11H8M JELAJAH TURKI

Sale!
JIMAT-02
ID PAKEJ: SD/8MIST/TK
DESTINASI:
PENERBANGAN: Turkish Airways


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR – ISTANBUL  

Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Istanbul.


HARI 2

SAFRANBOLU – AMASYA  (SP/MT/MM)

  • Ketibaan tetamu di Lapangan Terbang Atartuk Istanbul akan disambut oleh pemandu pelancong.
  • Perjalanan diteruskan ke Safranbolu. Seterusnya memulakan lawatan di Safranbolu termasuklah Masjid Koprulu Mehmet yang dibina pada tahun 1661 dengan keunikan kubah yang berbentuk seakan akan helmet serta terdapatnya sebuah jam matahari logam yang dibina pada kurun ke 19. Tetamu juga akan dibawa melawat Masjid Izzet Mehmet Pasha yang dibina pada kurun ke 18.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Lawatan ke Yörük Köyü (Nomad Village)iaitu perkampungan zaman Uthmaniyyah yang menempatkan kaum nomad pada zaman dahulu kala. Disana juga tetamu diberi peluang menyaksikan pembuatan kasut secara tradisional. Seterusnya melawat Old City Hall di kawasan Safranbolu.
  • Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk ke hotel dan bermalam di Safranbolu.


HARI 3

SAFRANBOLU – AMASYA  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Meneruskan kembara ke Amasya yang terletak di pergunungan dekat Laut Hitam dan memiliki sejarah lebih dari 7500 tahun. Tetamu di bawa melawat ke Ferhat & Sirin Tunnel dan Love Museum yang terkenal dengan kisah cinta lagenda di antara Puteri Sirin dan Ferhat seorang penenun karpet yang diarahkan oleh sultan untuk membina saliran air ke Bandar Amasya jika ingin bernikah dengan Puteri Sirin. Namun, kemalangan menimpa keatas Ferhat dan membuatkan Puteri Sirin membunuh diri kerana kecewa dengan niat Sultan untuk memisahkan mereka. Makan tengahari di restoran tempatan.  Ziarah dan solat di masjid terbesar di Amasya Sultan Beyazit II Camii yang dibina pada tahun 1501. Tetamu berpeluang melihat musyaf Al-Quran pertama yang ditulis dengan tangan semasa zaman Khalifah Amirul Mukminin Saidina Uthman Ibn Affan Radhiyallahu’anhu pada tahun 25 Hijrah. Seterusnya bersiar di sepanjang Green River dan mengambil foto berlatarkan pemandangan Mountain Rock Tombsyang pernah dijadikan tempat pengebumian raja-raja semasa empayar Pontus. Sebelum menuju ke hotel, singgah melawat Bimarhane yang merupakan hospital psikiatri yang merawat para pesakit dengan menggunakan musik pada zaman dahulu. Laungkan suara anda dan dengarkan semua laungan anda di Magical Eco Chamber.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 4

AMASYA –CORUM - CAPPADOCIA  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Tetamu juga berpeluangsinggah sebentar membeli snek terkenal di Roasted Chickpea Factory. Singgah di Salt Lake dan berpeluang membeli barangan berasaskan garam dan cenderahati.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel di Cappadocia.


HARI 5

CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Melawat sekitar Cappadociadimana tetamu dapat melihat muka bumi yang terdapat lembah yang menakjubkan terbentuk dari hasil letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu. Antaranya ialah Pigeon Valley yang mana batu-batuan disini diukir lubang bagi burung merpati. Melawat penempatan awal bawah tanah zaman dahulu di Underground City.
  • Melawat Uchisar Castleatau Uchisar Village dimana penduduk tempatan menebuk dan mengukir batuan untuk dijadikan tempat kediaman mereka seakan filem “The Flinstones“. Makan tengahari direstoran tempatan.
  • Seterusnya lawatan ke Avanos Villageuntuk melihat hasil seni halus kerja tangan dan bekualiti seperti tembikar, karpet dan barangan kemas berasaskan batu turquoise secara traditional. Berfoto kenangan berlatarkan pemandangan indah di Goreme Valley dan juga “Icon of Cappadocia” di Uc Guzeller atau Three Beauties.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali semula ke hotel.


HARI 6

CAPPADOCIA - KONYA - PAMUKKALE  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Konyayang terkenal dengan tarian Whirling Derwish dan hikayat ahli sufi Nasreddin Hoca. Singgah sebentar di salah satu hotel terawal bagi para pedagang Laluan Sutera suatu ketika dahulu iaitu Ancient Caravanserai.
  • Tiba di Konya, dan tetamu di bawa melawat ke Mevlana Muzium yang dahulunya adalah pusat keagamaan Uthmaniyyah dan pembelajaran ahli sufi ketika era pemerintahan Seljuk Turks dan Uthmaniyyah. Meneruskan perjalanan menuju ke Pamukkale. Setibanya disana, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 7

PAMUKKALE - KUSADASI  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Lawatan diteruskan ke Pamukkaleyang terkenal dengan teres-teres kolam air panas berwarna putih dilereng bukit yang dikenali Cotton Castle. Nikmati kehangatan air panas ini dengan merendam kaki di teres-teres kolam  air panas. Berhampiran dengan teres ini yang dikenali sebagai Ancient Hierapolis adalah peninggalan kota purba yang wujud  sebelum zaman pemerintahan Byzantine yang masih boleh dilihat antaranya Gates of Hell, Theather, Cleopatra’s Pool dan Roman Bath.
  • Perjalanan diteruskan ke Kusadasidan solat jamak di Isa Bey Mosque yang dibina pada tahun 1375 dan merupakan salah satu masjid tertua yang masih wujud. Lawatan ke antara tujuh keajaiban dunia, The Temple of Artemis yang dibina dikawasan Ephesus.
  • Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel. Bermalam di Kusadasi.


