logo
Join us in the next travel fair and be suprised by the packages offering that awaits.
What's New in Kowamas
+603 7803 0170
info@kowamasholidays.com
Hubungi Kami +603 7803 0170
Top
 

12H9M RUSSIA + SCANDINAVIA


Muat Turun Aturcara    PMJERR

12H9M RUSSIA + SCANDINAVIA

RM12638 seorang peserta bilik berdua

TARIKH PENERBANGAN & HARGA PAKEJ
 
TARIKH PENERBANGAN 28 Mac 2019
KATEGORI HARGA BILIK SEORANG BERDUA KANAK-KANAK BERDUA KANAK-KANAK BERKATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Dewasa

17088 14738

14988 12638 14088 11938 13388 11338

10788 9338

Warga Emas

16988 14688

14888 12588 - -

-

OKU

-

14888 12588 13988 11888 13288 11288

10688 9288

 
JADUAL PENERBANGAN
 
HARI PESAWAT SEKTOR ETD ETA
1 QR 849 KL – Doha 2000 2320
2 QR 223 Doha - Moscow 0235 0755
11 QR 164 Copenhagen - Doha 2235 0540+1
12 QR 852 Doha – KL 0850 2150

PENGINAPAN
 
BIL.MALAM DESTINASI HOTEL BINTANG
2 Moscow Legendary Sovietsky Hotel / setaraf 4*
1 St.Petersburg Moscow Hotel / setaraf 4*
1 Helsinki Holiday Inn City Centre Hotel  / setaraf 4*
1 Helsinki - Stockholm Silja Line Cruise CABIN
1 Stockholm Quality Friends Hotel  / setaraf 4*
1 Oslo Park Inn by Radisson Hotel  / setaraf 4*
1 Oslo - Copenhagen DFDS Ferry CABIN
1 Copenhagen Comfort Vestebro Hotel  / setaraf 4*
 
