logo
Join us in the next travel fair and be suprised by the packages offering that awaits.
What's New in Kowamas
+603 7803 0170
info@kowamasholidays.com
Hubungi Kami +603 7803 0170
Top
 

13H11M BALKANS BERSEJARAH + GREECE


Muat Turun Aturcara    PMJERR
TARIKH BERLEPAS
26* Nov | 3**, 23** Dec 2018 | 4**, 13 Mac 2019
*SURCAJ TAMBAHAN RM100 SEORANG
26* Nov 2018
**SURCAJ TAMBAHAN RM200 SEORANG
3**, 23** Dec 2018 | 4** Mac 2019

JADUAL PENERBANGAN
HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
01 QR 853 KL – Doha 0205 0510
01 QR 203 Doha – Athens 0710 1120
10 QR 218 Zagreb – Doha 1615      2345
11 QR 848 Doha – KL 0245 1530

HARGA PAKEJ
Harga dinyatakan diatas adalah harga seorang
Kategori Harga Harga Normal MATTA PRICE Warga Emas MATTA PRICE OKU MATTA PRICE
S/Supp 11298 9788 11198 9688 11198 9688
Twin / DBL 10098 8588 9998 8488 9998 8488
Chd Twin 9098 7888     8998 7788
Chd W/Bed 8198 7188     8098 7088
Chd No Bed 7198 6388     7098 6288
 
PENGINAPAN
DESTINASI HOTEL BINTANG
Athens President Hotel  / setaraf 4*
Kalambaka Famissi Eden Hotel / setaraf 4*
Ohrid Mirage Hotel  / setaraf 4*
Podgorica Aurel Hotel / setaraf 4*
Dubrovnik Adria Hotel  / setaraf 4*
Mostar Eden Hotel / setaraf 4*
Sarajevo Hollywood Hotel  / setaraf 4*
Bihac Emporium Hotel / setaraf 4*
Zagreb Aristos Hotel  / setaraf 4*

