11H9M MOROCCO + SPAIN + PORTUGAL

MOROCCO + SPAIN PORTUGAL TK-01
ID PAKEJ: D/9MPOR/QR/2018-2019
DESTINASI:
PENERBANGAN: Qatar Airways


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR – DOHA - CASABLANCA    

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Casablanca. (Transit di Doha)
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Mohammed V, bertolak menuju ke Casablanca yang merupakan kota terbesar di Morocco.
  • Melawat Hassan ll Mosque, merupakan masjid ke-5 terbesar di dunia dan uniknya masjid ini dilengkapi oleh laser yang diarahkan ke Mekah.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bemalam di Casablanca.


HARI 2

CASABLANCA - FEZ (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Fez yang terkenal dengan keunikan perusahaan kulit.
  • Setibanya di Fez, makan tengahari di restoran tempatan.
  • Melawat sekitar Old Medina of Fez dan berpeluang melihat proses pembuatan barangan tembikar dan barangan kulit selain melawat ke Medrassa Bouinania, Muley Idriss Mausoleum, Bab Boujloud, Zawiya Ahmed Tijani adalah bangunan kompleks agama Islam untuk pendidikan dan peringatan di Fez dan Masjid Al-Quaraouiyine yang bertransformasi menjadi universiti tertua di dunia yang masih beroperasi hingga kini serta berfoto di Royal Palace.
  • Kemudian tetamu di bawa bersiar-siar dan membeli belah di Traditional Bazaar.
  • Daftar masuk hotel dan makan malam. Bemalam di Fez.


HARI 3

FEZ – CHEFCHAOUEN - TANGIER    (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Chefchaouen, merupakan kota tua yang berdiri sejak tahun 1471 dan terletak di wilayah pergunungan Rif di barat laut Magribi serta terkenal dengan nama ‘Blue City’. Ada juga yang mengatakan Chefchaouen seperti di Santorini Greece.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan di bawa melawat sekitar Chefchaouen antaranya Chefchaouen Kasbah dan membeli belah di Traditional Bazaar sambil berfoto dengan panorama yang unik berlatarbelakang rona biru.
  • Bertolak menuju ke Tangier dan daftar masuk hotel.
  • Makan malam di hotel dan bermalam di Tangier.


HARI 4

Tangier – TARIFA - SEVILLE    (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke pelabuhan Tangier untuk menaiki feri ke Tarifa, Spain merentasi Selat Gibraltar di mana lautan Atlantik bertemu dengan Mediterranean.
  • Setibanya di Tarifa, tetamu di bawa untuk makan tengahari di restoran tempatan.
  • Meneruskan perjalanan ke Seville dan melawat Plaza de Espana yang diberi nama ‘Maria Luisa Park’, bangunan yang cukup mengagumkan reka bentuknya dan terdapat kolam air pancut besar di tengahnya serta lukisan di sepanjang tembok, Jardines de MurilloSeville Cathedral yang merupakan pada asalnya adalah sebuah masjid yang kemudiannya diruntuhkan dan dibina semula sebagai gereja Roman Katolik dengan menara asal  masjid tersebut yang bernama Giralda Tower masih utuh berdiri disebelahnya termasuklah Orange Tree Courtyard yang merupakan sebahagian dari peninggalan masjid tersebut, berfoto di Torre del Oro merupakan salah satu mercu tanda Seville yang dibina pada bad ke-13 semasa dinasti Almohad untuk mengawal akses ke pelabuhan.
  • Membeli belah cenderamata di Santa Cruz Quarter yang merupakan kawasan kejiranan bersejarah zaman pertengahan.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Seville.


HARI 5

SEVILLE – SINTRA - LISBON   (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke negara Portugal dan melawat kota Sintra yang terkenal dengan tarikan Palace Da Pena, sebuah istana yang terletak di atas bukit dan termasuk dalam satu dari tujuh Seven Wonders of Portugal dan juga merupakan UNESCO World Heritage Site.
  • Seterusnya menuju ke Lisbon dan makan tengahari di restoran tempatan. Solat di Central Mosque of Lisbon.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Lisbon.


