8H6M BEIJING + TIANJIN

Sale!
WEB PROMO JIMAT-09
ID PAKEJ: SD/6MPEK/KA
DESTINASI:
PENERBANGAN: Cathay Pacific (CX) + Cathay Dragon (KA)


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR – HONG KONG – BEIJING  (MM)

Berkumpul di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Beijing melalui Hong Kong. Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing, bertemu dengan pemandu pelancong dan di bawa untuk makan malam di restoran tempatan. Kemudian daftar masuk hotel dan rehat.


HARI 2

BEIJING (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Melawat Tian An Men Squareyang merupakan dataran terbesar di dunia dengan keluasan 440 ribu meter persegi dan juga bersempadan dengan Great Hall of the People dan Makam Pengerusi Mao. Di tengah-tengahnya terdapat monumen pahlawan nasional yang dibangunkan pada tahun 1952 dan dianggap sebagai monumen terbesar dalam sejarah China. Kemudian di bawaberkunjungke Forbidden City yang merupakan kompleks istana bagi 24 orang Maharaja dalam Dinasti Ming dan Dinasti Qing selama lebih 500 tahun. Istana ini diperbuat dari bahan-bahan pilihan dan terbaik serta mempunyai keluasansekitar 72 hektar.
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, bersolat dan menziarahi Niujie Mosque yang merupakan masjid yang paling bersejarah di Beijing. Ia mula dibina pada tahun 996 semasaDinasti Liao dan telah dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja KangxiDinasti Qing. Dewan solat lelaki dan perempuan berada di dalam bangunan yang berbeza serta menempatkan tempat tinggal imam dan petugas masjid.
  • Selepas solat, di bawa membeli-belah di Muslim Super Market yang merupakan satu-satunya pasaraya bagi umat islam tempatan di sini yang menjual pelbagai makanan dan barangan yang halal.
  • Kemudian melawat Silk Show Room di mana tetamu dapat melihat proses buatan sutera dan juga membeli barangan hasil sutera yang berkualiti. Melawat Chinese Medicine Centre serta dapat merasai urutan kaki tradisional china.
  • Seterusnya di bawa menyaksikan  Persembahan Akrobatik dan makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan bermalam di Beijing.


HARI 3

BEIJING (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Kemudian di bawa membeli belah di Jade Centreyang terletak di bawah kawalan kerajaan China. Terdapat pelbagai jenis jade yang dijual di sini dari harga ribuan ringgit hinggalah puluhan ringgit. Batu jade dijadikan pelbagai barang kemas seperti cincin, gelang, rantai dan banyak lagi.
  • Seterusnya melawat Great Wall of China yang merupakan kubu pertahanan pertama yang dibina oleh banduan dengan menggunakan kerahan tenaga semasa pemerintahan Dinasti Ming. Iaj uga merupakan salah satu binaan dari 7 keajaiban dunia.
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, di bawa membeli belah di Wangfujing Street.
  • Makan malam di restoran tempatan, kembali ke hotel dan bermalam di Beijing.


HARI 4

BEIJING (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan dengan berkunjung ke Summer Palace yang merupakan sebuah istana yang terletak di atas Longevity Hill dan dikelilingi Tasik Kunming. Ia dibina oleh Maharaja Qianlong pada tahun 1750 dengan menggabungkan keindahan senibina istana, kecantikan landskap taman, tasik dan bukit bukau. Ia juga di perkatakan sebagai “the best preserved empirial garden” di dunia. Pada tahun 1998 summer palace diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
  • Kemudian membeli-belah di Pearl dan makan tengahari. Seterusnya di bawa melawat dan solat di Ma Dian Mosque dan membelibelah di Qianmen Walk Street.
  • Selepas makan malam di restoran tempatan, kembali ke hotel dan bermalam di Beijing.


HARI 5

BEIJING (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Meneruskan lawatanke Panda Zoo, terletak di kawasan seluas 89 hektar termasuk 5.6 hektar tasik dan kolam serta antara zoo yang terbesar di Beijing dimana terdapat pelbagai jenis hidupan liar. Zoo ini ditubuhkan pada tahun 1906 semasa Dinasti Qing.
  • Kemudian berhenti bergambar di Bird’s Nest Stadium yang dikenali sebagai stadium nasional Beijing yang mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan dan Water Cube yang dikenali sebagai pusat akuatik nasional Beijing yang pernah menjadi tuan rumah Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik bagi tahun 2008.
  • Makan tengahari dan solat di Nadouya Mosque.
  • Kemudian di bawa membeli-belah di Xiushui Street yang menjual pelbagai jenis barangan buatan tempatan dengan harga yang berpatutan. Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel


HARI 6

BEIJING – TIANJIN - BEIJING  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Meneruskan perjalanan ke Tianjin.
  • Tetamu di bawa melawat ke China House, Tianjin Ancient Culture dan Food Street.
  • Kembali ke Beijing dan makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Beijing.


HARI 7

 

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Hong Kong.


HARI 8

 

Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) .



PAKEJ TERMASUK

  • Penginapan 6 malam yang selesa di hotel bertaraf4* (rujukjadualsenarai hotel).
  • Makanansesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Forbidden City, Great Wall of China dengan cable car, Summer Palace,Panda Zoo & Persembahan Akrobatik
  • Urusan visa memasuki China
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi).

TIDAK TERMASUK

• Surcaj tambahan ketika musim puncak/perayaan.
• Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dll.
• Makanan dan lawatan termasuk tiket selain yang dinyatakan dalam aturcara.
• Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi.
• Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
• Sebarang insurans kembara – hubungi kami bagi konsultansi premium yang sesuai.

HARGA SEORANG DARI

RM3,088 RM2,778

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS 2017
26 jan

 


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 KA 730 KL – Hong Kong 0900 1255
1 KA 902 Hong Kong – Beijing 1500 1815
7 CX 391 Beijing – Hong Kong 1330 1715
7 KA 727 Hong Kong – KL 2020   0015+1


HARGA PAKEJ

KONFIGURASI BILIK HARGA NORMAL HARGA RUNTUH!
BilikSeorang RM3,588 RM3,238
BilikBerdua/Bertiga RM3,088 RM2,778
Kanak-KanakBilikBerdua RM2,888 RM2,688
Kanak-KanakBerkatil RM2,888 RM2,638
Kanak-KanakTanpaKatil RM2,488 RM2,288


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
Beijing City Inn Hotel / setaraf 4*


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.

 

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ

Lawatan ke Beijing kini ditambah dengan meawat Tianjin

There are no reviews yet.

Be the first to review “8H6M BEIJING + TIANJIN”