8H5M SEOUL + JEJU ISLAND + SKI

JEJU-01
ID PAKEJ: SD/5MCJU/D7/2018-2019
DESTINASI:
PENERBANGAN: Air Asia X


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR – HONG KONG - JEJU ISLAND  (MM)

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Jeju.
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, tetamu di bawa melawat ke sekitar Yongduam Rock (Dragon Head Rock) dan Mystery Road.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
    • Bermalam di Jeju Island.


HARI 2

JEJU ISLAND  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan melawat ke Seongsan Ilchulbong atau dikenali sebagai ‘Sunrise Peak’ yang menawarkan pemandangan indah kawah gunung berapi yang telah diiktiraf antara 7 Keajaiban Dunia.
  • Tetamu juga di bawa  ke Seopjikoji yang merupakan kawasan pantai pinggir laut yang menyajikan pemandangan indah dan nenjadi lokasi kegemaran bagi penggambaran drama dan filem korea antaranya drama popular korea ‘All-in’.
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, tetamu di bawa ke Cheonjiyeon Waterfall antara air terjun paling popular di Pulau Jeju. Cheonjiyeon Waterfall ini dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok dan tumbuhan exotic yang cantik.
  • Seterusnya lawatan ke sekitar Yongduam Rock (Dragon Head Rock) dan Mystery Road.
  • Tetamu juga di bawa ke Seongeup Folk Village yang merupakan perkampungan Pulau Jeju pada tahun 50 an.
  • Seterusnya di bawa ke Teddy Bear Museum.
  • Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Jeju Island.


HARI 3

JEJU ISLAND - NAMI ISLAND – SKI RESORT - SEOUL  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang  Antarabangsa Jeju untuk penerbangan ke Seoul.
  • Setibanya di Lapangan Terbang Seoul, lawatan diteruskan ke Nami Island, yang terkenal sebagai lokasi penggambaran drama “Winter Sonata” dengan menaiki feri.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya di bawa  ke Ski Resort. Tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri seperti meluncur salji.

Nota : Peralatan dan pakaian ski tidak termasuk dalam harga pakej dan tetamu harus menyewa peralatan tersebut dengan perbelanjaan sendiri. Sila rujuk senarai harga seperti di bawah :

Peralatan Ski :

(Dewasa & Kanak-Kanak: 35 USD seorang)

 

Pakaian Ski :

(Dewasa & Kanak-Kanak: 15 USD seorang)

 

  • Kembali ke Seoul dan makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Seoul.


HARI 4

SEOUL – TAMAN TEMA EVERLAND  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan ke Taman Tema Everland, iaitu taman tema terbesar Korea Selatan. Terletak di Everland Resort di Yongin, sebuah bandar di Gyeonggi-do, dan taman ini menerima lebih kurang 7.3 juta pelawat setiap tahun.
  • Kemudian tetamu di bawa membeli belah di Dongdaemun Market dan seterusnya menyaksikan persembahan Bibab Show, iaitu pertunjukkan musikal dengan konsep “Mix & Harmony” yang mengetengahkan makanan Korea yang dikenali dengan “Bibimbab”.
  • Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Seoul.


HARI 5

SEOUL  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan diteruskan ke Seaweed Museum dan tetamu juga berpeluang untuk belajar cara membuat kimchi, serta mencuba pakaian tradisional Korea yang dikenal sebagai “han-bok”.
  • Membeli-belah di
  • Membeli-belah di Pine Tree Center, Korean Cosmetic duty-free shop, National Ginseng Center dan Amethyst Factory.
  • Makan tengahari di restoran tenpatan dan seterusnya di bawa untuk membeli-belah di Namdaemun Street Market & Myeong-dong Fashion Street.
  • Kemudian di bawa membeli-belah diDonghwa dutyfree department store.
  • Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Seoul.


HARI 6

SEOUL – KUALA LUMPUR  (SP/MT/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Seterusnya di bawa melawat ke Gyeongbokgung PalaceNational Folk Museum dan melalui Presidential Blue House.
  • Makan tengah hari dan solat di International Mosque.
  • Kemudian tetamu di bawa membeli-belah di Korean Product duty-free shop.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.


HARI 7

KUALA LUMPUR  

  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Tiket penerbangan domestik dari Jeju Island ke Seoul.
  • Penginapan 5 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Taman Tema Everland, Bibap Show, Gyeongbokgung Palace, National Folk Museum, Seongeup Folk Village dan Teddy Bear Museum.
  • Tiket menaiki feri ke Nami Island.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (travel insurance)

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
HARGA SEORANG DARI

RM5,438

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS
17 Dis 2018

 


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 D7 501 KL – Jeju 0700 1400
6 D7 509 Seoul – KL 2320 0505+1


HARGA PAKEJ

Harga dinyatakan diatas adalah harga seorang

 

Kategori Harga Harga Normal MATTA SELANGOR Warga Emas MATTA SELANGOR OKU MATTA SELANGOR
S/Supp 6338 5718 6238 5638 6238 5638
Twin / DBL 5438 4818 5338 4738 5338 4738
Chd Twin 5438 4818 5338 4738
Chd W/Bed 4838 4318 4738 4238
Chd No Bed 4138 3718 4038 3638

 


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
Seoul Luce Bridge Hotel  / setaraf 3*
Jeju Amourex Resort / setaraf 3*


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.
  • Perlepasan kumpulan akan dilakukan apabila kumpulan mencapai minimum bilangan 15 orang. Sekiranya tidak mencapai bilangan minimum, ahli harus membuat pilihan samaada menukar tarikh penerbangan / destinasi / pemulangan penuh bayaran. Walaubagaimanapun ianya juga bergantung kepada kelulusan syarikat.

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ

There are no reviews yet.

Be the first to review “8H5M SEOUL + JEJU ISLAND + SKI”