logo
Join us in the next travel fair and be suprised by the packages offering that awaits.
What's New in Kowamas
+603 7803 0170
info@kowamasholidays.com
Hubungi Kami +603 7803 0170
Top
 

8H5M SEOUL + MT.SORAK SARANGHAE


Muat Turun Aturcara    PMJERR
TARIKH BERLEPAS
16*, 30 Mac 2019
*SURCAJ TAMBAHAN RM100
16* Mac 2019
 

JADUAL PENERBANGAN
HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
01 KA  734 KL – Hong Kong 1755 2150
02 CX 412 Hong Kong – Incheon 0055 0520
07 CX 411 Incheon – Hong Kong 1505      1815
07 KA 727 Hong Kong – KL 2025 0025+1
 

HARGA PAKEJ
Harga dinyatakan diatas adalah harga seorang
Kategori Harga Harga Normal MATTA PRICE Warga Emas MATTA PRICE OKU MATTA PRICE
S/Supp 5288 4688 5188 4658 5188 4658
Twin / DBL 4388 3788 4288 3758 4288 3758
Chd Twin 4188 3488     4088 3458
Chd W/Bed 3588 3088     3488 3058
Chd No Bed 3088 2688     2988 2658
 
PENGINAPAN
DESTINASI HOTEL BINTANG
Seoul Luce Bridge Hotel  / setaraf 3*
Mt Sorak Hanhwa Resort Seorak / setaraf 3*

TERMA & SYARAT PAKEJ
  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.
Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :
PENERIMA KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN 5625 6230 4881
Cathay Pacific - Cathay Dragon
  • Destinasi
  • Pakej Disertakan
    8H5M SEOUL + MT.SORAK SARANGHAE
    Tip Pemandu Pelancong
    Tiket Penerbangan
    Insurans
    Bas Persiaran
    Tiket Masuk Seperti Aturcara
    Makanan Sesuai Muslim
    Pemandu Pelancong
  • Tidak Disertakan
    Servis Tambahan
    Surcaj Musim Puncak
    WiFi
1
KUALA LUMPUR - HONG KONG
  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke Seoul (Transit di Hong Kong).
2
HONG KONG - INCHEON - SEOUL (SP/MT/MM)
  • Setibanya di lapangan terbang Incheon bertemu pemandu pelancong dan meneruskan perjalanan ke Seoul.
  • Seterusnya dibawa melawat Gyeongbokgung PalaceNational Folk Museum dan melalui Presidential Blue House.
  • Sebelum makan tengahari, singgah melawat ke Cheonggyecheon Stream dan Gwanggwamun Plaza iaitu tempat penggambaran KBS Drama ‘IRIS’.
  • Makan tengah hari dan solat di International Mosque.
  • Seterusnya lawatan ke Seoul N Tower + Love Lock Wall (tidak termasuk observatory) dan membeli belah di Dongdaemun Market. Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel.
3
SEOUL – NAMI ISLAND – MT. SORAK (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel. Bertolak ke Chuncheon.
  • Lawatan diteruskan ke Nami Island, yang terkenal sebagai lokasi penggambaran drama “Winter Sonata” dengan menaiki feri.
  • Lawatan ke Petite France, adalah taman tema gaya Perancis yang dibina pada Julai 2008 di Seoul
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan lawatan diteruskan ke Gang-Chon Rail Bike Ride dimana tetamu berpeluang menaiki keretapi sambal menikmati pemandangn indah sungai Bukhangang.
  • Seterusnya tetamu di bawa melawat ke Daepo Warf dan Seafood Market.
  • Bertolak ke Mt. Sorak dan makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Mt. Sorak.
4
MT. SORAK - SEOUL (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Lawatan diteruskan ke Mt Sorak National Park, sebuah taman negara yg disenaraikan oleh kerajaan Korea Selatan dan UNESCO sebagai tapak Warisan Dunia.
  • Seterusnya melawat ke Gwongeumseong Fortress dengan menaiki kereta kabel untuk menikmati pemandangn terbaik di Korea
  • Kembali ke Seoul dan tetamu di bawa ke Trick Eye Museum, iaitu sebuah galeri seni dengan lukisan dicipta menggunakan teknik ‘trompe l’oeil’ yang memberikan setiap seni 2D ilusi menjadi 3D.
  • Lawatan diteruskan ke Seaweed Museum dan tetamu juga berpeluang untuk belajar cara membuat kimchi, serta mencuba pakaian tradisional Korea yang dikenal sebagai “han-bok”.
  • Kemudian membeli – belah di Gwanjang Market yang terkenal dengan sutera korea.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel di Seoul
5
SEOUL – TAMAN TEMA EVERLAND (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatanke Taman Tema Everland, iaitu taman tema terbesar Korea Selatan. Terletak di Everland Resort di Yongin, sebuah bandar di Gyeonggi-do, dan taman ini menerima lebih kurang 7.3 juta pelawat setiap tahun.
  • Membeli – belah di National Ginseng Center and Amethyst Factory
  • Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Seoul.
6
SEOUL (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Lawatan ke Seoullo 7017, juga dikenali sebagai Seoul Skygarden atau Skypark.
  • Membeli-belah di Pine Tree Center, Korean Cosmetic duty-free shop dan Donghwa dutyfree department store
  • Makan tengahari di restoran tenpatan dan seterusnya di bawa untuk membeli-belah di Namdaemun Street Market & Myeong-dong Fashion Street
  • Kemudian dibawa menyaksikan persembahan Bibab Show, iaitu pertunjukkan musikal dengan konsep “Mix & Harmony” yang mengetengahkan makanan Korea yang dikenali dengan “Bibimbab”.
  • Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Seoul.
7
SEOUL – INCHEON - HONG KONG (SP)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel
  • Membeli-belah di Korean Product duty-free shop.
  • Bertolak ke Lapangan antarabangsa Incheon untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. (Transit Hong Kong).
8
HONG KONG – KUALA LUMPUR
Selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 5 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara
  • Tiket masuk ke tempat lawatan : Taman Tema Everland, Petite France,  Bibap Show, Gyeongbokgung Palace, National Folk Museum, 3D Art Museum dan Gang- Chon Rail Bike Ride.
  • Tiket menaiki feri ke Nami Island.
  • Tiket menaiki kereta kabel Gwongeumseong Fortress di Mt.Sorak National Park.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (travel insurance)
 
TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak/perayaan.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dll.
  • Makanan dan lawatan termasuk tiket selain yang dinyatakan dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
  • Sebarang insurans kembara – hubungi kami bagi konsultansi premium yang sesuai.
You don't have permission to register