logo
Join us in the next travel fair and be suprised by the packages offering that awaits.
What's New in Kowamas
+603 7803 0170
info@kowamasholidays.com
Hubungi Kami +603 7803 0170
Top
 

8H6M MAGNIFICENT BEIJING + SKI


Muat Turun Aturcara    PMJERR
TARIKH BERLEPAS
24* Nov | 22** Dis 2018 | 19 Jan 2019
*SURCAJ TAMBAHAN RM350 
24* Nov 2018
**SURCAJ TAMBAHAN RM510
22** Dis 2018

JADUAL PENERBANGAN
HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 MH 360 KL – Beijing 1800 0020+1
8 MH 361 Beijing - KL 0130 0800

HARGA PAKEJ
Harga dinyatakan adalah harga seorang
Kategori Harga Harga Normal MATTA PRICE Warga Emas MATTA PRICE OKU MATTA PRICE
S/Supp 3988 3288 3888 3188 3888 3188
Twin / DBL 3488 2888 3388 2788 3388 2788
Chd Twin 3188 2588     3088 2488
Chd W/Bed 3188 2588     3088 2488
Chd No Bed 2988 2388     2888 2288
 
PENGINAPAN
DESTINASI HOTEL BINTANG
Beijing City Inn Hotel / setaraf 4*

TERMA & SYARAT PAKEJ
  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.
Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :
PENERIMA KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN 5625 6230 4881
Malaysia Airlines
  • Destinasi
  • Pakej Disertakan
    8H6M MAGNIFICENT BEIJING + SKI
    Tip Pemandu Pelancong
    Tiket Penerbangan
    Insurans
    Bas Persiaran
    Tiket Masuk Seperti Aturcara
    Makanan Sesuai Muslim
    Pemandu Pelancong
  • Tidak Disertakan
    Servis Tambahan
    Surcaj Musim Puncak
    WiFi
1
KUALA LUMPUR – BEIJING
  • Berkumpul di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk penerbangan ke Beijing.
2
BEIJING (SP/MT/MM)
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing, tetamu di bawa untuk daftar masuk hotel dan rehat.
  • Sarapan pagi di hotel. Melawat Tian An Men Square yang merupakan dataran terbesar di dunia dengan keluasan 440 ribu meter persegi dan juga bersempadan dengan Great Hall of the People dan Makam Pengerusi Mao. Di tengah-tengahnya terdapat monumen pahlawan nasional yang dibangunkan pada tahun 1952 dan dianggap sebagai monumen terbesar dalam sejarah China. Kemudian di bawa berkunjung ke Forbidden City yang merupakan kompleks istana bagi 24 orang Maharaja dalam Dinasti Ming dan Dinasti Qing selama lebih 500 tahun. Istana ini diperbuat dari bahan-bahan pilihan dan terbaik serta mempunyai keluasansekitar 72 hektar.
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, bersolat dan menziarahi Niujie Mosque yang merupakan masjid yang paling bersejarah di Beijing. Ia mula dibina pada tahun 996 semasaDinasti Liao dan telah dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja KangxiDinasti Qing. Dewan solat lelaki dan perempuan berada di dalam bangunan yang berbeza serta menempatkan tempat tinggal imam dan petugas masjid.
  • Selepas solat, di bawa membeli-belah di Muslim Super Market yang merupakan satu-satunya pasaraya bagi umat islam tempatan di sini yang menjual pelbagai makanan dan barangan yang halal.
  • Kemudian melawat Silk Show Room di mana tetamu dapat melihat proses buatan sutera dan juga membeli barangan hasil sutera yang berkualiti. Melawat Chinese Medicine Centre serta dapat merasai urutan kaki tradisional china.
  • Seterusnya di bawa menyaksikan  Persembahan Akrobatik dan makan malam di restoran tempatan. Kembali ke hotel dan bermalam di Beijing.
3
BEIJING (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel
  • Melawat ke Badaling Great Wall of China yang merupakan kubu pertahanan pertama yang dibina oleh banduan dengan menggunakan kerahan tenaga semasa pemerintahan Dinasti Ming. Ia juga merupakan salah satu binaan dari 7 keajaiban dunia. Tetamu juga berpeluang menaiki kereta kabel disini.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan seterusnya membeli belah di Wangfujing Street.
  • Makan malam di restoran tempatan, kembali ke hotel dan bermalam di Beijing
4
BEIJING (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Kemudian tetamu di bawa  ke Ski resort dan tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri seperti meluncur salji. Nota : Peralatan ski tidak termasuk dalam harga pakej dan tetamu harus menyewa peralatan tersebut dengan perbelanjaan sendiri. Sila rujuk senarai harga seperti di bawah : (Dewasa & Kanak-Kanak: 180 RMB seorang)
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, tetamu di bawa melawat ke Burning Cream Center dan membeli belah di Qianmen Walk Street.
  • Makan malam di restoran tempatan, kembali ke hotel dan bermalam di Beijing.
5
BEIJING (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Membeli belah di Bamboo Charcoal Shop yang menjual pelbagai produk buatan buluh dijual.
  • Seterusnya berkunjung ke Summer Palace yang merupakan sebuah istana yang terletak di atas Longevity Hill dan dikelilingi Tasik Kunming dan diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia UNESCO.
  • Selepas makan tengahari di restoran tempatan, bersolat di Ma Dian Mosque yang merupakan masjid yang paling bersejarah di Beijing.
  • Membeli belah di Negative Ion Experience Centre dan meneruskan lawatan ke Panda Zoo.
  • Kemudian di bawa membeli-belah di Hongqiao Market.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel
6
BEIJING (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel. Membeli belah di Jade Center, pelbagai jenis jade terdapat disini.
  • Kemudian berfoto di Bird’s Nest Stadium yang dikenali sebagai stadium nasional Beijing yang mengambil masa selama 5 tahun untuk disiapkan dan Water Cube yang dikenali sebagai pusat akuatik nasional Beijing yang pernah menjadi tuan rumah Temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik bagi tahun 2008.
  • Makan tengahari dan solat di Nadouya Mosque.
  • Seterusnya di bawa melawat ke 798 Art Zone yang pada asalnya adalah kilang-kilang dan kini telah diubah menjadi zon seni.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel.
7
BEIJING (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Seterusnya di bawa menyaksikan The China Largest LED Screen yang terbesar di Asia
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  • Kemudian di bawa membeli-belah di Xiushui Street yang menjual pelbagai jenis barangan buatan tempatan dengan harga yang berpatutan.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ibu Kota Beijing untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
8
BEIJING – KUALA LUMPUR
Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) .
 
PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 6 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Forbidden City, Badaling Great Wall of China, Summer Palace, Panda Zoo, Persembahan Akrobatik dan Ski Resort.
  • Percuma Tiket Menaiki Kereta Kabel di Badaling Great Wall of China (Round Trip)
  • Urusan visa memasuki China
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (travel insurance)
 
TIDAK TERMASUK

• Surcaj tambahan ketika musim puncak/perayaan. • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dll. • Makanan dan lawatan termasuk tiket selain yang dinyatakan dalam aturcara. • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi. • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
You don't have permission to register