10H7M EROPAH TIMUR

Sale!
JIMAT-03
ID PAKEJ: SD/8MET/TK
DESTINASI:
PENERBANGAN: Turkish Airlines


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR – ISTANBUL 

Berkumpul di LapanganTerbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Frankfurt melalui Istanbul.


HARI 2

ISTANBUL - PRAGUE MM

  • Transit di Doha dan meneruskan penerbangan ke Prague.
  • Setibanya di Prague, dibawa melawat Prague Castle, yang diiktiraf sebagai istana zaman purba terbesar di dunia dan telah didirikan pada abad ke-9 serta masih lagi digunakan sebagai kediaman rasmi Presiden Republic Czech. Di dalam tembok istana kompleks ini, terdapat beberapa tarikan seperti upacara pertukaran pengawal di hadapan pintu utama.
  • Kemudian tetamu dibawa melawat Prague Old Town yang merupakan sebuah perkampungan zaman pertengahan. Tetamu berpeluang membeli cenderahati dan melawat Astronomical Clock iaitu jam yang dibina pada 1410 dan jam yang tertua masih berfungsi sehingga hari ini. Kemudian bersiar-siar melintasi Charles Bridge adalah jambatan bersejarah yang dibina pada 1357 merentasi sungai Vltava yang merupakan tempat yang popular dengan pelukis-pelukis dan ahli muzik jalanan.
  • tetamu akan dibawa bersolat di Prague Mosque.
  • Makan malam di hotel dan bermalam di Prague.


HARI 3

PRAGUE - BRNO - BRATISLAVA (SP/MM)

  • Saparan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Memulakan perjalanan ke satu lagi bandar di dalam Republic Czech iaitu Brno. Brno merupakan bandar kedua terbesar di Republic Czech selepas Prague. Antara tarikan di Brno ini adalah keindahan senibina Cathedral of St. Peter and St. Paul yang berusia ratusan tahun.
  • Selain itu juga, terdapat bangunan istana lama di zaman pertengahan Eropah seperti Spilbrerk Castle yang akan dilewati.
  • Tetamu juga berpeluang merakamkan gambar kenangan di trademark terkenal Brno iaitu Phallick Clock, iaitu jam simbol terkenal tentang kisah peperangan 13 tahun ketika tahun 1645.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hoel dan bermalam di Bratislava.


HARI 4

BRATISLAVA - BUDAPEST (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bersiar-siar Bratislava untuk melawat sekitar Old Town yang menempatkan Michael’s Gate yang merupakan pintu gerbang binaan zaman pertengahan, Slovak National Theatre dan bangunan-bangunan lama yang cukup santai pemandangannya selain patung-patung unik yang dipanggil Cumil yang bermaksud Man at Work di Panska Street. Seterusnya tetamu akan dibawa melawat istana binaan kurun ke-9, Bratislava Castle yang mempunyai empat menara setinggi 47m dan menjadi tempat simpanan mahkota raja Hungary selama 200 tahun.
  • Meneruskan perjalanan ke Budapest dan singgah membeli belah di Vaci Street / Central Market yang menjual barangan berjenama seperti Zara, H & M, Mango, ESPRIT, Douglas AG, Swarovski, Hugo Boss, Lacoste, Nike dan banyak lagi.
  • Makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Budapest.


HARI 5

BUDAPEST - VIENNA (SP/MM)

