logo
Join us in the next travel fair and be suprised by the packages offering that awaits.
What's New in Kowamas
+603 7803 0170
info@kowamasholidays.com
Hubungi Kami +603 7803 0170
Top
 

11H8M KEMBARA EROPAH


Muat Turun Aturcara    PMJERR
TARIKH BERLEPAS
25 Dec 2018

JADUAL PENERBANGAN
HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 QR 849 KL – Doha 2010 2330
2 QR 009 Doha – London 0155 0620
10 QR 096 Zurich – Doha 1620 0005+1
11 QR 848 Doha – KL 0245 1530

HARGA PAKEJ
Harga di nyatakan diatas adalah harga seorang.
Kategori Harga Harga Normal MATTA PRICE Warga Emas MATTA PRICE OKU MATTA PRICE
S/Supp 15288 13188 15188 13088 15188 13088
Twin / DBL 12088 9988 11988 9888 11988 9888
Chd Twin 11088 9488     10988 9388
Chd W/Bed 9788 8388     9688 8288
Chd No Bed 7888 6888     7788 6788

PENGINAPAN
DESTINASI HOTEL BINTANG
London Lancaster Gate Hotel / setaraf 3*
Paris Median Paris Congress Hotel / setaraf 3*
Amsterdam Ibis Schiphol Hotel / setaraf 3*
Frankfurt Holiday Inn Express Frankfurt Airport Hotel / setaraf 3*
Zurich Apart Hotel by Hilton / setaraf 3*

