srebrenica dan setibanya di sana, tetamu di bawa untuk makan tengahari.
  • Kemudian melawat  Genocide Memorial  secara rasmi dikenali sebagai Memorial Srebrenica-Potočari dan Perkuburan Mangsa Pembunuhan Bangsa 1995.
  • Perjalanan diteruskan ke  Belgrade  dan makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Belgrade.


HARI 10

BELGRADE – BUDAPEST  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Memulakan lawatan ke sekitar Belgrade adalah ibu kota Serbia dan merupakan bandar ketiga terbesar di Selatan-Timur Eropah selepas Istanbul dan Athens.
  • Antara tempat yang di lawati adalah; Kalemegdan Park adalah taman yang terbesar dan monumen sejarah yang paling penting di Belgrade; Door of Istanbul & Door of Weapon.
  • Seterusnya, lawatan ke National Parliament, Old King Palace, Sava and Duna Rivers, Palace of Rector  dan  Republic Square.
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, tetamu di bawa solat di Bajrakli Mosque.
  • Kemudian di bawa membeli belah di Knez Mihajlova Street.
  • Seterusnya perjalanan diteruskan ke Budapest.
  • Setibanya di sana, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 11

BUDAPEST – ISTANBUL  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Sebelum bertolak ke lapangan terbang, tetamu dibawa bersiar-siar di sekitar ibu kota negara Hungary, Budapest yang merupakan antara bandaraya yang tercantik di benua Eropah antaranya; berpeluang mengambil gambar panorama kota ini dari atas puncak Gellert Hill Citadel yang dibina pada tahun 1850.
  • Melalui  Elisabeth Bridge, adalah jambatan terbaru ketiga Budapest menghubungkan Buda dan Pest merentasi Sungai Danube. Ia dinamakan sempena Queen Elizabeth isteri kepada Francis Joseph I, yang mati dibunuh di Geneva pada tahun 1898.
  • Seterusnya melawat ke Fisherman’s Bastian iaitu sebuah kubu pertahanan atau benteng yang dibina dari tahun 1895 sehingga 1902 dan merupakan mercu tanda bagi  Hungary.
  • Kemudian di bawa melawat ke St.Mathias Cathedral sebuah gereja roman katolik yang dibina pada tahun 1015 dan pernah dibinasakan oleh tentera Mongol pada tahun 1241 dan dibina semula pada separuh kedua abad ke 14 dan pada abad ke 19.
  • Seterusnya ke Heroes’ Square adalah salah satu daripada dataran utama di Budapest. Di sini terdapat mercu tanda Budapest iaitu  Millennium Monument yang terkenal dengan kompleks patung-patung atau tugu-tugu ikonik antaranya; patung-patung  dan ke Parliament Building iaitu merupakan bangunan yang mempunyai bilik sebanyak 691 yang cukup memukau mata memandang akan kehebatan seni bina dan saiznya.
  • Kemudian tetamu di bawa untuk makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya di bawa ke Lapangan Terbang Budapest untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Istanbul.


HARI 12

ISTANBUL – KUALA LUMPUR 

  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 9 malam yang selesa di hotel 4*  (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Bran Castle, Tunnel of Hope , Kotor Old Town, Kosovo Insurance dan  Fisherman Bastian.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara
  • Perkhidmatan pemandu pelancong tempatan yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays yang terlatih.
  • Percuma beg kembara setiap seorang (kecuali bayi).Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (travel insurance)

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makanan dan lawatan termasuk tiket selain yang dinyatakan dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
HARGA SEORANG DARI

RM7,488

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS
 27 Jun


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
01 TK 61 KL – Istanbul 2355 0515+1
02 TK 1043 Istanbul – Bucharest 0710 0830
11 TK 1038 Budapest – Istanbul 2010 2315
12 TK 60 Istanbul – KL 0130 1655


HARGA PAKEJ

KONFIGURASI BILIK HARGA NORMAL
Bilik Seorang RM 8,388
Bilik Berdua/Bertiga RM 7,488
Kanak-Kanak Bilik Berdua RM 7,388
Kanak-Kanak Berkatil RM 6,388
Kanak-Kanak Tanpa Katil RM 6,188

#Harga dinayatakan diatas adalah harga seorang.

 


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
Bucharest Ambasador Hotel  / Setaraf 4*
Sofia Best Westrern Expo Hotel / Setaraf 4*
Skopje Sultan Hotel / Setaraf 4*
Bar Princess Hotel / Setaraf 4*
Dubrovnik Hotel Adria / Setaraf 4*
Sarajevo Hollywood Hotel / Setaraf 4*
Belgrade Belgrade City Hotel / Setaraf 4*
Budapest Novotel Hotel  / Setaraf 4*


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ

There are no reviews yet.

Be the first to review “12H9M BALKANS VAMPIRE”