  • Saparan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Tetamu akan dibawa bersiar-siar di sekitar ibu kota negara Hungary, Budapest yang merupakan antara bandaraya yang tercantik di benuaEropah. Tetamu berpeluang mengambil gambar panorama kota ini dari atas puncak Gellert Hill Citadel yang dibina pada tahun 1850 dan terletaknya Liberty Monument merupakan sebuah tugu penghargaan kerajaan Hungary kepada Red Army Soviet Union yang mengalahkan tentera Nazi ketika Perang Dunia ke-2. Kemudian melawat Castle Hill yang terletak di bahagian Buda yang menempatkan Fishermen’s Bastion yang dibina pada tahun 1895 bagi memperingati 1,000 tahun penyatuan 7 puak di Hungary pada tahun 896 dan juga Buda Castle yang cukup gah binaannya pada abad ke-14 dan pernah menja ditapak penting penaklukan Uthmaniyyah pada tahun 1526 dan kejatuhannya pada tahun 1686. Berfoto di Vajdahunyad Castle yang cukup indah dibina pada tahun 1896 dan Millennium Monument setinggi 36m di tengah-tengah Heroes’ Square yang mempamerkan arca patung pemimpin-pemimpin besar dalam sejarah Hungary sejak tahun 1900, Parliament Building yang merupakan bangunan dengan bilik sebanyak 691 yang cukup memukau mata memandang akan kehebatan senibina dan saiznya. Seterusnya tetamu berpeluang untuk menikmati pelayaran Danube River Cruise dan menikmati pemandangan menakjubkan kota Budapest dari Danube River.
  • Meneruskan perjalanan ke Vienna.
  • Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Vienna.


HARI 6

VIENNA - PARNDORF - VIENNA  (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Seterusnya tetamu di bawa lawatan ringkas sekitar bandar Vienna antaranya melawat Hofburg Palaceyang dibina pada tahun 1279 sebagai kediaman rasmi pemerintah Hungary sejak zaman empayar Holy Roman, Habsburg, Austri-Hungary dan Presiden Austria masakini, manakala di hadapannya terletak tugu Prince Eugene of Savoy yang banyak berjasa ketika berperang dengan empayar Uthmaniyyah. Di seberang istana ini terletaknya tugu Maria Theresa Monument tanda peringatan kepada Maharani Maria Theresa iaitui buke pada Permaisuri Maria Antoinette. Setelah itu, tetamu di bawa mengunjungi City Hall yang dibina pada tahun 1872 dan di hadapannya terletak Rathauspark, sebuah taman istirehat umum yang cukup luas.
  • Tetamu akan diberi masa bebas untuk mencuba menaiki kereta kuda di sebelah  Stephen’s Cathedral, pusat gereja yang penting bagi penyebaran agama Kristian di Eropah Tengah yang dibina seawal 1147 dengan menara setinggi 137m.
  • Seterusnya melawat  Schonbrunn Palace, merupakan bangunan yang dibina oleh Maharaja Rom pada tahun 1548 dan pernah menjadi kediaman musim panas keluarga diraja Habsburg. Kawasan taman istana ini cukup luas dan indah dihiasi pelbagai tanaman pokok dan bunga selain air pancut sesuai dengan namanya, Schonbrunn yang bermaksud musim bunga yang indah.
  • Menziarahi Vienna Islamic Centreyang dibina oleh Raja Faisal dari Arab Saudi pada tahun 1975 dengan menara setinggi 32m.
  • Seterusnya singgah di Parndorf  Outlet  bagi membeli-belah cenderamata dan membeli barangan bagi lebih 160 barangan berjenama di sini.
  • Kembali semula ke Vienna untuk makan malam di restoran dan bermalam di Vienna.


HARI 7

VIENNA – SALZBURG - MUNICH (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar dari hotel.
  • Bertolak ke Salzburg ambil menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Salzburg dengan melalui Tasik Mondsee, sebuah tasik berbentuk bulan sabit yang cukup indah. Setiba nya di Salzburg, tetamu akan dibawa bersiar-siar di sekitar bandar ini antaranya; Mirabell Garden yang cukup menawan dan terkenal kerana filem Sound of Music difilemkan di sini, Mirabell Palace yang dibinapadatahun 1710 danSalzburg Residenz Castle yang dahulunya menjadi tempat tinggal ketua biskop dan kini ditukar menjadi sebuah muzium. Seterusnya melawa tke Mozart Square dan tetamu berpeluang melihat Mozart Birthplace di sini, merupakan tempat di mana komposer muzik tersohor dunia Wolfgang Amedeus Mozart dilahirkan dan membesar serta Horse Fountain.
  • Kemudian meneruskan perjalanan ke Munich.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 8

