11H8M JELAJAH TURKI + AMASYA

Traditional ottoman half timbered houses in Amasya, Turkey
ID PAKEJ: SD/8M/TK
DESTINASI:
PENERBANGAN: Turkish Airlines


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR – ISTANBUL  

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Istanbul.


HARI 2

ISTANBUL - SAFRANBOLU  (SP/MT/MM)

  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul, tetamu di bawa untuk sarapan pagi di restoran tempatan.
  • Seterusnya perjalanan diteruskan ke Safranbolu. Safranbolu juga diiktiraf sebagai tapak Unesco kerana keunikan serta keindahan seni bina zaman Uthmaniah dan juga adalah tempat persinggahan rombongan pedagang antara Eropah dan Asia pada suatu ketika dahulu.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan lawatan ke Masjid Koprulu Mehmet dan Izzet Mehmet Pashas, The Old Traditional House, The Guild of Shoe Makers dan The old City Hall & Fountain.
  • Makan malam di hotel. Daftar masuk hotel dan bermalam di Safranbolu.


HARI 3

SAFRANBOLU – AMASYA  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Meneruskan perjalanan ke Amasya yang terletak di pergunungan dekat Laut Hitam dan memiliki sejarah lebih dari 7500 tahun serta tempat Sultan Muhamad Al Fateh menerima pendidikan awalnya. Makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya tetamu di bawa Ziarah dan bersolat di masjid terbesar di Amasya iaitu Beyazid II Mosque yang dibina pada kurun ke-15. Di sini, mereka ada menyimpan musyhaf Al-Quran pertama yang ditulis dengan tangan dari zaman Khalifah Amirul Mukminin Saidina Uthman Ibn Affan pada tahun 25 Hijrah, namun disimpan rapi dan tidak dibenarkan untuk tatapan umum.
  • Tetamu juga di bawa bersiar-siar di sepanjang Green River dan mengambil gambar berlatarkan pemandangan Mountain Rock Tombs yang dahulunya merupakan makam raja-raja semasa empayar Pontus dan membeli barangan cenderamata di bazaar. Singgah melawat Bimarhane yang merupakan hospital psikiatri yang mengaplikasikan rawatan dengan kaedah muzik.
  • Makan malam di hotel. Daftar masuk hotel dan bermalam di Amasya.


HARI 4

AMASYA – CORUM – CAPPADOCIA  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Cappadocia melalui Corum. Singgah membeli snek terkenal di Roasted Chickpeas Factory. Tetamu juga berpeluang bergambar di Salt Lake.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke Cappadocia.
  • Makan malam di hotel. Daftar masuk hotel dan bermalam di Cappadocia.


HARI 5

CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Tetamu di bawa melawat ke penempatan awal bawah tanah di Cappadocia pada zaman dahulu iaitu Cardak Underground City. Tetamu juga berpeluang melihat cara – cara pembuatan karpet  Turki di Carpet Factory serta ke Avanos Village untuk melihat hasil kerja tangan barangan tembikar dan dihiasi batu turquoise yang terletak di tepi Kizilirmak (Red River).
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, tetamu di bawa melawat ke Pigeon Valley dan berpeluang menyaksikan lanskap lembah batuan dan lubang – lubang yang diukir  pada batu tersebut sebagai rumah merpati. Meneruskan lawatan ke Uchisar Castle atau Uchisar Village di mana penduduk tempatan menebuk dan mengukir batuan untuk dijadikan tempat kediaman mereka seakan filem “The Flinstones”.
  • Kembali ke hotel dan makan malam. Bermalam di Cappadocia.


HARI 6

CAPPADOCIA – KONYA - PAMUKKALE (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Konya yang terkenal dengan tarian Whirling Derwish dan hikayat ahli sufi Nasreddin Hoca. Singgah sebentar melawat ke Ancient Caravensarai yang merupakan salah satu hotel terawal bagi para pedagang Laluan Sutera suatu ketika dahulu.
  • Setibanya di Konya menziarahi Mevlana Museum yang merupakan sekolah terawal dan terbesar bagi ahli-ahli sufi ketika zaman Uthmaniyyah dan menempatkan makam pengasasnya iaitu Jalaluddin Rumi.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke Pamukkale.
  • Setibanya di Pamukkale, makan malam di hotel. Daftar masuk hotel dan bermalam di Pamukkale.


HARI 7

PAMUKKALE - KUSADASI (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Tetamu di bawa melawat tarikan utama di Pamukkale iaitu Cotton Castle yang amat terkenal dengan teres-teres kolam air panas berwarna putih di tebing bukit kota purba Hierapolis. Kota yang diasaskan oleh orang Rom dahulunya merupakan sebuah kota yang menakjubkan. Antara kesan tinggalan yang masih sempurna boleh dilihat ialah Frontinus Gate, Theatre, The Great Baths dan Cleopatra’s Pool.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke Kusadasi.
  • Setibanya di sana, singgah solat di Isa Bey Mosque yang merupakan salah satu masjid tertua yang masih wujud.
  • Melawat tarikan di sekitar Kusadasi yang begitu terkenal dengan sejarah peninggalan kota Ephesus iaitu kota penempatan zaman Yunani dan Rom purba yang menempatkan monumen-monumen zaman empayar Yunani dan Rom seperti Library of Celcius dan Great Theatre, serta peninggalan Temple of Artemis yang merupakah salah satu daripada Seven Wonders of the Ancient World.
  • Makan malam di hotel. Daftar masuk hotel dan bermalam di Kusadasi.