TERMA & SYARAT PAKEJ
  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn Bhd.
  Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :
PENERIMA KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN 5625 6230 4881
  • Destinasi
  • Pakej Disertakan
    11H8M KEMBARA EROPAH
    Tip Pemandu Pelancong
    Tiket Penerbangan
    Insurans
    Bas Persiaran
    Tiket Masuk Seperti Aturcara
    Makanan Sesuai Muslim
    Pemandu Pelancong
  • Tidak Disertakan
    Servis Tambahan
    Surcaj Musim Puncak
    WiFi
1
KUALA LUMPUR – DOHA
  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke London (Transit di Doha).
2
DOHA - LONDON (MM)
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heatrow London. Bersempena hari istimewa Boxing Day 26 Disember ini, tetamu terus di bawa membeli-belah di Bicester Village yang menempatkan pelbagai jenama barangan terkenal seperti Dior, Dolce & Gabbana, Prada, Amani, Swarovski dan banyak lagi pada harga yang cukup menakjubkan.
  • Seterusnya menuju ke Oxford Street, merupakan destinasi paling popular di London yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark dan banyak lagi.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bemalam di London.
3
LONDON (SP/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Seterusnya lawatan di sekitar kota Londonseperti London City Hall, iaitu satu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan, Buckingham Palace, istana kediaman Ratu England yang terkenal dengan upacara pertukaran pengawal.
  • Berfoto di Tower Bridgeyang merupakan jambatan yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London , istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England.
  • Melawat Westminster Abbey, gereja yang menyaksikan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, House of Parliamentyang menempatkan sejarah dan kisah politik.
  • Kemudian tetamu di bawa  melawat ke ikon kota London iaitu Big Ben, iaitu menara jam yang dibina pada tahun 1859.
  • Seterusnya di bawa ke Harrods, merupakan tempat membeli belah mewah dan eksklusif di kota London.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali hotel. Bemalam di London.
4
LONDON - PARIS (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju  stesen keretapi St.Pancras untuk menaiki keretapi laju Eurostar ke Paris.
  • Setibanya di Paris, lawatan di sekitar Paris yang terkenal sebagai kota romantik penuh bersejarah, antaranya seperti ke Notre-Dame Cathederalyang merupakan salah satu gereja terkenal dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus, Louvre Museum, Les Invalides, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, Arc De Triomphe yang dibina oleh Napolean Bonaparte, Trocadero Square yang merupakan taman terbuka dan lokasi terbaik untuk mengambil gambar berlatar belakangkan Eiffel Tower. Tetamu juga berpeluang bersiar-siar di perkarangan Eiffel Tower.
  • Kemudian tetamu di bawa ke Fragonard Parfumuer Factory, merupakan kilang pembuatan minyak wangi terkenal di Perancis.
  • Bersolat di Grand Mosque Paris sebelum meneruskan membeli belah di Galleries Lafayette, merupakan salah satu department store terbesar dan memiliki ciri berupa kubah kaca bergaya Art Noveau. Terdapat pelbagai  produk seperti busana, beg, kasut, jam tangan, aksesori, perhiasan dan banyak lagi.
  • Makan malam dan daftar masuk hotel. Bemalam di Paris
5
PARIS – BRUSSELS - AMSTERDAM (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Brusselsyang merupakan ibu kota Belgium dan di bawa melawat Atomium, sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan berbentuk seunit atom yang dibina sempena World Expo 1958, Grand Palace yang merupakan dataran tercantik di Eropah serta ikon terpenting kota Brussels, Manneken Pis iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut.
  • Meneruskan perjalanan ke Amsterdamdan makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Amsterdam.
6
AMSTERDAM (SP/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Seterusnya ke Zaanse Schans, kawasan perkampungan tradisi orang Belanda dan juga lokasi kincir angin yang sinonim dengan ikon negara Belanda. Tetamu juga berpeluang merasai pelbagai jenis keju di kilang penghasilan keju dan juga ke Clog Maker iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda selama 700 tahun.
  • Bersolat di Fatih Camii Mosque sebelum di bawa melawat ke pusat penghasilan berlian di Coster Diamond. Tetamu akan diterangkan mengenai proses penghasilan berlian. Tetamu juga berpeluang berfoto dengan blok nama “I AMSTERDAM”.
  • Seterusnya rasai pengalaman menaiki Canal Cruise menyusuri terusan di Amsterdam dan berpeluang menikmati keunikan bangunan lama di sekitar Amsterdam.
  • Bersiar-siar di Damrak Square di mana tetamu berpeluang berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu daripada tiga istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte.
  • Makan malam dan kembali ke hotel. Bermalam di Amsterdam.
7
AMSTERDAM – COLOGNE - FRANKFURT (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Cologne yang merupakan bandar tertua di Jerman. Tiba di Cologne dan tetamu di bawa melawat ke Cologne Cathedral iaitu gereja Roman Katolik dengan seni bina Gothic. Solat di Cologne Central Mosque yang merupakan masjid terbesar di Jerman dan baru saja siap pada tahun 2017.
  • Meneruskan perjalanan ke Frankfurt dan lawatan sekitarnya seperti melawat mercu tanda popular di sekitar dataran Romerberg. Tetamu berpeluang berfoto di The Romer, St.Paul Church, Bridge of Sigh yang dibina seperti jambatan asal di Venice dan juga Fountain of Justice.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Frankfurt.
8
FRANKFURT – TITISEE - ZURICH (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Titisee yang terletak di kawasan pergunungan Black Forest. Sejurus tiba di sana, tetamu akan di bawa melawat ke Drubba Cuckoo Clock di mana tetamu berpeluang melihat demonstrasi proses pembuatan jam kayu ikonik ini dan juga membelinya. Selain itu, pemandangan Tasik Titisee di sini cukup indah.
  • Bertolak ke Schaffhausen, kota di utara Switzerland untuk melawat kawasan air terjun terbesar di Eropah iaitu Rhine Fallsyang setinggi 75 kaki dan dianggarkan berusia 15,000 tahun. Tetamu pastinya tidak akan melepaskan peluang menikmati pemandangan air terjun selebar 150m ini yang dikelilingi dengan bangunan Worth Castle dan Laufen Castle di sekitarnya.
  • Bertolak ke Zurich, bandar terbesar di Switzerland dan makan malam sebelum daftar masuk hotel.
9
ZURICH – LUCERNE – ENGELBERG – ZURICH (SP/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Bertolak menuju ke Lucerne dan melawat sekitarnya seperti Lion Monument dan Chapel Bridgeyang merupakan mercu tanda utama Lucerne  iaitu jambatan pejalan kaki yang terbina daripada kayu.
  • Masa bebas membeli belah di Bucherer yang merupakan butik terkenal yang menjual pelbagai jam tangan berjenama terkenal  seperti Rolex dan juga jam buatan Swiss. Tetamu juga berpeluang membeli belah barangan coklat dan cenderamata seperti Swiss Army Knives di butik Casa Grande.
  • Seterusnya tetamu di bawa menuju ke stesen kereta kabel Engelberg untuk menaiki kereta kabel Rotair ke puncak Titlis untuk menyaksikan pemandangan indah Swiss Alps.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Bermalam di Zurich.
10
ZURICH – DOHA (SP)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Kemudian tetamu di bawa melawat sekitar Zurich seperti, Old Town of Zurich, Swiss National Museum, Burkiplatz and Lake Zurich dan Grossmunster.
  • Aktiviti bebas sambil membeli belah di Bahnhofsstrasse iaitu jalan utama pusat bandar yang dikelilingi kedai -kedai dan butik-butik berjenama seperti Mont Balnc, Louis Vuitton, Chanel, H&M dan banyak lagi.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Zurich untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Transit di Doha)
11
DOHA - KUALA LUMPUR
  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 8 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Cukai bandar (city tax) di London, Paris, Amsterdam, Frankfurt dan Zurich.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Fragonard Parfumeur Museum, Coster Diamonds Factory, Canal Cruise Amsterdam dan kereta kabel di Mt.Titlis.
  • Tiket sehala menaiki keretapi laju Eurostar ke Paris.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (Travel Insurance)
TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
You don't have permission to register