logo
Join us in the next travel fair and be suprised by the packages offering that awaits.
What's New in Kowamas
+603 7803 0170
info@kowamasholidays.com
Hubungi Kami +603 7803 0170
Top
 

11H8M ITALI + MONACO + NICE


Muat Turun Aturcara    PMJERR

11H8M ITALI + MONACO + NICE

RM8198 seorang peserta bilik berdua

TARIKH PENERBANGAN & HARGA PAKEJ
 
TARIKH PENERBANGAN 28 Feb 2019 | Y E S  PROMO
KATEGORI HARGA BILIK SEORANG BERDUA KANAK-KANAK BERDUA KANAK-KANAK BERKATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Dewasa

10888 9398

9688 8198 8688 7698 7888 6998

7388 6598

Warga Emas

10788 9368

9588 8168 - -

-

OKU

-

9588 8168 8588 7668 7788 6968

7288 6568

   
JADUAL PENERBANGAN
 
HARI PESAWAT SEKTOR ETD ETA
1 QR 849 KL – Doha 2000 2300
2 QR 115 Doha – Rome 0130 0555
10 QR 054 Nice - Doha 1525 2335
11 QR 848 Doha – KL 0230 1530
 
PENGINAPAN
 
BIL.MALAM DESTINASI HOTEL BINTANG
2 Rome IH Rama Z3 Hotel / setaraf 4*
1 Pisa Galilei Hotel / setaraf 4*
1 Venice Four Points Sheraton Hotel / setaraf 4*
2 Milan Holiday InnGaribaldi Station  Hotel / setaraf 4*
2 Nice The Nap  Hotel / setaraf 3*
 