HARI 8

KUSADASI – IZMIR - ISTANBUL  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Meneruskan perjalanan menuju Cave of Seven Sleepers atau Gua Aṣḥabul Kahfi yang merupakan gua bagi sekumpulan 7 pemuda bersembunyi bagi melarikan diri dari penganiayaan agama. Mereka tidur dan terjaga 300 tahun kemudian. Pendapat sahih mengatakan gua ini terdapat di Amman Jordan, tetapi ada juga versi yang mengatakan gua ini terletak di Turki,
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, tetamu di bawa melawat perkampungan budaya Turki dan Greek sambil menikmati pemandangan indah di Sirince Village.
  • Seterusnya bertolak ke Lapangan Terbang Adnan Menderes Izmir untuk menaiki penerbangan domestik ke Istanbul.
  • Setibanya di Istanbul, di bawa makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Istanbul.


HARI 9

ISTANBUL (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Memulakan lawatan ke Hippodrome Square  yang dahulunya merupakan gelanggang lumba kereta kuda masa zaman Byzantium. Melawat Ayasofya  atau Hagia Sophia yang dahulunya merupakan sebuah gereja semasa zaman Byzantium namun diubah menjadi sebuah masjid setelah Sultan Fatih Mehmed II berjaya menakluk Empayar Constantinople.
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, tetamu di bawa melawat dan solat di Blue Mosque, sebuah masjid bersejarah di Istanbul. Masjid ini dikenali sebagai Blue Mosque kerana Jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman serta satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunyai 6 menara.
  • Seterusnya melawat ke ikon kota Istanbul  Topkapi Palace  yang begitu gah. Di istana ini juga tetamu berpeluang untuk melihat peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, gigi, jubah dan pedang di samping peninggalan nabi-nabi yang lain seperti pedang Nabi Daud, tongkat Nabi Musa dan serban Nabi Yusuf.
  • Masa bebas untuk membeli cenderamata di Grand Bazaar, yang menempatkan lebih dari 4000 lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan dan telah wujud sejak tahun 1455 lagi.
  • Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Istanbul.


HARI 10

ISTANBUL (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Memulakan lawatan ke Leather Outlet Center untuk membeli –belah barangan kulit.
  • Seterusnya tetamu di bawa menaiki Bhosporus Cruise dan menyusuri Selat Bosphorus yang menghubungkan Lautan Marmara dan Laut Hitam, di mana tetamu berpeluang melihat mercu tanda kota Istanbul di sepanjang pelayaran antaranya Rumelian Castle, Anatolian Castle dan Dolmabahce Palace.
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, menuju ke Spice Market yang merupakan pasar terbaik untuk membeli makanan tradisional Turkish seperti Turkish Delight dan Baklava. Kemudian tetamu di bawa menziarahi makan sahabat Rasulullah SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansari yang terletak di Abu Ayyub Al-Ansari Mosque di kawasan Golden Horn.
  • Singgah melawat Fatih Mosque yang sangat terkenal kerana seni bina interiornya yang begitu mengagumkan, dibina oleh penakluk kota Constantinople iaitu Sultan Muhammad Al-Fatih yang berhasrat untuk membina sebuah monumen Islam yang lebih hebat daripada Hagia Sophia dan di sini juga tempat jasadnya dimakamkan.
  • Makan malam di restoran tempatan sebelum bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


HARI 11

ISTANBUL - KUALA LUMPUR 

  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 8 malam yang selesa di hotel bertaraf 4-5* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Percuma tiket bot persiaran sewa khas menyusuri Selat Bosphorus bernilai USD60 seorang.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Ephesus, Hierapolis, Mevlana Museum, Caydakli Underground City, Topkapi Palace, Hagia Sophia.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (travel insurance)

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
HARGA SEORANG DARI

RM5,588

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS
 22 Jun


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
01 TK 61 KL – Istanbul 2355 0515+1
08 TK 2327 Izmir – Istanbul 1710 1830
11 TK 60 Istanbul – KL 0130 1655


HARGA PAKEJ

KONFIGURASI BILIK  HARGA SEORANG
Bilik Seorang RM 6,588
Bilik Berdua/Bertiga RM 5,588
Kanak-Kanak Bilik Berdua RM 5,188
Kanak-Kanak Berkatil RM 4,988
Kanak-Kanak Tanpa Katil RM 4,888

#Harga dinayatakan diatas adalah harga seorang.


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
Safranbolu Cinci Han Hotel / setaraf 4*
Amasya The Apple Palace Hotel / setaraf 4*
Cappadocia Burcu Kaya Hotel / setaraf 4*
Pamukkale Ninova Thermal Spa & Hotel / setaraf 4*
Kusadasi Marina Hotel / setaraf 4*
Istanbul Mercure Istanbul Bomonti / setaraf 5*

 


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.

 

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