HARI 8

KUSADASI – IZMIR – ISTANBUL  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Tetamuakan dibawa menyaksikan pertunjukan fesyen dan berpeluang membeli barangan kulit seperti jaket, beg dan sebagainya.
  • Seterusnya lawatan ke Seven Sleeper’s Cave (Ashabul Kahfi) iaitu yang merupakan gua bagi sekumpulan 7 pemuda bersembunyi bagi melarikan diri dari penganiayaan agama. Mereka tidur dan terjaga 300 tahun kemudian. Tetamu berpeluang untuk membeli manisan dan snek ringan di kedai tempatan.
  • Kemudian lawatan ke Sirince Village iaitu perkampungan ortodoks yang dikatakan mempunyai nama Cirkince (Hodoh) kerana bimbang orang luar terpesona akan kecantikkannya. Setelah beberapa lama pelancong memahami bahawa perkampungan ini adalah Sirince (Cantik). Perkampungan ini terletak di atas bukit dan sesiapa juga akan terpesona dengan lading anggur dan kebun pic sepanjang perjalanan.
  • Bertolak ke lapangan terbang bagi menaiki penerbangan ke Istanbul.
  • Tiba di Istanbul. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di hotel.


HARI 9

ISTANBUL (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Membeli belah di Vefa Bazaar yang menempatkan barangan tempatan yang murah dan berpatutan.
  • Lawatan di Istanbul diteruskan Hippodrome Squareyang dahulunya merupakan gelanggang lumba kereta kuda masa zaman Byzantium. Melawat Ayasofya atau Hagia Sophia yang dahulunya merupakan sebuah gereja semasa zaman Byzantium namun diubah menjadi sebuah masjid setelah Sultan Fatih Mehmed II berjaya menakluk Empayar Constantinople.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Solat jamak di Sultan Ahmet Mosqueatau dikenali dengan nama Blue Mosque adalah sebuah masjid bersejarah di Istanbul. Masjid ini dikenali sebagai Blue Mosque kerana jubin biru yang mengelilingi dinding dalaman serta satu-satunya masjid di Istanbul yang mempunyai 6 menara.
  • MelawatTopkapi Palace yang begitu gah. Di istana ini juga tetamu berpeluang untuk melihat peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, gigi, jubah dan pedang di samping peninggalan nabi-nabi yang lain seperti pedang Nabi Daud, tongkat Nabi Musa dan serban Nabi Yusuf. 
  • Untuk membeli cenderamata, tetamu akan dibawa ke Grand Bazaar yang telah wujud sejak tahun 1455 lagi dan terdapat lebih dari 3000 lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan.
  • Makan malam di restoran tempatan. Bermalam di Istanbul.


HARI 10

ISTANBUL – KUALA LUMPUR  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Seterusnya tetamu berpeluang menyaksikan keindahan kota dan panorama antara 2 benua Asia-Eropah dengan menyusuri Selat Bosphorus menggunakan bot persiaran. Dari sini anda dapat melihat tempat bersejarah antaranya Rumelian Castle dan Dolmabache Mosque.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Seterusnya tetamu akan dibawa membeli-belah diSpice Bazaar, pasar terbaik untuk merasai makanan tradisional Turkish seperti Turkish Delight dan Baklava. Tetamu boleh merasai makanan tradisional Turki seperti Turkish Delight dan Baklava. Terdapat juga barangan cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia.
  • Kemudian tetamu dibawa menziarah makan sahabat Rasullullah SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansari di Ayub Al Ansari Mosque. Tetamu akan solat jamak di Fatih Mosque dan menziarah makam Sultan Mohamed Fatih.
  • Makan malam direstoran tempatan. Seterusnya menuju ke Lapangan Terbang Ataturk Istanbul untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


HARI 11

KUALA LUMPUR  

Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan memori indah yang cukup mengagumkan.



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 6 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Madurodam Miniature Park, Coaster Diamond, Canal Cruise Amsterdam & Fragonard Parfumeur Factory
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan feri sehala ke Calais seperti aturcara.
  • Percuma pengangkutan pergi membeli-belah di Bicester Village London.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi).

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makanan dan lawatan termasuk tiket selain yang dinyatakan dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
  • Insurans kembara (travel insurance) – sila hubungi kami bagi khidmat nasihat dan pembelian premium insurans kembara yang sesuai.
HARGA SEORANG DARI

RM5,888 RM5,188

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS 2018
24 Jan | 8 Feb | 15* Mac
* SURCAJ TAMBAHAN RM100
15* Mac

 


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 TK 61 KL – Istanbul 2355 0620+1
8 TK 2327 Izmir – Istanbul 1705 1825
11 TK 60 Istanbul – KL 0155   1720


HARGA PAKEJ

KONFIGURASI BILIK HARGA NORMAL HARGA RUNTUH!
Bilik Seorang RM6,888 RM6,188
Bilik Berdua/Bertiga RM5,888 RM5,188
Kanak-Kanak Bilik Berdua RM5,488 RM4,988
Kanak-Kanak Berkatil RM4,988 RM4,488
Kanak-Kanak Tanpa Katil RM4,688 RM4,188


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
Kusadasi Marina Hotel / setaraf 4*
Pamukkale Ninova Thermal Hotel / setaraf 4*
Cappadocia Gold Yildirim Hotel / setaraf 5*
Amasya Apple Palace Hotel / setaraf  4*
Safranbolu Cinci Han Hotel / setaraf 4*
Istanbul Ramada Golden Horn Hotel / setaraf  4*


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn Bhd.

 

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ

Penjelajahan kini merangkumi Amasya!

There are no reviews yet.

Be the first to review “11H8M JELAJAH TURKI”