10H8M ITALI + NICE

website-01
ID PAKEJ: SD/9MITA/QR/TK
DESTINASI:
PENERBANGAN: Qatar Airways


ATURCARA

HARI 1

KUALA LUMPUR - DOHA - ROME (MM)

  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Rome. (Transit di Doha)
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Leonardo Da Vinci Rome, tetamu di bawa untuk sarapan pagi di restoran tempatan.
  • Tetamu di bawa melawat ke Colosseum yang dikenali sebagai Flavian Amphitheatre, tempat di mana gladiators (pahlawan) zaman dahulu berlawan untuk dipertontonkan kepada umum. Di sini tetamu berpeluang melihat struktur senibina Colosseum di bahagian dalam.
  • Menuju ke hotel dan daftar masuk hotel. Bermalam di Rome.


HARI 2

ROME (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan di sekitar Rome antaranya ke Roman Forum yang merupakan tempat kesan peninggalan pusat pentadbiran, pemerintahan dan ekonomi kerajaan Roman, Trevi Fountain salah satu kolam air pancut yang cantik seni binaanya dan juga Spanish Steps yang mempunyai 135 anak tangga yang terletak di kawasan tumpuan ramai di Piazza Di Spagna.
  • Singgah solat di Mosque of Rome yang merupakan masjid terbesar di benua Eropah dan meneruskan lawatan ke negara yang terkecil di dunia iaitu Vatican City dan lawatan ke St.Peter Basilica  yang menempatkan Ketua Agama Kristian Katolik, Pope tinggal dan berurusan.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Bermalam di Rome.


HARI 3

ROME - PISA - BOLOGNA (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Pisa dan singgah membeli belah di Pierotucci Leathers dan tetamu berpeluang melihat proses membuat beg, jacket, kasut dan barangan kulit asli di sini. Semua produk di sini menggunakan kulit lembu asli tempatan dan barangannya sangat berkualiti.
  • Meneruskan perjalanan ke Pisa  dan setibanya di sana, tetamu berpeluang melawat dataran Tapak Warisan Dunia UNESCO yang cukup unik dipanggil Square of Miracles yang menempatkan menara condong Pisa, bangunan – bangunan lain yang gah binaannya seperti The Duomo, The Pisa Baptistery, New Hospital of Holy Spirit dan Monumental Cementary.
  • Perjalanan diteruskan ke Bologna adalah ibu kota bersejarah di rantau Emilia-Romagna di utara Itali. Setibanya di sana makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam Bologna.


HARI 4

FLORENCE - MODENA - VENICE (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Tetamu di bawa melawat sekitar Bologna seperti Mirador en San Michele in Bosco dan Piazza Maggiore adalah dataran utama di Bologna. Di dataran ini terdapat salah satu gereja terbesar di dunia iaitu Basilika San Petronio, City Hall dan Fontana di Nettuno.
  • Seterusnya bertolak menuju ke Modena dan lawatan ke Ferrari Museum yang menempatkan galeri kereta – kereta yang dihasilkan oleh Enzo Ferrari dari dahulu hingga yang terkini termasuklah galeri perlumbaan yang disertai pasukan Ferrari.
  • Perjalanan diteruskan ke Venice dan setibanya di sana makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam Venice.


HARI 5

VENICE (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Seterusnya tetamu di bawa menaiki bot dari Tronchetto Pierke San Marco kepulauan Venice yang terkenal sebagai kota romantis. Lawatan di sekitar San Marco Square yang menempatkan San Marco Basilica yang merupakan sebuah gereja yang berekabentuk ciri Byzantine, Bridge of Sighs iaitu sebuah jambatan yang menyambungkan Doge’s Palacedengan penjara.
  • Sekiranya berkesempatan, tetamu akan di bawa menaiki gondola yang cukup terkenal di kota ini sambil menyusuri terusan – terusan. (bayaran tambahan sebanyak EUR25 seorang)
  • Selepas itu, tetamu di bawa menaiki bot dari San Marcokembali ke Tronchetto Pier.
  • Solat di Islamic Centre of Venice dan seterusnya di bawa makan malam di restoran tempatan.
  • Kembali ke hotel dan bermalam Venice.


HARI 6

VENICE - MILAN (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Milan dan solat di Centro Islamico Milano yang merupakan sebuah masjid dan pusat dakwah Islamiah yang penting di Milan. Seterusnya lawatan di sekitar bandar Milan antaranya Sforzesco Castle yang merupakan sebuah istana yang dibina di atas kubu peninggalan dari kurun ke-14, Milan Cathederal sebuah gereja binaan gothic, monument Victor Emmanuel II, Teatro Alla Scala merupakan salah satu gedung opera terbesar di dunia.
  • Membeli belah di Galleria Vittoria Emanuele II yang menjual pelbagai barangan berjenama seperti Versace, Prada, Louis Vuitton atau di sepanjang jalan Corso Vittorio Emanuele II.
  • Makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Milan.


