5H4M HANOI + HA LONG + NINH BINH

website-03
ID PAKEJ: SD/4MHAN/AK/2018-2019
DESTINASI:
PENERBANGAN: Air Asia


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR – HANOI (MT/MM)

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) untuk menaiki penerbangan ke Hanoi.
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai, tetamu akan di terus di bawa melawat sekitar Bandar Hanoi antaranya, lawatan ke lokasi Presiden Ho Chi Minh membaca Deklarasi Kemerdekaan Vietnam di Ba Dinh Square pada 2 Sep 1945 yang juga terletaknya Makam Presiden Ho Chi Minh dan One Pillar Pagoda.
  • Lawatan seterusnya ke Hochiminh’s House of Stilt yang pernah didiami oleh Presiden  Ho Chi Minh selama 11 tahun.
  • Melawat ke Temple of Literature yang merupakan Universiti Kebangsaan Vietnam yang pertama.
  • Lawatan ringkas ke Sword Lake. Terdapat sebuah pagoda yang dibina di sebuah pulau kecil.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan solat di Al-Noor Mosque.
  • Bersiar-siar di Old Quarter dan membeli-belah di Dong Xuan Market.
  • Daftar masuk hotel dan aktiviti bebas untuk bersiar disekitar hotel.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
  • Bermalam di Hanoi.


HARI 2

HANOI – HA LONG BAY CRUISE (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Ha Long Bay, merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO. Semasa perjalanan, tetamu akan melalui Red River Delta, dimana tetamu berpeluang untuk melihat petani Vietnam membajak sawah padi hijau yang luas.
  • Tiba di pelabuhan Ha Long Bay dan daftar masuk Cruise. Nikmati minuman selamat datang dan pengenalan ringkas mengenai garis panduan pelayaran dan keselamatan akan diberikan.
  • Makan tengahari di atas cruise sambil menikmati keindahan panorama Ha Long Bay.
  • Semasa dalam pelayaran, tetamu akan melewati pulau-pulau yang telah tersenarai dalam Tapak Bersejarah UNESCO antaranya, Dinh Huong Island, Ga Choi Island dan Sail Island.
  • Di atas cruise, tetamu berpeluang menyertai aktiviti yang disediakan seperti berkaraoke atau melakukan aktiviti sendiri.
  • Makan malam di atas cruise dan aktiviti bebas. Kembali ke kabin dan rehat.

Nota : Aktiviti memancing atau mencandat sotong hanya boleh dilakukan sekiranya musim bersesuaian.  Sekiranya cuaca tidak sesuai untuk meneruskan pelayaran, Ha Long Bay Cruise akan digantikan dengan penginapan di Ha Long Bay Hotel


HARI 3

HA LONG BAY CRUISE - HANOI (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di atas cruise dan tetamu berpeluang mengikuti aktiviti senaman Tai Chi sambil menikmati keindahan matahari terbit.
  • Setibanya di pelabuhan Hanoi, tetamu terus di bawa menuju ke Bandar Hanoi.
  • Melihat persembahan “Water Puppet Show” yang menceritakan kisah kehidupan rakyat Vietnam pada zaman dahulu.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
  • Bermalam di Hanoi


HARI 4

HANOI – NINH BINH – HANOI   (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Meneruskan perjalanan ke Ninh Binh. Setibanya di sana, tetamu di bawa melawat Bai Dinh Pagoda, merupakan pagoda terbesar di Asia Tenggara dengan menaiki Buggy.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Seterusnya tetamu di bawa menyusuri sungai dengan menaiki sampan untuk lawatan ke Tam Coc iaitu Tiga Gua (Hang Ca, Hang Giua dan Hang Coi) sambil dihidangkan dengan pemandangan gunung batu kapur dan sawah padi yang terbentang indah dan seterusnya ke Bich Dong yang turut tersenarai dalam UNESCO.
  • Kembali semula ke Bandar Hanoi.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Bermalam di Hanoi.


HARI 5

HANOI – KUALA LUMPUR  

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 3 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Penginapan 1 malam di atas Ha Long Bay Cruise.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Water Puppet Show, menaiki sampan di Tam Coc.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (Travel Insurance)

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
HARGA SEORANG DARI

RM2,988

APA KATA PELANGGAN YANG TELAH KE SANA


KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS
30 Nov | 21* Dec 2018 | 25 Jan | 22 Feb |16* Mac 2019
 *SURCAJ RM 100
  21* Dec 2018 | 16* Mac 2019


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 AK 156 KL – Hanoi 0605 0815
5 AK 517 Hanoi – KL 0900 1315


HARGA PAKEJ

Harga yang dinyatakan adalah untuk seorang

 

Kategori Harga Harga Normal MATTA SELANGOR Warga Emas MATTA SELANGOR OKU MATTA SELANGOR
S/Supp 3488 3138 3388 3088 3388 3088
Twin / DBL 2988 2638 2888 2588 2888 2588
Chd Twin 2888 2538 2788 2488
Chd W/Bed 2788 2438 2688 2388
Chd No Bed 2188 1988 2088 1938


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL / RESORT BINTANG
Hanoi Moonview Hotel  / setaraf 3*
Ha Long Bay Halong Phoenix Cruise Deluxe


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.

 

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ

There are no reviews yet.

Be the first to review “5H4M HANOI + HA LONG + NINH BINH”