10H7M EROPAH TIMUR

website-02
ID PAKEJ: SD/7MEST/QR/2018-2019
DESTINASI:
PENERBANGAN: Qatar Airways


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR – DOHA 

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Prague (Transit di Doha)


HARI 2

PRAGUE (MT)

  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Prague, tetamu di bawa melawat di sekitar Bandar ibu negara Republik Czech ini, Prague; Prague Castle yang diiktiraf sebagai istana zaman purba terbesar di dunia sejak siap dibina pada kurun ke-9. Di dalam tembok istana kompleks ini, terdapat beberapa tarikan seperti upacara pertukaran pengawal di hadapan pintu utama, Vitus Cathedral yang menempatkan makam raja-raja Bohemia yang terdahulu dan juga bertindak sebagai sebuah gereja, Golden Lane yang menempatkan rumah-rumah comel berwarna-warni sejak abad ke-15 dan Dalibor Tower yang pernah digunakan sebagai penjara.
  • Makan tenghari di restoran tempatan.
  • Seterusnya bersiar-siar di Wencenlas Square yang menempatkan butik-butik terkenal dan National Museum yang cukup gah dibina pada tahun 1885 sebelum bersolat di Islamic Foundation Centre.
  • Kemudian menuju ke Old Town Square dan melihat keunikan Astronomical Clock yang berusia 605 tahun, Tugu Jan Hus Memorial yang dibina bagi memperingat pendeta Kristian Jan Hus yang giat berjuang bagi rakyat tempatan namun dibakar hidup-hidup dan Church of Our Lady Before Tyn yang mempunyai 2 menara setinggi 80m.
  • Kemudian bersiar-siar melintasi Charles Bridge yang merupakan tempat yang popular dengan pelukis-pelukis dan ahli muzik jalanan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Prague.


HARI 3

PRAGUE – BRATISLAVA - BUDAPEST (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bergerak menuju ke ibu kota negara Slovenia, Bratislava melintasi Grassalkovich Palace yang merupakan istana rasmi presiden dan melawat sekitar Old Town yang menempatkan Michael’s Gate yang merupakan pintu gerbang binaan zaman pertengahan, Opera House dan bangunan-bangunan lama yang cukup santai pemandangannya selain patung-patung unik yang dipanggil Cumil yang bermaksud Man at Work di Panska Street.
  • Seterusnya tetamu akan dibawa melawat istana binaan kurun ke-9, Bratislava Castle yang mempunya empat menara setinggi 47m dan menjadi tempat simpanan mahkota raja Hungary selama 200 tahun.
  • Meneruskan perjalanan ke Budapest, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 4

BUDAPEST (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel. Tetamu akan dibawa bersiar-siar di sekitar ibu kota negara Hungary, Budapest yang merupakan antara bandaraya yang tercantik di benua Eropah.
  • Tetamu berpeluang mengambil gambar panorama kota ini dari atas puncak Gellert Hill Citadel yang dibina pada tahun 1850 dan terletaknya Liberty Monument iaitu sebuah tugu penghargaan kerajaan Hungary kepada Red Army Soviet Union yang mengalahkan tentera Nazi ketika Perang Dunia ke-2.
  • Kemudian melawat Castle Hill yang terletak di bahagian Buda yang menempatkan Fishermen’s Bastion yang dibina pada tahun 1895 bagi memperingati 1,000 tahun penyatuan 7 puak di Hungary pada tahun 896 dan juga Buda Castle yang cukup gah binaannya pada abad ke-14 dan pernah menjadi tapak penting penaklukan Uthmaniyyah pada tahun 1526 dan kejatuhannya pada tahun 1686.
  • Berfoto di Millennium Monument setinggi 36m di tengah-tengah Heroes’ Square mempamerkan arca patung pemimpin-pemimpin besar dalam sejarah Hungary sejak tahun 1900.
  • Selain itu tidak ketinggalan juga berfoto di Hungarian Parliament Building yang merupakan bangunan dengan bilik sebanyak 691 yang cukup memukau mata memandang akan kehebatan seni bina dan saiznya.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.


HARI 5

BUDAPEST – PANDORF - VIENNA (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Menuju ke Parndorf dan melawat Schonbrunn Palace; bangunan yang dibina oleh Maharaja Rom pada tahun 1548 dan pernah menjadi kediaman musim panas keluarga diraja Habsburg.
  • Bersolat di Vienna Islamic Centre yang dibina oleh Raja Faisal dari Arab Saudi pada tahun 1975 dengan menara setinggi 32m.
  • Seterusnya berfoto di Hofburg Palace yang dibina pada tahun 1279 sebagai kediaman rasmi pemerintah Hungary sejak zaman empayar Holy Roman, Habsburg, Austri-Hungary dan Presiden Austria masa kini, manakala di hadapannya terletak tugu Prince Eugene of Savoy yang banyak berjasa ketika berperang dengan empayar Uthmaniyyah.
  • Di seberang istana ini terletaknya tugu Maria Theresa Monument, tanda peringatan kepada Maharani Maria Theresa iaitu ibu kepada Permaisuri Maria Antoinette.
  • Setelah itu, mengunjungi City Hall yang dibina pada tahun 1872 dan di hadapannya terletak Rathauspark, sebuah taman istirehat umum yang cukup luas.
  • Singgah di Kalke Village yang cukup unik binaan rumahnya oleh Hundertwasser pada tahun 1983 tanpa menggunakan prinsip binaan garis lurus dan membeli-belah cenderamata di sini. Tetamu akan dibawa untuk bergambar di Vienna State Opera sebelum diberi masa bebas di Karntnerstrasse untuk membeli-belah jam di butik Bucherer, butik Swarovski atau mencuba menaiki kereta kuda di sebelah Stephen’s Cathedral, pusat gereja yang penting bagi penyebaran agama Kristian di Eropah Tengah yang dibina seawal 1147 dengan menara setinggi 137m.
  • Akhirnya tetamu dibawa membeli-beli di McArthurGlen Designer Outlets. Kemudian, meneruskan perjalanan ke ibu kota negara Austria, Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.


