logo
Join us in the next travel fair and be suprised by the packages offering that awaits.
What's New in Kowamas
+603 7803 0170
info@kowamasholidays.com
Hubungi Kami +603 7803 0170
Top
 

4H3M BANDA ACEH + PULAU SABANG


Muat Turun Aturcara    PMJERR

4H3M BANDA ACEH + PULAU SABANG

RM1698 seorang peserta bilik berdua

TARIKH PENERBANGAN & HARGA PAKEJ

 
TARIKH PENERBANGAN 27 Apr 2019 | Y E S  PROMO
KATEGORI HARGA BILIK SEORANG BERDUA KANAK-KANAK BERDUA KANAK-KANAK BERKATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Dewasa

2188 1898

1888 1698 1888 1698 1788 1598

1688 1498

Warga Emas

2088 1868

1788 1668 - -

-

OKU

-

1788 1668 1788 1668 1688 1568

1588 1468

 

JADUAL PENERBANGAN

 
HARI PESAWAT SEKTOR ETD ETA
1 AK 423 KL – Banda Aceh 0740 0810
4 AK 422 Banda Aceh – KL 0835 1110

PENGINAPAN

 
BIL.MALAM DESTINASI HOTEL BINTANG
2 Banda Aceh Medan Hotel / setaraf 3*
1 Pulau Sabang Nagoya Inn Hotel / setaraf 3*
 