HARI 7

MILAN - LAKE COMO - MILAN (SP/MM)

  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bertolak ke Lake Como atau dalam bahasa itali ‘Lago di Como’ yang terletak di Lombardy bahagian utara Milan dengan tasik yang tenang dikelilingi gunung ganang yang menghujau. Lake Como adalah antara tasik yang terdalam di Eropah dan terkenal kerana ramai selebriti seperti Matthew Bellamy, Madonna, George Clooney, Gianni Versace, Sylvester Srallone, Ben Spies memiliki villa di sini.
  • Setibanya  di sini, tetamu di bawa menaiki Funicular Como-Brunate adalah kereta kabel bersejarah yang berusia 100 tahun yang menghubungkan kota Como di tepi danau dengan desa Brunate di pergunungan yang cantik. Setibanya di puncak bukit, tetamu berpeluang menikmati panorama pemandangan indah Lake Como dan pusat Kota Como seperti Cathedral Como, Piazza Cavour dan Villa Olmo.
  • Meneruskan perjalanan ke Milan dan tetamu di bawa berfoto di Stadium of San Miro adalah stadium bola sepak pasukan A.C. Milan dan Inter yang terletak di daerah San Siro di Milan Itali dan juga merupakan salah satu stadium terbesar di Eropah dan yang terbesar di Itali.
  • Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Milan.


HARI 8

MILAN – SERRAVALLE - NICE  (SP/MM)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Serravalle dan tetamu berpeluang membeli belah di McArthurGlenn Designer Outlet yang merupakan gedung pusat barangan berjenama terbesar di dunia. Antara jenama yang boleh didapati seperti Armani, MK, Polo, Prada dan banyak lagi.
  • Perjalanan diteruskan ke Nice dan singgah di Eze Villageuntuk melawat Galimard Parfume Factory di mana tetamu berpeluang menghasilkan minyak wangi mengikut citarasa sendiri.
  • Seterusnya perjalanan diteruskan ke Marseille dan makan malam di restoran tempatan.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Nice.


HARI 9

NICE - DOHA (SP)

  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Seterusnya tetamu di bawa bersiar-siar ke sekitar bandar Nicedan berfoto di Promenade de Anglais di sepanjang pantai, Place Massena yang merupakan dataran utama di bandar Nice serta menjadi tempat utama aktiviti-aktiviti awam di sini seperti konsert dan perarakan atau membeli belah di Galeries Lafayette yang terletak di Avenue Jean Medecin.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Nice untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Transit di Doha)


HARI 10

DOHA - KUALA LUMPUR 

  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


HARI 11

BARCELONA - DOHA (QA)/ISTANBUL (TK) (SP)

Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Kemudian tetamu di bawa ke FCBotiga Megastore adalah butik FC Barcelona terbaik dunia. Disini tetamu boleh menemui koleksi terbaik dari produk official FC Barcelona dan Nike Football seperti pakaian, jersey, kasut dan aksesoris. Tetamu juga dibawa berphoto di luar Camp Nou Stadium. Seterusnya tetamu di bawa membeli belah di saat akhir di La Roca Outlet Village. Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Barcelona untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui doha.


HARI 12

DOHA (QA)/ISTANBUL (TK) - KUALA LUMPUR 

Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)



PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 8 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Colosseum dan Enzo Ferrari Museum.
  • Tiket menaiki Funnicular Como-Brunate.
  • Pengangkutan menaiki bot di Venice (Trochetto ke San Marco dan San Marco ke Trochetto).
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris beragama Islam yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (Travel Insurance)

TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
HARGA SEORANG DARI

RM9,888

APA KATA PELANGGAN KOWAMAS HOLIDAYS



KONGSIKAN TAWARAN MENARIK INI DI LAMAN SOSIAL


TARIKH BERANGKAT

TARIKH BERLEPAS
30* Nov 2018 | 25 Jan | 28 Feb | 29 Mar 2019
*SURCAJ RM 250
30* Nov 2018


JADUAL PENERBANGAN

HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 QR 853 KL – Doha 0205 0510
1 QR 131 Doha – Rome 0820 1255
9 QR 054 Nice – Doha 1515 2325
10 QR 848 Doha – KL 0245 1530

 


HARGA PAKEJ

Harga dinyatakan di atas ialah harga seorang

Kategori Harga Harga Normal MATTA SELANGOR Warga Emas MATTA SELANGOR OKU MATTA SELANGOR
S/Supp 11588 10288 11488 9988 11488 9988
Twin / DBL 9888 8588 9788 8388 9788 8388
Chd Twin 8988 7988     8888 7688
Chd W/Bed 7588 6788     7488 6588
Chd No Bed 6588 6088     6488 5888


PENGINAPAN

DESTINASI HOTEL BINTANG
Rome Novotel Roma Est Hotel / setaraf 4*
Bologna Cosmopolitan Bologna Hotel / setaraf 4*
Venice Best Western Airvenice Hotel / setaraf 4*
Milan Degil Arcimboldi Hotel / setaraf 4*
Nice Novotel Suites Nice Airport Hotel / setaraf 4*


TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn Bhd.

 

Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :

PENERIMA : KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK : MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN : 5625 6230 4881


BORANG TEMPAHAN PAKEJ

There are no reviews yet.

Be the first to review “10H8M ITALI + NICE”