HARI 6

VIENNA – WACHAU VALLEY - VIENNA (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Meneruskan perjalanan ke Wachau Valley dan menaiki Canal Cruise di Danube River.
  • Seterusnya tetamu di bawa menikmati panorama daripada Agstein Castle. Kembali  ke Vienna dan malan malam di restoran tempatan. Bermalam di Vienna


HARI 7

VIENNA – HALLSTAAT - MUNICH (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Hallstatt untuk melawat Welterbeblick World Heritage View serta menaiki Funicular sehingga ke puncak untuk menikamati pemandangan yang cukup menakjubkan.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Munich


HARI 8

MUNICH – SCHWANGAU – MUNICH (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel sebelum menuju ke Schwangau untuk melawat sebuah istana rehat Raja Ludwig II Bavaria yang dibina seawal tahun 1892.
  • Tetamu akan dibawa masuk melawat ke Neuschwanstein Castleyang terletak di atas bukit dan keindahan seni bina istana ini telah menjadi sumber ilham kepada rekabentuk Sleeping Beauty Castle di Disneyland.
  • Berdekatan dengan istana ini terletaknya Marie Bridge yang struktur asalnya dibina menggunakan kayu oleh Raja Ludwig II Bavaria namun ditukar kepada struktur besi oleh anaknya.
  • Pulang semula ke Bandar Munich dan melawat BMW Welt di mana tempat pengusaha otomobil terkenal dunia ini mempamerkan rekaan-rekaan kenderaan mereka yang terdahulu dan terkini.
  • Bersebelahan dengannya ialah kawasan Olympia Park yang dibina ketika Munich menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 1972 dan menempatkan Olympic Stadium, Olympic Tower, Swimming Stadium dan tasik.
  • Bersolat di Mehmet Akif Mosque sebelum meneruskan lawatan panorama sekitar kota Munich di mana tetamu berpeluang untuk melihat Siegestor (Victory Gate) yang dibina untuk memperingati tentera Bavaria yang gagah dan Angel of Peace yang merupakan sebuah monumen tanda peringatan kepada perdamaian antara Perancis dan Jerman selepas Perang Franco-German pada tahun 1870.
  • Berhenti di Munich National Theatre yang menjadi pentas persembahan Bavarian State Opera dan Bavarian State Ballet sebelum menuju ke Marienplatz bagi melawat New Town Hall yang dibina pada tahun 1867. Tarikan utama di bangunan ini ialah di menaranya yang setinggi 85m itu terdapatnya Rathaus-Glockenspiel, sebuah jam yang mempunyai sejumlah 32 patung dan 43 loceng yang menari dan beraksi menyampaikan kisah-kisah sejarah yang berlaku di kota Munich.
  • Makan malam di restoran tempatan sebelum pulang semula ke hotel.Bermalam di Munich.


HARI 9

MUNICH – DOHA (SP)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Membeli-belah saat akhir di Ingolstadt Outlet Village yang menawarkan pelbagai jenama terkenal antarabangsa dengan diskaun yang hebat sebelum bertolak menuju ke Lapangan Terbang Munich untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Transit di Doha)


HARI 10

DOHA – KUALA LUMPUR 

  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 7 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Canal Cruise Wachau Vienna, “Skywalk” World Heritahe View (Welterblick World Heritage), Neuschwanstein Castle.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris beragama Islam yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (Travel Insurance)

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
HARGA SEORANG DARI

RM9,288

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS 2016
25 Jan | 28* Feb | 28* Mar 2019
*SURCAJ RM 100
28* Feb | 28* Mar 2019


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 QR 849 KL – Doha 2025 2250
2 QR 289 Doha – Prague 0220 0740
9 QR 058 Munich – Doha 1655 2330
10 QR 848 Doha – KL 0230 1530


HARGA PAKEJ

Harga dinayatakan diatas adalah harga seorang.

Kategori Harga Harga Normal MATTA SELANGOR Warga Emas MATTA SELANGOR OKU MATTA SELANGOR
S/Supp 10688 9488 10588 9288 10588 9288
Twin / DBL 9288 8188 9188 7988 9188 7988
Chd Twin 8388 7488     8288 7288
Chd W/Bed 7188 6488     7088 6288
Chd No Bed 6388 5888     6288 5888

 


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
Prague Iris Eden Hotel / setaraf 4*
Budapest Expo Congress Hotel / setaraf 4*
Venice Exe Vienna Hotel / setaraf 4*
Munich Ibis Style Muenchen Ost Messe Hotel / setaraf 4*


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn Bhd.

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ

There are no reviews yet.

Be the first to review “10H7M EROPAH TIMUR”