Profil

Latar Belakang

Kowamas Holidays Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2000. Kowamas Holidays Sdn Bhd merupakan sebuah anak syarikat kepada KOWAMAS (Koperasi Wawasan Malaysia). Bergiat aktif di dalam industri pelancongan Malaysia.

 

Kami merupakan satu agensi pelancongan yang menyediakan sepenuhnya perkhidmatan untuk Kerajaan, Korporat dan M.I.C.E.

Perkhidmatan yang disediakan adalah termasuk tempahan hotel, pengurusan pengangkutan, pelancongan di dalam dan di luar negeri, umrah, tempahan tiket penerbangan dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan pelancongan.

 

Kowamas Holidays Sdn Bhd kini telah bersedia untuk membawa industri pelancongan ke peringkat yang lebih tinggi serta seimbang dengan skop perniagaan dan menjadi sebuah agensi pelancongan yang meningkat maju.

Sekarang, kami di Kowamas Holidays Sdn Bhd mampu menguruskan urusan pelancongan untuk ribuan pelanggan setiap tahun. Kami memberikan perkhidmatan kepada individu, pihak korporat dan kerajaan.

 

Perniagaan kami ialah untuk menyediakan perkhidmatan pelancongan yang efisyen dan profesional kepada semua pelanggan. Penyertaan yang banyak dalam bidang ini telah memberikan pengalaman yang luas bagi kami disamping menambah baik perkhidmatan.