TERMA & SYARAT PAKEJ
  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn Bhd.
  Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :
PENERIMA KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN 5625 6230 4881
  • Destinasi
  • Pakej Disertakan
    11H8M ITALI + MONACO + NICE
1
KUALA LUMPUR - DOHA (MM)
  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Rome. (Transit di Doha)
2
DOHA - ROME (MM)
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Leonardo Da Vinci Rome, tetamu di bawa ke Castle Romano Designer Oulet untuk membeli belah. Pelbagai barangan berjenama di jual di sini seperti Dolce & Gabbana, Valentino, CK Jeans, Camper, Diesel dan The Nike Factory Store.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
  • Bermalam di Rome.
3
ROME (SP/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan di sekitar Rome antaranya melawat ke Colosseum yang dikenali sebagai Flavian Amphitheatre, tempat di mana gladiators (pahlawan) zaman dahulu berlawan untuk dipertontonkan kepada umum. Di sini tetamu berpeluang melihat struktur senibina Colosseum di bahagian dalam, Roman Forum yang merupakan tempat kesan peninggalan pusat pentadbiran, pemerintahan dan ekonomi kerajaan Roman, Trevi Fountain salah satu kolam air pancut yang cantik seni binaanya dan juga Spanish Steps yang mempunyai 135 anak tangga yang terletak di kawasan tumpuan ramai di Piazza Di Spagna.
  • Singgah solat di Mosque of Rome yang merupakan masjid terbesar di benua Eropah.
  • Kemudian tetamu juga di bawa membeli belah di Hard Rock Café Rome.
  • Meneruskan lawatan ke negara yang terkecil di dunia iaitu Vatican City dan juga lawatan ke St.Peter Basilica  yang menempatkan Ketua Agama Kristian Katolik, Pope tinggal dan berurusan.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.
  • Bermalam di Rome.
4
ROME – PISA (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Pisa dan setibanya di sana, tetamu berpeluang melawat dataran Tapak Warisan Dunia UNESCO yang cukup unik dipanggil Square of Miracles di mana menempatkan menara condong yang cukup terkenal iaitu Leaning Tower of Pisa yang dibina pada tahun 1173 dan kekal bertahan sehingga ke hari ini serta tetamu juga berpeluang melihat bahagian dalam menara ini. Selain dari itu, bangunan-bangunan lain yang cukup gah binaannya seperti The Duomo, The Pisa Baptistery, New Hospital of Holy Spirit dan Monumental Cemetery.
  • Seterusnya  singgah membeli belah di Pierotucci Leathers Shop and Outlet dan tetamu berpeluang melihat proses membuat beg, jacket, kasut dan barangan kulit asli di sini. Semua produk di sini menggunakan kulit lembu asli tempatan dan barangannya sangat berkualiti.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
  • Bermalam di Pisa.
5
PISA - VENICE (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Seterusnya tetamu akan dibawa menaiki bot dari Tronchetto Pier ke kepulauan Venice yang terkenal dengan gelaran kota romantis.
  • Memulakan lawatan di sekitar San Marco Square yang menempatkan San Marco Basilica iaitu sebuah gereja utama berekabentuk ciri Byzantine, Doge’s Palace yang dahulunya merupakan pusat pentadbiran dan mahkamah kota ini yang kini merupakan sebuah muzium, Bridge of Sighs iaitu sebuah jambatan terkenal menyambungkan Doge’s Palace dengan penjara, San Marco Campanile iaitu menara loceng setinggi 99m dibina pada tahun 1549 dan juga The Clock Tower, sebuah menara jam loceng binaan tahun 1496.
  • Selain itu, tetamu berpeluang berfoto dengan ikon kota Venice iaitu Rialto Bridge yang merentasi Grand Canal dan menghubungkan antara San Marco dan San Polo sejak tahun 1181.
Pilihan lawatan tambahan (bergantung kepada keadaan masa): Menaiki Gondola di Venice yang cukup terkenal di kota ini sambil menyusuri terusan – terusan.   Gondola di Venice : (EUR 25) seorang
  • Seterusnya menaiki bot menuju semula ke Tronchetto Pier. Singgah solat di Islamic Centre of Venice.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
  • Bermalam di Venice.
6
VENICE – SEGRATE - BERGAMO – MILAN (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke sebuah kota lama di atas puncak bukit iaitu Bergamo dan singgah melawat ke Centro Islamico Milano di Segrate yang merupakan sebuah masjid dan pusat dakwah Islamiah yang penting di Milan.
  • Setibanya di sana, tetamu di bawa menaiki keretapi Funicular ke puncak bukit Citta Alta.
  • Kemudian tetamu akan dibawa melawat ke Piazza Vecchia, sebuah dataran di pusat kota ini yang dikelilingi dengan bangunan-bangunan lama seperti Palazzo Della Ragione iaitu sebuah istana yang dibina pada kurun ke-12, Torre Civica iaitu sebuah menara loceng setinggi 43m dan Contarini Fountain, kolam air pancut yang dihiasi dengan ukiran marmar putih berbentuk singa yang menjadi mercu tanda di tengah-tengah kawasan ini.
  • Meneruskan perjalanan ke Milan dan makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Milan.
7
MILAN (SP/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan di sekitar bandar Milan antaranya Sforzesco Castle yang merupakan sebuah istana yang dibina di atas kubu peninggalan dari kurun ke-14, Milan Cathederal sebuah gereja binaan gothic, monument Victor Emmanuel II, Teatro Alla Scala merupakan salah satu gedung opera terbesar di dunia.
  • Membeli belah di Galleria Vittoria Emanuele II yang menjual pelbagai barangan berjenama seperti Versace, Prada, Louis Vuitton atau di sepanjang jalan Corso Vittorio Emanuele II.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Bermalam di Milan.
8
MILAN – SERRAVALLE – EZE VILLAGE - NICE (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Serravalle dan tetamu berpeluang membeli belah di McArthurGlenn Designer Outlet yang merupakan gedung pusat barangan berjenama terbesar di dunia. Antara jenama yang boleh didapati seperti Armani, MK, Polo, Prada dan banyak lagi.
  • Perjalanan diteruskan ke Nice dan singgah di Eze Villageuntuk melawat Galimard Parfume Factory di mana tetamu berpeluang menghasilkan minyak wangi mengikut citarasa sendiri.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Nice.
9
NICE – MONACO – CANNES - NICE (SP/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bertolak menuju ke Monaco, sebuah lagi antara negara terkecil di dunia namun dikategorikan sebagai negara paling mewah, Monaco yang cukup tersohor sebagai rumah kepada sukan lumba kereta F1 Grand Prix. Berfoto di luar Museum Oceanographic Monaco yang tersergam indah; Jardins De St. Martin yang direka bagi memperingati ibu Putera Monaco yang juga merupakan bintang Hollywood suatu masa dahulu iaitu Grace Kelly dan St. Nicholas Cathedral yang menempatkan makam diraja.
  • Tetamu kemudiannya dibawa berfoto di Monte Carlo Casino Square yang merupakan tempat kegemaran bersantai tokoh-tokoh dan selebriti-selebriti antarabangsa.
  • Kemudian menuju ke Cannes yang terkenal dengan Festival Filem Antarabangsa Cannes yang berlangsung di Palais des Festivals sejak tahun 1946 lagi sambil bersiar-siar di Boulevard Del Al Croisette.
  • Seterusnya, tetamu akan dibawa bersiar-siar di sekitar kota Nice dan berfoto di Promenade De Anglais, Place Massena atau membeli-belah di Galeries Lafayette yang terletak di Avenue Jean Medecin.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Nice.
10
NICE – DOHA (SP)
  • Sarapan pagi dan aktiviti bebas sementara menunggu waktu untuk daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Nice untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Transit di Doha)
11
DOHA – KUALA LUMPUR
  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 8 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Colosseum dan Enzo Ferrari Museum.
  • Tiket menaiki Funnicular Como-Brunate.
  • Pengangkutan menaiki bot di Venice (Trochetto ke San Marco dan San Marco ke Trochetto).
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris beragama Islam yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (Travel Insurance)
 
TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
You don't have permission to register