TERMA & SYARAT PAKEJ

  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.
  Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :
PENERIMA KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN 5625 6230 4881
  • Destinasi
  • Pakej Disertakan
    4H3M BANDA ACEH + PULAU SABANG
1
KUALA LUMPUR – BANDA ACEH (MT/MM)
  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2) bagi penerbangan ke Banda Aceh.
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh, bertemu dengan pemandu pelancong dan di bawa menziarahi ke Tanah Perkuburan Mangsa Tsunami di Lambaro.
  • Menuju ke Kampung Lampulo di mana terdapat satu lagi peninggalan tsunami iaitu Kapal Lampulo atau lebih dikenali sebagai ‘kapal kayu di atas rumah’. Kapal tersebut telah dihanyutkan oleh gelombang tsunami dan mendarat di atas sebuah rumah dan kekal sehingga ke hari ini.
  • Tetamu juga di bawa melawat ke Muzium Tsunami yang dibina sebagai monumen bagi memperingati bencana gempa bumi dan Tsunami 2004 dan sekaligus sebagai pusat ilmu dan tempat perlindungan darurat sekiranya tsunami terjadi lagi. Di sini terdapat banyak replika menggambarkan kemusnahan ketika tsunami berlaku dan peninggalan yang musnah dipamerkan di muzium ini.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan solat di Masjid Baiturrahman yang terletak di tengah Banda Aceh antara masjid yang tidak musnah dilanda tsunami. Di masjid ini ratusan orang telah terselamat dari menjadi mangsa tsunami.
  • Seterusnya tetamu di bawa ke pelabuhan Ulee Lheue untuk menikmati keindahan Pantai Ulee Lheue dan aktiviti bebas di sini.
  • Sebelum tetamu di bawa untuk daftar masuk hotel, tetamu di bawa untuk solat Magrib di Masjid Baiturrahim. Masjid ini juga dikenali sebagai ‘Zero Point Tsunami’ dan adalah antara bangunan pertama yang dihentam oleh gelombang tsunami kerana berdekatan dengan Pantai Ulee dengan jarak hanya dalam puluhan meter sahaja.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Banda Aceh.
2
BANDA ACEH – PULAU SABANG (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke pelabuhan Ulee Lheue untuk menyeberang ke Pulau Sabang yang juga dikenali sebagai Pulau Weh dengan menaiki feri.
  • Setibanya di pelabuhan Balohan Sabang, tetamu di bawa menikmati pemandangan sekitar pantai di Pantai Sumur Tigadan Pantai Anoi Itam. Tetamu juga di bawa melawat ke Benteng Jepun yang merupakan kawasan semasa Perang Dunia ke -2. Di sini tetamu berpeluang melihat kesan peninggalan semasa zaman tersebut seperti kawasan tempat senjata api.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan solat di Masjid Agung Babussalam, sebuah masjid dengan seni bina indah.
  • Seterusnya tetamu di bawa melawat ke Monumen Titik 0 KM Indonesia yang merupakan tugu menandakan permulaan wilayah Indonesia dan berpeluang bergambar di tugu ‘I LOVE SABANG’.
  • Seterusnya bersiar-siar di Pantai Iboh, salah satu pantai yang menakjubkan di Pulau Sabang. Di sini tetamu dapat melihat pantai yang indah dengan air laut biru yang sangat jelas dan tidak tercemar. Bersiar-siar di Pantai Rubiah dan sekitar pulau ini, tetamu akan dapat melihat terdapat banyak jenis terumbu karang yang berwarna-warni dan menjadi habitat untuk pelbagai jenis ikan berwarna-warni.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Pulau Sabang.
3
PULAU SABANG – BANDA ACEH (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke pelabuhan Balohan Sabang untuk menaiki feri ke Banda Aceh. Setibanya di pelabuhan Ulee Lheue, tetamu di bawa menuju ke Banda Aceh untuk lawatan ke Kapal LPTD Apung, adalah kapal generator listrik milik PLN di Banda Aceh. Kini kapal yang memiliki berat melebihi 3000 tan yang di bawa arus Tsunami lebih 5km ke daratan desa Punge Blang Cut telah dijadikan objek pelancongan.
  • Seterusnya perjalanan di teruskan ke kampung Gurah, Peukan Bada, lokasi Kubah Masjid Tsunami yang terpisah dari Masjid Jami sejauh 2.5 km disebabkan oleh gelombang Tsunami sehingga terdampar di suatu kawasan sawah padi.
  • Lawatan diteruskan ke Rumah Cut Nyak Dhien yang merupakan museum yang dulu merupakan tempat tinggal Cut Nyak Dhien dan Teuku Umar, yang merupakan Srikandi Aceh. Tetamu juga di bawa bersiar-siar di sekitar Loknga Beach sambil menikmati pemandangan pantai yang mengasyikkan
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan meneruskan perjalanan ke kampung Lampuuk untuk solat di Masjid Rahmatullah. Masjid ini terletak 400-meter dari Pantai Lampuuk, antara masjid yang tidak musnah dilanda tsunami. Masjid ini juga telah mendapat bantuan dari kerajaan Turki untuk diperbaiki kerosakan yang dialami akibat tsunami.
  • Lawatan diteruskan ke Muzium Aceh adalah sebuah museum di Banda Aceh dan merupakan salah satu muzium tertua di Indonesia. Terdapat pelbagai barangan warisan budaya Aceh terdapat di situ.
  • Tetamu juga di bawa menziarahi Makam Sultan Iskandar Muda adalah makam dari seorang sultan paling termahsyur yang pernah membawa kesultanan Aceh pada masa kejayaan pada abad ke-17.
  • Seterusnya lawatan ke Gunongan yang merupakan sebuah miniatur berbentuk gunung yang merupakan simbol dan kekuatan cinta Sultan Iskandar Muda kepada pemaisuri yang jelita dari kerajaan Pahang.
  • Sebelum kembali ke hotel tetamu di bawa membeli belah di Pasar Aceh. Terdapat pelbagai barangan di jual seperti pakaian, telekung, barangan perhiasan, cenderahati dan berbagai lagi.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Banda Aceh.
4
BANDA ACEH – KUALA LUMPUR (SP)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Banda Aceh untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 2.
PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 3 malam yang selesa di hotel 3* (Rujuk jadual senarai Hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Museum Tsunami dan Rumah Cut Nyak Dhien.
  • Tiket menaiki feri dari Banda Aceh – Pulau Sabang – Banda Aceh.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn Bhd setiap seorang (kecuali bayi).
  • Insurans kembara (Travel Insurance)
 
TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
You don't have permission to register