TERMA & SYARAT PAKEJ
  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.
  Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :
PENERIMA KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN 5625 6230 4881
  • Destinasi
  • Pakej Disertakan
    12H9M RUSSIA + SCANDINAVIA
    Tip Pemandu Pelancong
    Tiket Penerbangan
    Insurans
    Bas Persiaran
    Tiket Masuk Seperti Aturcara
    Makanan Sesuai Muslim
    Pemandu Pelancong
1
KUALA LUMPUR – DOHA
  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Moscow. (Transit di Doha)
2
DOHA – MOSCOW (MM)
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Demodedovo Moscow,  tetamu di bawa melawat ke sekitar kota Moscow antaranya Sparrow Hill di mana tetamu berpeluang mengambil gambar panorama kota ini dari atas bukit, Moscow State University, melalui Victory Park yang dibina sebagai tanda kejayaan The Red Army menewaskan tentera Nazi.
  • Bersolat di Memorial Mosque yang dibina bagi memperingati tentera Soviet Union beragama Islam yang terkorban ketika perang dunia ke-2.
  • Kemudian membeli belah cenderamata di Arbat Street dan tetamu berpeluang melihat pemuzik jalanan memainkan irama muzik, penyair, pelukis serta deretan kafe-kafe. Tetamu juga berpeluang ke Hard Rock Café Moscow.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bemalam di Moscow.
3
MOSCOW (SP/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan ke sekitar Red Square yang menempatkan bangunan ikon kota ini serta cukup tersohor dengan binaannya yang memukau serta berwarna – warni iaitu St.Basil’s Cathedral disamping makam tokoh Russia Lenin’s Mousoleum.
  • Seterusnya tetamu di bawa membeli belah di GUM Department Store yang terkenal dengan pelbagai barangan berjenama.
  • Lawatan diteruskan ke Armoury Chamber, sebuah muzium yang mempamerkan pelbagai koleksi Tsar-Tsar Russia seperti pakaian, barangan kemas, permata dan banyak lagi.
  • Bersolat di Moscow Cathedral Mosque yang siap dibina pada tahun 2015 serta masjid terbesar di benua Eropah dan telah dirasmikan oleh Presiden Russia, Turki dan Palestin.
  • Kemudian meneruskan lawatan ke sekitar kota Kremlin yang merupakan lambang budaya ikonik, masyarakat dan seni bina Russia. Kremlin di dalam bahasa Russia ini membawa maksud benteng yang telah dinamakan pada tahun 1147. Disenaraikan di dalam Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada tahun 1990, kompleks bangunan yang dikelilingi tembok ini terdapat beberapa bangunan iaitu istana, gudang senjata, gereja dan lain-lain lagi. Di dalam kompleks ini, tetamu di bawa melawat Spasskaya Tower yang merupakan menara pintu masuk yang dibina pada tahun 1491, Ivan The Great Bell Tower adalah menara gereja di dalam kompleks Kremlin Moscow dengan ketinggian 81 meter, Tsar Bell merupakan loceng tembaga gergasi seberat 202kg, Tsar Cannon merupakan sebuah meriam gergasi, Grand Kremlin Palace merupakan kediaman rasmi Presiden Russia.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Bemalam di Moscow.
4
MOSCOW – ST.PETERSBURG (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke stesen keretapi Moscow – Leningradsky Railway Station untuk menaiki keretapi laju Sapsan menuju ke kota St.Petersburg yang pernah menjadi ibu negara Russia sebelum Moscow.
  • Setibanya di St.Petersburg, tetamu di bawa melawat ke sekitarnya antaranya Peter & Paul Fortress yang merupakan kota asal pertahanan di Saint Petersburg, dibina oleh Peter the Great pada 1703. Peter merupakan pemerintah yang memerintah Russia dari tahun 1682 hingga 1696, St. Isaac’s Cathederal & Colonnade, monumen Bronze Horseman & Thunder Stone.
  • Bersolat di St.Petersburg Mosque dan seterusnya tetamu di bawa melawat ke Hermitage Museum yang cukup terkenal sebagai sebuah muzium seni yang menyimpan pelbagai artifak bersejarah termasuklah karpet buatan tangan orang Parsi yang berusia ribuan tahun.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bemalam di St.Petersburg.
5
ST.PETERSBURG – PUSHKIN – HELSINKI (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Pushkin untuk melawat istana yang cukup indah seni binanya dan rekaan dalamannya yang serba mewah iaitu Catherine Palace. Ia adalah kediaman musim panas tsar Russia.
  • Bersolat di St.Petersburg Mosque sebelum bergerak menuju Finlyandsky Station St.Petersburg untuk menaiki keretapi laju Allegro menuju ke Helsinki di negara Finland.
  • Setibanya di Helsinki, makan malam di restoran tempatan. Daftar masuk hotel dan bermalam di Helsinki.
6
HELSINKI - STOCKHOLM (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Memulakan lawatan panorama sekitar Helsinki seperti Helsinki City Hall yang dibina pada tahun 1833 mulanya sebagai Hotel Seurahuone,  Presidential Palace yang merupakan kediaman rasmi presiden Republik Finland, Rock Church di mana reka bentuk interior gereja ini dibuat dengan batu padat dan memberikan cahaya indah ke bahagian dalam gereja, Sibelius Park yang menempatkan ukiran tersohor kota ini iaitu Sibelius Monument yang dibuat dari 600 batang besi paip, Finlandia Hall, Senate Square yang terletak di kawasan paling tua di bandar ini dengan dikelilingi oleh banyak bangunan bersejarah seperti Helsinki Cathedral, Government Palace, Sederholm House.
  • Kemudian tetamu diberi masa bebas untuk membeli belah di Stockmann dan Forum Department Store yang menawarkan pelbagai barangan dan kelengkapan dan peribadi. Tetamu juga berpeluang ke Hard Rock Café Helsinki.
  • Bersolat di Helsinki Islam Keskus sebelum tetamu di bawa membeli belah cenderamata di Market Square Kauppatori yang terletak  berdekatan Esplanade Park.