TERMA & SYARAT PAKEJ
  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.
  • Perlepasan kumpulan akan dilakukan apabila kumpulan mencapai minimum bilangan 15 orang. Sekiranya tidak mencapai bilangan minimum, ahli harus membuat pilihan samaada menukar tarikh penerbangan / destinasi / pemulangan penuh bayaran. Walaubagaimanapun ianya juga bergantung kepada kelulusan syarikat.
Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :
PENERIMA KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN 5625 6230 4881
  • Destinasi
  • Pakej Disertakan
    13H11M BALKANS BERSEJARAH + GREECE
    Tip Pemandu Pelancong
    Tiket Penerbangan
    Insurans
    Bas Persiaran
    Tiket Masuk Seperti Aturcara
    Makanan Sesuai Muslim
    Pemandu Pelancong
  • Tidak Disertakan
    Servis Tambahan
    Surcaj Musim Puncak
    WiFi
1
KUALA LUMPUR – DOHA - ATHENS (MT/MM)
  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Athens. (Transit di Doha)
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Athens, tetamu akan di bawa untuk makan tengahari di restoran tempatan.
  • Kemudian di bawa untuk membeli-belah di McArthurGlen Designer Outlet di mana tetamu berpeluang untuk membeli-belah barangan berjenama terkenal seperti Versace, Salvatore Ferragamo, Polo, Guess dan banyak lagi pada harga diskaun yang cukup lumayan.
  • Seterusnya tetamu di bawa berfoto di Panathenaic Stadiumyang merupakan tempat berlangsungnya Ancient Olympicyang dibina pada tahun 144 M, Old Royal Palace yang kini digunakan sebagai tempat ahli parlimen Greece bersidang dan melihat pertukaran askar yang penuh istiadat di Tomb of the Unknown Soldier, sambil melepasi Temple of Olympian Zeus dan Presidential Mansion.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Athens.
2
ATHENS (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan di sekitar kotaraya Athens; melihat kesan peninggalan kerajaan Yunani di atas puncak bukit Acropolisseperti Parthenon, Propylaea dan Temple of Athena Nikesebelum berfoto kenangan di Athens Olympic StadiumOld Royal Palace yang kini merupakan tempat parlimen Greece bersidang, Tomb of the Unknown Soldier, Temple of Olympian Zeus, Presidential Mansion dan Fethiye Mosque yang kini merupakan sebuah muzium.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan di bawa bersiar-siar di Syntagma Square sambil membeli–belah di Plaka dan Monastiraki yang banyak menjual barangan dan cenderahati buatan penduduk tempatan.
  • Makan malam di restoran tempatan dan pulan ke hotel.
3
ATHENS - KALAMBAKA (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Kalambaka yang mempunyai pemandangan indah 6 buah biara yang setiap satunya dibina di atas puncak bukit.
  • Setibanya di sana, berfoto di The Great Meteora Monastery di mana ia merupakan biara yang tertinggi, terbesar dan tertua daripada keseluruhan biara yang terdapat di sini.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan bersiar-siar di pekan kecil Kalambaka untuk mencari cenderamata terutamanya madu.
  • Daftar masuk hotel dan makan malam.
4
KALAMBAKA – BITOLA - OHRID (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Ohrid melalui bandar Bitola yang terletak di dalam negara Macedonia.
  • Melawat Ataturk Museum, Turkish Bazaar, Yeni Mosque, Philip II of Macedon, Clock Tower dan bersolat di Ishak Celebi Mosque.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan.
  • Setibanya di bandar Ohrid, melawat Cinar Square, Ayasofya Church, Kuloglu Mosque, Halveti Hayati Tekke dan Amphitheatre.
  • Daftar masuk hotel dan makan malam.
5
OHRID – TIRANA – BAR - PODGORICA (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke ibu negara Albania, Tirana dan melawat Skanderbeg Square dan
  • bersolat di Ethem Bey Mosque.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan berangkat menuju ke Bar.
  • Seterusnya tetamu dibawa melawat ke Bar Islamic Centre dan solat.
  • Perjalanan diteruskan ke Podgorica.
  • Setibanya di Podgorica, daftar masuk hotel dan makan malam.
6
PODGORICA – BUDVA – KOTOR - DUBROVNIK (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke kota Budva yang terletak di dalam negara Montenegro dan di bawa melawat tarikan di situ; The Old Town Stari Grad, Poet’s Square, Budva Citadel, Church of St.John dan Mogren Beach.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan bertolak menuju ke Kotor yang banyak mercu tandanya dan merupakan tapak UNESCO World Heritage Sites.
  • Melawat Old Town, St. Triphon Cathedral, Sea Gate of 1555, Square of Arms, Orthodox Square, Maritime Museum, Napoleons Theatredan Prince’s Palace.
  • Bertolak ke Dubrovnik yang terkenal dengan tembok kota tepi lautnya di dalam negara Croatia.
  • Daftar masuk hotel dan makan malam.
7
