logo
Join us in the next travel fair and be suprised by the packages offering that awaits.
What's New in Kowamas
+603 7803 0170
info@kowamasholidays.com
Hubungi Kami +603 7803 0170
Top
 

7H5M SEOUL + JEJU ISLAND


Muat Turun Aturcara    PMJERR
TARIKH BERLEPAS
18 Mac 2019

JADUAL PENERBANGAN
HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 D7 501 KL – Jeju 0700 1400
6 D7 509 Seoul – KL 2320 0505+1

HARGA PAKEJ
Harga dinyatakan diatas adalah harga seorang
Kategori Harga Harga Normal MATTA PRICE Warga Emas MATTA PRICE OKU MATTA PRICE
S/Supp 6088 5488 5988 5438 5988 5438
Twin / DBL 5188 4588 5088 4538 5088 4538
Chd Twin 5188 4588     5088 4538
Chd W/Bed 4588 4188     4488 4138
Chd No Bed 3888 3688     3788 3638
 
PENGINAPAN
DESTINASI HOTEL BINTANG
Seoul Luce Bridge Hotel  / setaraf 3*
Jeju Amourex Resort / setaraf 3*

TERMA & SYARAT PAKEJ
  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.
  • Perlepasan kumpulan akan dilakukan apabila kumpulan mencapai minimum bilangan 15 orang. Sekiranya tidak mencapai bilangan minimum, ahli harus membuat pilihan samaada menukar tarikh penerbangan / destinasi / pemulangan penuh bayaran. Walaubagaimanapun ianya juga bergantung kepada kelulusan syarikat.
  Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :
PENERIMA KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN 5625 6230 4881
  • Destinasi
  • Pakej Disertakan
    7H5M SEOUL + JEJU ISLAND
    Tip Pemandu Pelancong
    Tiket Penerbangan
    Insurans
    Bas Persiaran
    Tiket Masuk Seperti Aturcara
    Makanan Sesuai Muslim
    Pemandu Pelancong
  • Tidak Disertakan
    Servis Tambahan
    Surcaj Musim Puncak
    WiFi
1
KUALA LUMPUR – HONG KONG – JEJU ISLAND (MM)
  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Jeju.
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju, tetamu di bawa melawat ke sekitar Yongduam Rock (Dragon Head Rock) dan Mystery Road.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
  • Bermalam di Jeju Island.
2
JEJU ISLAND (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan ke Seongsan Ilchulbong atau dikenali sebagai ‘Sunrise Peak’ yang menawarkan pemandangan indah kawah gunung berapi yang telah diiktiraf antara 7 Keajaiban Dunia.
  • Tetamu juga di bawa ke Seopjikoji yang merupakan kawasan pantai pinggir laut yang menyajikan pemandangan indah dan nenjadi lokasi kegemaran bagi penggambaran drama dan filem korea antaranya drama popular korea ‘All-in’.
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, tetamu di bawa ke Seongeup Folk Village yang merupakan perkampungan Pulau Jeju pada tahun 50 an.
  • Seterusnya ke Maze Park merupakan antara taman rekreasi yang popular di Korea dan tetamu berpeluang mencuba permainan MAZE yang sangat popular dan sering keluar dalam variety show Korea.
  • Kemudian di bawa ke Cheonjiyeon Waterfall antara air terjun paling popular di Pulau Jeju. Cheonjiyeon Waterfall ini dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok dan tumbuhan exotic yang cantik.
  • Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Jeju Island.
3
JEJU ISLAND – SEOUL – NAMI ISLAND (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang  Antarabangsa Jeju untuk penerbangan ke Seoul.
  • Setibanya di Lapangan Terbang Seoul, lawatan diteruskan ke Nami Island, yang terkenal sebagai lokasi penggambaran drama “Winter Sonata” dengan menaiki feri.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan kembali ke Seoul.
  • Kemudian di bawa ke Namsan Hanok Village, merupakan perkampungan yang terdiri daripada rumah tradisional Korea yang terletak di kaki Gunung Namsan.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Seoul.
4
SEOUL – TAMAN TEMA EVERLAND (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan ke Taman Tema Everland, iaitu taman tema terbesar Korea Selatan. Terletak di Everland Resort di Yongin, sebuah bandar di Gyeonggi-do, dan taman ini menerima lebih kurang 7.3 juta pelawat setiap tahun.
  • Seterusnya di bawa ke Trick Eye Museum, iaitu sebuah galeri seni dengan lukisan dicipta menggunakan teknik ‘trompe l’oeil’ yang memberikan setiap seni 2D ilusi menjadi 3D.
  • Lawatan diteruskan ke Seaweed Museum dan tetamu juga berpeluang untuk belajar cara membuat kimchi, serta mencuba pakaian tradisional Korea yang dikenal sebagai “han-bok”.
  • Membeli-belah di National Ginseng Center dan Amethyst Factory.
  • Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Seoul.
5
SEOUL (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan ke Seoullo 7017, juga dikenali sebagai Seoul Skygarden atau Skypark.
  • Membeli-belah di Pine Tree Center, Korean Cosmetic duty-free shop dan Donghwa dutyfree department store
  • Makan tengahari di restoran tenpatan dan seterusnya di bawa untuk membeli-belah di Namdaemun Street Market & Myeong-dong Fashion Street
  • Kemudian dibawa menyaksikan persembahan Bibab Show, iaitu pertunjukkan musikal dengan konsep “Mix & Harmony” yang mengetengahkan makanan Korea yang dikenali dengan “Bibimbab”.
  • Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Seoul.
6
SEOUL – KUALA LUMPUR SP/MT)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Seterusnya di bawa melawat ke Gyeongbokgung PalaceNational Folk Museum dan melalui Presidential Blue House.
  • Makan tengah hari dan solat di International Mosque.
  • Kemudian tetamu di bawa membeli-belah di Korean Product duty-free shop.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Seoul untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
7
KUALA LUMPUR
  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Tiket penerbangan domestik dari Jeju Island ke Seoul.
  • Penginapan 5 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Taman Tema Everland, Bibap Show, Gyeongbokgung Palace, National Folk Museum, 3D Art Museum, Seongeup Folk Village dan Maze Park.
  • Tiket menaiki feri ke Nami Island.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (travel insurance)
TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
You don't have permission to register