  • Bertolak menuju ke pelabuhan untuk menaiki kapal persiaran Silja Line Cruise menuju ke ibu negara Sweden, Stockholm.
  • Makan malam secara buffet dan bermalam di atas kapal.
7
STOCKHOLM (SP/MM)
  • Sarapan pagi di dalam kapal persiaran.
  • Setibanya di pelabuhan Stockholm, tetamu di bawa ke Drottningholm Castle untuk berfoto sekitar kawasan istana yang merupakan istana milik keluarga diraja Sweden pada musim panas.
  • Bersolat di Stockholm Mosque dan meneruskan lawatan ke Royal Palace yang merupakan kediaman rasmi keluarga diraja sejak tahun 1760 lagi, disebelahnya terletak bangunan Riksdagshuset yang cukup gah binaannya sebagai tempat parlimen bersidang.
  • Berfoto di Nobel Museum dan seterusnya tetamu di bawa melewati Stadhuset City Hall.
  • Seterusnya membeli belah di Vasterlanggatan yang terletak di Old Town Stockholm.Terdapat pelbagai barangan yang dijual seperti pakaian, kasut, beg, cenderahati dan banyak lagi serta terdapat juga café-café.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Stockholm.
8
STOCKHOLM – OSLO (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Stockholm Central Station untuk menaiki keretapi laju SJ Train menuju ke ibu kota Norway, Oslo.
  • Setibanya di Oslo, tetamu di bawa melawat tarikan-tarikan utama seperti Oslo Opera House yang cukup unik binaannya, Vigeland Sculpture Park yang merupakan taman berkeluasan 80 ekar dan terdapat monument-monumen terkenal di sekitarnya seperti Angry Boy, The Monolith dan banyak lagi.
  • Tetamu juga di bawa berfoto di Akershus Fortress yang dahulunya kubu pertahanan untuk melindungi wilayah kota Oslo, ibu kota kerajaan Norwegia pada saat itu serta melalui Nobel Peace Center.
  • Bersolat di Norway Islamic Cultural Centre dan meneruskan lawatan ke Oslo Radhus City Hall yang cukup unik binaannya. Tetamu juga berpeluang membeli belah di sekitar kawasan ini seperti cenderahati, pakaian dan lain-lain serta ke Hard Rock Café Oslo.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Oslo.
9
OSLO – BYGDOY – COPENHAGEN (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Bygdoy, merupakan sebuah tempat yang menempatkan pelbagai jenis muzium yang setiap satunya mempunyai pelbagai tarikan dan sejarah yang tersendiri.
  • Tetamu di bawa melawat ke Norsk Folkemuseum, museum ini menamplikan berbagai macam artifak yang berkaitan dengan kebudayaan tradisional berbagai etnik Norwegia. Sebahagian besar area museum ini menggunakan konsep open-air yang menampilkan sekitar 150 rumah tradisional dari berbagai budaya di seluruh wilayah negara ini.
  • Seterusnya tetamu di bawa melawat ke Viking Ship Museum, museum ini terdapat berbagai macam kapal yang digunakan oleh bangsa Viking di masa lampau. Beberapa artifak utama yang dipamerkan adalah kapal Viking Oseberg, Gokstad dan Tune. Tetapi yang paling utama adalah kapal Oseberg, kapal yang berukuran besar yang diambil dari situs arkeologi di Tonsberg. Selain itu, di museum ini juga terdapat artifak-artifak bangsa Viking lainnya seperti kereta kuda dan ukiran kayu.
  • Bersolat di Norway Islamic Cultural Centre sebelum menuju ke pelabuhan untuk menaiki kapal persiaran DFDS Ferry menuju ke ibu negara Denmark, Copenhagen.
  • Makan malam secara buffet dan bermalam di atas kapal.
10
COPENHAGEN (SP/MM)
  • Sarapan pagi di dalam kapal persiaran.
  • Setibanya di pelabuhan Copenhagen, tetamu di bawa berfoto ke sekitar kota Copenhagen antaranya seperti Little Mermaid Statue yang cukup terkenal sebagai simbolik kepada mitos kewujudan duyung di sini, Gefion Fountain yang merupakan air pancut yang besar di Copenhagen dan di tengahnya terdapat tugu sekumpulan besar haiwan, Christiansborg Palace yang merupakan Parlimen dan Pejabat Perdana Menteri Denmark dan Mahkamah Agung Denmark, Rosenborg Castle yang dahulunya merupakan istana rasmi diraja Denmark, Amalienborg Palace, Frederiksborg Castle.
  • Bersolat di Grand Mosque Copenhagen.
  • Meneruskan lawatan ke Nyhavn (New Harbour Copenhagen), dulunya adalah sebuah pelabuhan di mana kapal-kapal yang datang dari seluruh pelusuk dunia akan berlabuh di sini. Tetapi sekarang Nyhavn telah berubah dan telah diubahsuai menjadi bangunan yang cantik penuh warna warni, Copenhagen City Hall (Kobenhavns Radhus). Bangunan ini terletak di The City Hall Square di pusat bandar Copenhagen dan bangunan ini pernah digunakan untuk rakaman siri TV Denmark seperti "The Killing" dan "Borgen",
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Copenhagen.
11
COPENHAGEN - DOHA (SP)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Tetamu di bawa ke kawasan Stroget dan diberi masa bebas untuk membeli belah di sekitar kawasan ini serta berpeluang ke Hard Rock Café Copenhagen.
  • Kembali ke hotel dan bersiap – siap untuk daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Copenhagen untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Transit di Doha)
12
DOHA - KUALA LUMPUR
  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 7 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Penginapan 1 malam di dalam kapal persiaran Silja Line Cruise.
  • Penginapan 1 malam di dalam kapal persiaran DFDS Ferry.
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Armoury Chamber, Hermitage Museum, Catherine Palace, Norsk Folkemuseum, Viking Ship Museum.
  • Tiket menaiki keretapi laju Sapsan dari Moscow ke St.Petersburg.
  • Tiket menaiki keretapi laju Allegro dari St.Petersburg ke Helsinki.
  • Tiket menaiki keretapi SJ Train dari Stockholm ke Oslo.
  • Urusan visa memasuki Russia.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (Travel Insurance)
 
TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
You don't have permission to register