DUBROVNIK – POCITELJ – BLAGAJ - MOSTAR (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Seterusnya tetamu di bawa melawat sekitar bandar Dubrovnik yang dikenali sebagai “Pearl of the Adriatic”; Franciscan Monastery, Rector’s Palace yang dibina sejak awal kurun ke-13 lagi, Museum of Croatian War of Independence, Stradun Square, Clock Tower dan Orlando’s Column yang terletak di Luza Square.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan kemudian bersiar-siar sambil membeli cederahati di Old Town Stradun sebelum bertolak menuju ke bandar Mostar yang terletak di dalam negara Bosnia and Herzegovina.
  • Singgah sebentar dan melawat tarikan di perkampungan zaman Uthmaniyyah sejak 1383 lagi iaitu Pocitelj; Ali Pasha Mosque, Time Tower and The Outdoors dan merakam pemandangan panorama dari Hill of Pocitelj.
  • Seterusnya melawat perkampungan Blagaj di mana terletaknya sekolah sufi Dervish Tekke di tepi Buna River Spring yang amat cantik dengan airnya yang sangat jernih.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan.
  • Setibanya di Mostar, daftar masuk hotel dan makan malam
8
MOSTAR - SARAJEVO (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Lawatan sekitar kota Mostar yang merupakan kawasan yang amat terkesan dibom semasa
  • Perang Bosnia. Melawat Old Bridge Stari Most yang amat terkenal baik dari segi sejarahnya sejak 1566 dan keindahannya, menyelusuri kawasan Old Town, Koski Mehmed Pasha MosqueNesuh-Aga Mosque dan lawatan ke Narrow Bridge.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Bertolak menuju ke Sarajevo, daftar masuk hotel dan makan malam.
9
SARAJEVO (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Seterusnya lawatan ke Tunnel of Hope iaitu terowong yang menyelamatkan Sarajevo semasa Perang Bosnia.
  • Kemudian lawatan ke Vrelo Bosne yang merupakan Taman Negara Bosnia.
  • Bertolak ke kotaraya Sarajevo yang dikenali sebagai kota lama Bascarija dan menyimpan pelbagai sejarah lampau dan moden.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan melawat Eternal Flame yang merupakan simbol memori bagi tentera dan penduduk tempatan yang gugur ketika Perang Dunia kedua, lawatan dan berfoto di City Hall & The House of Spite, Bascarsi Mosque, bersolat di Gazi Husrev-bey Mosque, berfoto kenangan di air pancut Sebilj, Sacred Heart Cathedral dan membeli-belah di Bazaar. Tetamu juga di bawa melawat ke Srebnica Memorial Gallery .
  • Kembali ke hotel dan makan malam.
10
SARAJEVO – AHMICI – TRAVNIK – JAJCE - BIHAC (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke bandar Travnik dan singgah sebentar dan melawat 116 Monument di perkampungan Ahmici yang merupakan medan tragedi pembunuhan beramai-ramai yang tragik oleh tentera Serbia ketika Perang Bosnia selain Sebrenica.
  • Meneruskan perjalanan ke Travnik dan setibanya di sana, melawat Fortress Stari Grad yang dibina oleh Empayar Uthmaniyyah, Ahmici Memorial, Castle of Travnik, Elci Ibrahim Pasha Medresesi, Varos Mosque dan menikmati keindahan alam semula jadi di Blue Water.
  • Makan tengahari di restoran tempatan sebelum meneruskan perjalanan ke Jajce.
  • Setibanya di sana, bergambar dengan berlatar belakangkan Pliva Waterfall dan Watermills Open Air Museum. Bersolat di Esma Sultanija Mosque.
  • Daftar masuk hotel dan makan malam.
11
BIHAC – PLITVICE LAKES NATIONAL PARK - ZAGREB (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Plitvice Lakes National Park yang terletak di dalam negara Croatia untuk melawat taman negara tertua dan terbesar di Balkans itu. Tetamu berpeluang meniti jambatan pejalan kaki merentasi tasik ini sambil berfoto kenangan di kawasan tasik yang dianggap sebagai syurga dunia ini.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan bertolak ke Zagreb.
  • Setibanya di Zagreb, makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
12
ZAGREB - DOHA (SP/MT)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Kemudian di bawa melawat tarikan di sekitar kotaraya Zagrebantaranya ialah Zagreb City
  • Scale Model, Old Town Gate, Mark’s Square, Dolac Market, Cathedral of Zagreb, Strossmayer Promenade, Croatian National Theater.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan bersolat di Zagreb Mosque.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Zagreb untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Transit di Doha)
13
DOHA – KUALA LUMPUR
Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 11 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Acropolis, Blagaj Dervish Lodge, Vrelo Bosna, Travnik Castle, Plitvice National Park,Tunnel of Hope dan Srebrenica Memorial Gallery.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (Travel Insurance)
TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makanan dan lawatan termasuk tiket selain yang dinyatakan dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
You don't have permission to register