HARI 6

LISBON - SEVILLE   (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Melawat sekitar bandar Lisbon, antaranya berfoto di Belem Tower yang merupakan menara kubu pertahanan yang dibina pada abad ke-16 dan Monument to the Discoveries yang dibina berbentuk seakan – akan kapal pada tahun 1940, Jeronimos Monastry yang merupakan sebuah biara dengan seni bina Portugis-Gothic Manueline.
  • Seterusnya melawat Rossio Square iaitu dataran yang paling meriah di Lisbon yang dikelilingi oleh air pancut Baroque, monument dan tugu bersejarah serta bangunan Dona Maria ll National Theatre.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan Solat di Central Mosque of Lisbon.
  • Bertolak ke Seville dan makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Seville.


HARI 7

SEVILLE – CORDOBA - GRANADA (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Meneruskan perjalanan ke Cordoba dan tetamu di bawa melawat ke Mosque of Cordoba atau dikenali sebagai ‘Mezquita’, masjid-gereja yang dibina dengan senibina Islam terbaik di dunia. Masjid ini telah diubahsuai menjadi gereja setelah kejatuhan empayar Islam dan kesan masjid yang masih boleh dilihat adalah ukiran ayat suci Al-Quran di dinding masjid, tiang, menara dan mihrab.
  • Lawatan diteruskan ke Jewish Quarters, sebuah kawasan kejiranan Yahudi yang diberi kebebasan beragama dan penempatan ketika pemerintahan Islam Almohad. Kawasan ini dikelilingi rumah-rumah yang dicat putih dan patio dengan bunga berwarna-warni.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke Granada yang cukup terkenal dengan ikonya iaitu Alhambra Palace.
  • Setibanya di Granada, melawat Albayzin Muslim Quarters yang merupakan pusat budaya Islam tertua di Granada dan terletaknya Grand Mosque of Granada. Di masjid ini menawarkan lokasi paling sesuai untuk mengambil gambar panorama indah Alhambra Palace.
  • Selepas menunaikan solat di Grand Mosqque of Granada, tetamu di bawa untuk makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Granada.


HARI 8

GRANADA – ALHAMBRA PALACE - MADRID   (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Memulakan lawatan ke Alhambra Palace yang asalnya dibina sebagai kubu sebelum diubahsuai menjadi istana oleh pemerintah Kerajaan Granada Nasri yang berbangsa Moorish. Alhambra juga merupakan pintu kepada budaya Moor pastinya menjanjikan pemandangan cukup indah dengan ukiran dinding kaligrafi ayat suci Al-Quran dan ukiran bermotifkan bunga.
  • Kemudian melawat ke Generalife Gardens, sebuah istana rehat musim panas diraja yang dihiasi dengan patio, kolam, taman bunga dan pepohon yang menghijau, mata air dan deretan tiang yang dihubungkan ke Alhambra melalui laluan berbumbung.
  • Bertolak ke Madrid dan singgah untuk makan tengahari.
  • Setibanya di Madrid, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
  • Bermalam di Madrid.


HARI 9

MADRID – TOLEDO – MADRID  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bertolak menuju ke Toledo yang dikenali sebagai bandar imperial kerana pernah menjadi lokasi utama balai rong Charles I. Ia juga menerima jolokan Bandar Tiga Budaya disebabkan oleh pengaruh bersejarah agama Kristian, Yahudi dan Muslim yang wujud bersama-sama dalam satu masa. Berfoto di Mirador del Valle di mana teramu berpeluang menyaksikan pemandangan panorama yang cukup indah kota Toledo dari sini.
  • Seterusnya di bawa melawat ke Mosque of Cristo de la Luzyang merupakan masjid yang telah ditukarkan menjadi gereja, Puerta Bab Al-Marhum yang merupakan pintu gerbang kota Toledo, Alcantara Bridge adalah jambatan yang dibina oleh Rom merentasi Sungai Tagus pada zaman pertengahan.
  • Membeli belah cenderamata di Zocodover Square sebelum bertolak pulang ke Madrid.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan solat di Abu-Bakr Mosque.
  • Seterusnya tetamu berpeluang berfoto di stadium yang cukup terkenal dalam kalangan peminat bola sepak iaitu Estadio Santiago Bernabeu, stadium rasmi pasukan bola sepak Real Madrid.
  • Seterusnya tetamu di bawa membeli belah di Las Rozas Village, sebuah kawasan membeli belah barangan berjenama antarabangsa seperti Armani, Ralph Lauren, Calvin Klein, Burberry dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan.
  • Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Madrid.


