logo
Join us in the next travel fair and be suprised by the packages offering that awaits.
What's New in Kowamas
+603 7803 0170
info@kowamasholidays.com
Hubungi Kami +603 7803 0170
Top
 

4H3M HO CHI MINH


Muat Turun Aturcara    PMJERR
TARIKH BERLEPAS 
22 Dis 2018 | 31* Jan | 21 Feb | 17* Mac 2019
SURCAJ TAMBAHAN RM 80
31* Jan | 17* Mac 2019

JADUAL PENERBANGAN
HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
01 AK 520 KL – Ho Chi Minh 0755 0855
04 AK 525 Ho Chi Minh – KL 2015 2315

HARGA PAKEJ
Harga dinyatakan diatas adalah harga seorang
Kategori Harga Harga Normal MATTA PRICE Warga Emas MATTA PRICE OKU MATTA PRICE
S/Supp 2188 1898 2088 1868 2088 1868
Twin / DBL 1988 1698 1888 1668 1888 1668
Chd Twin 1988 1698     1888 1668
Chd W/Bed 1888 1648     1788 1618
Chd No Bed 1588 1448     1488 1418
 
PENGINAPAN
DESTINASI HOTEL BINTANG
Ho Chi Minh Blessing 1 Hotel / setaraf 3*

TERMA & SYARAT PAKEJ
  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn Bhd.
  Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :
PENERIMA KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN 5625 6230 4881
  • Destinasi
  • Pakej Disertakan
    4H3M HO CHI MINH
    Tip Pemandu Pelancong
    Tiket Penerbangan
    Insurans
    Bas Persiaran
    Tiket Masuk Seperti Aturcara
    Makanan Sesuai Muslim
    Pemandu Pelancong
  • Tidak Disertakan
    Servis Tambahan
    Surcaj Musim Puncak
    WiFi
1
KUALA LUMPUR – HO CHI MINH (MT/MM)
  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) untuk menaiki penerbangan ke Ho Chi Minh.
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh, tetamu akan terus di bawa ke Bandar Ho Chi Minh.
  • Lawatan ke War Remnant Museum yang memaparkan sejarah peperangan tentera Vietnam dan Tentera Amerika.
  • Bergambar kenangan di hadapan Reunification Palace.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan solat di masjid Jamia Al Muslim Mosque yang dibina pada tahun 1935 oleh bangsa India dan masyarakat setempat.
  • Meneruskan lawatan ke Central Post Office, bangunan yang berusia lebih 120 tahun dan telah mula beroperasi dari tahun 1895.
  • Kemudian tetamu di bawa membeli belah di Hard Rock Café Ho Chi Minh. • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
2
HO CHI MINH – CU CHI TUNNELS - HO CHI MINH (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan ke lokasi Terowong Bawah Tanah Cu Chi yang pernah digunakan sebagai kubu persembunyian dan perlindungan tentera Viet Cong dari tentera America.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Kembali semula ke Bandar Ho Chi Minh untuk acara membeli-belah.
  • Singgah sebentar di Tina Factory Outlet dan Hong Anh Collection untuk pilihan seperti Telekung, Baju Kurung, Jubah yang berkualiti. Kiplings Bags Store untuk melihat pelbagai pilihan jenis bag.
  • Masa bebas membeli-belah di Saigon Square dan Ben Thanh Market.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali semula ke hotel.
  • Bermalam di Ho Chi Minh.
3
HO CHI MINH – MEKONG DELTA - HO CHI MINH (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi
  • Perjalanan menuju ke bandar My Tho untuk lawatan ke Delta Sungai Mekong.
  • Tetamu di bawa menaiki bot untuk lawatan ke Perkampungan Nelayan My Tho.
  • Melihat penghasilan Coconut Candy dan Pengumpulan Madu Lebah secara tradisional.
  • Melawat Ladang Buah-Buahan Tempatan dan menyaksikan Persembahan Tradisional rakyat tempatan.
  • Tetamu juga berpeluang menaiki sampan untuk menyusuri muara sungai.
  • Kembali semula ke Bandar Ho Chi Minh dan makan tengahari di restoran tempatan.
  • Aktiviti bebas untuk membeli belah di Ben Than Market.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali semula ke hotel.
  • Bermalam di Ho Chi Minh.
4
HO CHI MINH – KUALA LUMPUR (SP/MT)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Aktiviti bebas untuk membeli belah di Ben Than Market.
  • Daftar keluar hotel dan di bawa untuk makan tengahari di restoran tempatan.
  • Sebelum menuju ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, tetamu di bawa singgah solat di Ar-Rahim Mosque.
  • Seterusnya bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Ho Chi Minh untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA 2.
PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  •  Penginapan 3 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Terowong Cu Chi, Bot di Sungai dan Mekong Delta.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (Travel Insurance)
 
TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
You don't have permission to register