MUNICH - SCHWANGAU - MUNICH (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bertolak menuju ke Schwangau untuk melawat sebuah istana rehat Raja Ludwig II Bavaria yang dibina seawal tahun 1892, Neuschweinstein Castle Istana yang begitu indah binaannya ini menjadi inspirasi kepada Sleeping Beauty Castle di Disneyland serata dunia. Tetamu akan berpeluang melihat ruang makan, kamar dan dewan diraja yang dipenuhi dengan ukiran yang hebat. Berdekatan dengan istana ini terletaknya Marie Bridge yang struktur asalnya dibina menggunakan kayu oleh Raja Ludwig II Bavaria namun ditukar kepada struktur besi oleh anaknya dan Hohenschwangau Castle yang dibina pada tahun 1523 menjadi istanarehat raja-raja Bavaria yang terdahulu. Bertolak pulang ke Munich dan tetamu di bawa melawat ke BMW Welt di mana tempat pengusaha otomobil terkenal dunia ini mempamerkan rekaan-rekaan kenderaan mereka yang terdahulu dan terkini. Di sini juga tetamu berpeluang untuk mencuba permainan interaktif yang disediakan atau membeli cenderamata BMW yang asli.
  • Seterusnya ke Olympic Park yang merupakan arena pelbagai guna yang sering digunakan bagi acara konsert.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Bermalam di Munich.


HARI 9

MUNICH – SCHWANGAU – MUNICH  SP

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Lawatan diteruskan ke sekitar kota Munich. Antara nyang menjadi tumpuan ialah National Theatre; rumah opera yang telah beroperasi selama 350 tahun dan terkenal dengan pejabat pentadbiran bandaraya ini yang dibina pada 1470 dan Glockenspiel iaitu sebuah menara jam yang mempunyai sejumlah 32 patung dan 43 loceng yang menari dan beraksi menyampaikan kisah-kisah sejarah yang berlaku di kota Munich yang terletak di New Town Hall yang bereka bentuk Gothic. Tetamu akan diberi masa bebas untuk membeli-belah barangan cenderamata disini.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Munich untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


HARI 10

 

  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.



PAKEJ TERMASUK

  • Penginapan 8 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanansesuai Muslim seperti yang terdapat di dalamaturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ketempat lawatan :Prague Castle, Danube River Cruise, Schonburn Palace, Neuschweinstein Castle.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecualibayi).

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahanketikamusimpuncak, perayaandancutisekolah.
  • Servistambahan di hotel sepertidobi, mini bar danperkhidmatan porter dll.
  • Makanandanlawatantermasuktiketselain yang dinyatakandalamaturcara.
  • Bayarantambahanbagilebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidakdinyatakan di dalamaturcara.
  • Insuranskembara (travel insurance) – silahubungi kami bagikhidmatnasihatdanpembelian premium insuranskembara yang sesuai.
HARGA SEORANG DARI

RM8,688 RM7,788

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS
17 JAN | 5 FEB


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 TK 61 KL – Istanbul 2335 0620+1
2 TK 1767 Istanbul – Prague 0820 0900
9 TK 1636 Munich – Istanbul 1840 2325
10 TK 60 Istanbul –KL 0155 1720


HARGA PAKEJ

KONFIGURASI BILIK HARGA NORMAL HARGA RUNTUH!
BilikSeorang RM9,788 RM8,888
BilikBerdua/Bertiga RM8,688 RM7,788
Kanak-KanakBilikBerdua RM8,288 RM7,488
Kanak-KanakBerkatil RM7,388 RM6,588
Kanak-KanakTanpaKatil RM6,488 RM5,888

 


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
Prague Emmy Hotel / setaraf 4*
Bratislava Baronka Hotel / setaraf 4*
Budapest Rubin Hotel / setaraf 4*
Vienna Austria Trend Pyramide Hotel / setaraf 4*
Munich Leonardo Munich City Hotel / setaraf 4*


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet Antarabangsa Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada Terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn Bhd.

 

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ

There are no reviews yet.

Be the first to review “10H7M EROPAH TIMUR”