HARI 10

MADRID - DOHA   (SP)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Kemudian melawat sekitar kota Madrid antaranya, berhenti berfoto di hadapan Royal Palace yang merupakan istana kediaman rasmi kerabat diraja Sepanyol, melepasi Prado Museum, Fountain of Cibeles dan Neptune Fountain iaitu dua kolam air pancut yang terletak berhadapan dan berdekatan dengan Plaza de la Cibeles dan juga Puerta de Alcala yang merupakan pintu gerbang diraja, Puerta del Sol yang merupakan pusat ekonomi dan membeli belah kota ini, Bullfight Ring.
  • Bertolak menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Madrid Barajas untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Transit di Doha)


HARI 11

DOHA - KUALA LUMPUR  

  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan memori yang cukup indah serta pengalaman penuh bersejarah di bumi Andalusia, Morocco Spain dan Portugal.


HARI 12

 

  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 9 malam yang selesa di hotel bertaraf 3-4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Cordoba Mosque, Alhambra Palace, Generalife Gardens, Palace Da Pena dan Masjid Al-Quaraouiyine.
  • Tiket menaiki feri laju dari Tangier ke Tarifa.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Melayu / Inggeris beragama Islam yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (Travel Insurance)

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
HARGA SEORANG DARI

RM10,098

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS
15, 29 Nov | 13*, 27* Dec 2018 | 31 Jan | 14, 21 Feb | 14*, 28* Mac 2019
SURCAJ RM240
13*, 27* Dec 2018 | 14*, 28* Mac 2019

 


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
01 QR 853 KL – Doha 0205 0510
01 QR 1395 Doha – Casablanca 0900 1440
10 QR 150 Madrid – Doha 1515      0005+1
11 QR 848 Doha – KL 0245 1530

 


HARGA PAKEJ

Harga dinyatakan diatas adalah harga seorang

 

Kategori Harga Harga Normal MATTA SELANGOR Warga Emas MATTA SELANGOR OKU MATTA SELANGOR
S/Supp 11498 10238 11398 10088 11398 10088
Twin / DBL 10098 8838 9998 8688 9998 8688
Chd Twin 9198 8238 9098 8088
Chd W/Bed 7698 6738 7598 6588
Chd No Bed 6698 5838 6598 5688


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
Casablanca Ibis Mohammedia Hotel  / setaraf 3*
Fez Volubilis Hotel / setaraf 4*
Tangier Atlas Almohades Tangier City Center Hotel  / setaraf 4*
Granada Secotel Gran Luna De Granada Hotel / setaraf 4*
Seville Hilton Garden Inn Seville Hotel  / setaraf 4*
Lisbon Aldeia Dos Capuchos Hotel / setaraf 4*
Madrid Eurostars i-Hotel Hotel  / setaraf 4*


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.
  • Perlepasan kumpulan akan dilakukan apabila kumpulan mencapai minimum bilangan 15 orang. Sekiranya tidak mencapai bilangan minimum, ahli harus membuat pilihan samaada menukar tarikh penerbangan / destinasi / pemulangan penuh bayaran. Walaubagaimanapun ianya juga bergantung kepada kelulusan syarikat.

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ

There are no reviews yet.

Be the first to review “11H9M MOROCCO + SPAIN + PORTUGAL”