11H8M PESONA EROPAH + MANCHESTER + LIVERPOOL

PE MAN LIV 29 JUN-02
ID PAKEJ: SD/8M/PEMAN
DESTINASI:
PENERBANGAN: Turkish Airlines


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR – ISTANBUL 

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke London. (Transit di Istanbul)


HARI 2

ISTANBUL – MANCHESTER – LIVERPOOL  (MM)

  • Setibanya di Lapangan Terbang Manchester, bertolak menuju ke Old Trafford adalah stadium bola sepak di Old Trafford, Greater Manchester England milik pasukan Manchester United. Dengan kapasiti 74,994 ia adalah stadium bola sepak kelab terbesar di United Kingdom dan kesebelas terbesar di Eropah. Tetamu berpeluang berfoto di hadapan stadium ini serta membeli belah barangan cenderamata seperti jersi MU, Muffler di Manchester United Megastore.
  • Bersolat di Manchester Central Mosque sebelum bertolak ke Liverpool yang dikenali sebagai kota asal The Beatles.
  • Lawatan di sekitar Liverpool antaranya Albert Dock adalah kompleks dermaga kapal dan gudang yang terletak di Edward Pavilion, Liverpool. Dermaga ini pertama kali dibuka pada tahun 1864 dan merupakan bangunan pertama di UK yang dibangun tanpa menggunakan kayu tetapi menggunakan batu, besi dan batu bata. Dermaga ini juga termasuk dalam Liverpool Maritime City yang merupakan UNESCO World Heritage Site, William Brown Street merupakan satu-satunya jalan di UK yang hanya memiliki bangunan museum, galeri dan perpustakaan seperti World Museum Liverpool, Walker Art Gallery.
  • Seterusnya tetamu di bawa ke Anfield Stadium untuk berfoto di hadapan stadium ini yang merupakan stadium rasmi pasukan kebangsaan dan penuh bersejarah di Merseyside ini iaitu Liverpool FC sebelum kembali ke Manchester.
  • Makan Malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bemalam di Liverpool.


HARI 3

LIVERPOOL – STRATFORD UPON AVON - LONDON  (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Stratford-upon-Avon adalah sebuah kota yang terletak di sungai Avon. Stratford paling terkenal sebagai kota kelahiran William Shakespeare, penyair dan pengarang drama dunia. Tetamu berpeluang berfoto di Shakespeare’s Birthplace dan membeli belah di Henley Street, terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai cenderamata, pakaian, café dan sebagainya.
  • Seterusnya bertolak menuju ke Bicester Village untuk membeli belah pelbagai barangan berjenama terkenal seperti Dior, Dolce, Prada, Armani, Swarovski dan banyak lagi dengan harga yang amat menakjubkan.
  • Makan Malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bemalam di London.


HARI 4

LONDON (SP)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Aktiviti bebas sepanjang hari di kota London dengan menaiki bus Hop On Hop Off.
  • Antara aktiviti yang boleh dilakukan, melihat Buckingham Palace, istana kediaman Ratu England yang terkenal dengan upacara pertukaran pengawal. Berfoto di Tower Bridge yang merupakan jambatan yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London , istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England, Westminster Abbey gereja yang menyaksikan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, House of Parliament yang menempatkan sejarah dan kisah politik, Big Ben yang merupakan ikon kota London dan merupakan menara jam yang dibina pada tahun 1859.
  • Tetamu juga berpeluang membeli belah di Oxfort Street yang merupaka destinasi paling popular di London yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark dan banyak lagi. Berjalan di sekitar London City Hall, iaitu satu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan.
  • Kembali ke hotel dan bermalam di London.


HARI 5

LONDON - PARIS  (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke pelabuhan Dover untuk menaiki feri merentasi Selat Inggeris ke Calais, Perancis.
  • Setibanya di Calais, bertolak menuju ke Paris.
  • Makan Malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Paris.


HARI 6

PARIS  (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan di sekitar Paris yang terkenal sebagai kota romantik penuh bersejarah, antaranya seperti ke Notre-Dame Cathederal yang merupakan salah satu gereja terkenal dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus, Louvre Museum, Les Invalides, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, Arc De Triomphe yang dibina oleh Napolean Bonaparte, Trocadero Square yang merupakan taman terbuka dan lokasi terbaik untuk mengambil gambar berlatar belakangkan Eiffel Tower. Tetamu juga berpeluang bersiar-siar di perkarangan Eiffel Tower.
  • Kemudian tetamu di bawa ke Fragonard Parfumuer Factory, merupakan kilang pembuatan minyak wangi terkenal di Perancis.
  • Bersolat di Grand Mosque Paris sebelum meneruskan membeli belah di Galleries Lafayette, merupakan salah satu department store terbesar dan memiliki ciri berupa kubah kaca bergaya Art Noveau. Terdapat pelbagai  produk seperti busana, beg, kasut, jam tangan, aksesori, perhiasan dan banyak lagi.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Bermalam di Paris.


HARI 7

PARIS – BRUSSELS  

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Brussels dan melalui Stade de France adalah stadium kebangsaan Perancis, terletak di utara Paris di komune Saint-Denis. Kapasiti tempat duduknya sebanyak 81,338 menjadikannya stadium keenam terbesar di Eropah sebelum sampai ke Brussels.
  • Setibanya di Brussels yang merupakan ibu kota Belgium, melawat Atomium, sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan berbentuk seunit atom yang dibina sempena World Expo 1958, Grand Palace yang merupakan dataran tercantik di Eropah serta ikon terpenting kota Brussels, Manneken Pis iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut. Tetamu juga berpeluang membeli belah di Hard Rock Café Brussles.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Brussels.



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 8 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Cukai bandar (city tax) di Liverpool, London, Paris, Brussels dan Amsterdam.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Keukenhof Tulip Festival, Fragonard Parfumeur Museum, Coster Diamonds Factory, Canal Cruise Amsterdam, Royal Delft Museum.
  • Tiket menaiki bus Hop On Hop Off di London.
  • Tiket menaiki boat dari Marken ke Volendam.
  • Tiket menaiki feri sehala dari Dover ke Calais, Perancis.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (travel insurance)

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
HARGA SEORANG DARI

RM9,288

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS
29 Jun

 


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
01 TK 61 KL – Istanbul 2335 0515+1
02 TK 1993 Istanbul – Manchester 0725 0940
10 TK 1954 Amsterdam – Istanbul 1915 2350
11 TK 60 Istanbul – KL 0130 1655a

 


HARGA PAKEJ

KONFIGURASI BILIK HARGA NORMAL
Bilik Seorang RM 11,888
Bilik Berdua/Bertiga RM 9,288
Kanak-Kanak Bilik Berdua RM 9,188
Kanak-Kanak Berkatil RM 8,088
Kanak-Kanak Tanpa Berkatil RM 6,488

#Harga di nyatakan diatas adalah harga seorang.


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
Manchester Clayton Manchester Airport Hotel  / setaraf 3*
London Holiday Inn Express Heathrow T5 / setaraf 3*
Paris Median Paris Congress Hotel / setaraf 3*
Brussels Pentahotel Brussels Airport Hotel / setaraf 3*
Amsterdam Ibis Schiphol Hotel / setaraf 3*

 


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.

 

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