logo
Join us in the next travel fair and be suprised by the packages offering that awaits.
What's New in Kowamas
+603 7803 0170
info@kowamasholidays.com
Hubungi Kami +603 7803 0170
Top
 

9H6M PESONA EROPAH


Muat Turun Aturcara    PMJERR
TARIKH BERLEPAS
25 Dec 2018

JADUAL PENERBANGAN
HARI PESAWAT DESTINASI ETD ETA
1 QR 849 KL – Doha 2010 2330
2 QR 009 Doha – London 0155 0620
8 QR 038 Paris – Doha 2145 0615+1
9 QR 852 Doha – KL 0855 2140

HARGA PAKEJ
Harga dinyatakan diatas adalah harga seorang.
Kategori Harga Harga Normal MATTA PRICE Warga Emas MATTA PRICE OKU MATTA PRICE
S/Supp 12388 10688 12288 10588 12288 10588
Twin / DBL 9988 8288 9888 8188 9888 8188
Chd Twin 8888 7688     8788 7588
Chd W/Bed 8088 7088     7988 6988
Chd No Bed 6788 6088     6688 5988
 
PENGINAPAN
DESTINASI HOTEL BINTANG
Lodon Lancaster Gate Hotel / setaraf 3*
Paris Campanile Bagnolet Hotel / setaraf 3*
Amsterdam Ibis SchipholHotel / setaraf 3*

TERMA & SYARAT PAKEJ
  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.
  Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :
PENERIMA KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN 5625 6230 4881
  • Destinasi
  • Pakej Disertakan
    9H6M PESONA EROPAH
    Tip Pemandu Pelancong
    Tiket Penerbangan
    Insurans
    Bas Persiaran
    Tiket Masuk Seperti Aturcara
    Makanan Sesuai Muslim
    Pemandu Pelancong
  • Tidak Disertakan
    Servis Tambahan
    Surcaj Musim Puncak
    WiFi
1
KUALA LUMPUR – DOHA
  • Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menaiki penerbangan ke London(Transit di Doha).
2
DOHA – LONDON (MM)
  • Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Heatrow London. Bersempena hari istimewa Boxing Day 26 Disemberini, tetamu terus di bawa membeli-belah di Bicester Village yang menempatkan pelbagai jenama barangan terkenal seperti Dior, Dolce & Gabbana, Prada, Amani, Swarovski dan banyak lagi pada harga yang cukup menakjubkan.
  • Seterusnya menuju ke Oxford Street, merupakan destinasi paling popular di London yang mempunyai lebih 300 kedai di sepanjang jalan seperti Adidas, Primark dan banyak lagi.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bemalam di London.
3
LONDON (SP/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Seterusnya lawatan di sekitar kota Londonseperti London City Hall, iaitu satu kawasan yang unik dan terbaik untuk melihat pemandangan, Buckingham Palace, istana kediaman Ratu England yang terkenal dengan upacara pertukaran pengawal.
  • Berfoto di Tower Bridgeyang merupakan jambatan yang boleh dinaikkan untuk membenarkan kapal melepasinya dan Tower of London , istana yang menyimpan takhta dan permata mahkota Ratu England.
  • Melawat Westminster Abbey, gereja yang menyaksikan perkahwinan Putera William dan Kate Middleton, House of Parliamentyang menempatkan sejarah dan kisah politik.
  • Kemudian tetamu di bawa  melawat ke ikon kota London iaitu Big Ben, iaitu menara jam yang dibina pada tahun 1859.
  • Seterusnya di bawa ke Harrods, merupakan tempat membeli belah mewah dan eksklusif di kota London.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali hotel. Bemalam di London.
4
LONDON - AMSTERDAM (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke pelabuhan Dover untuk menaiki feri merentasi Selat Inggeris ke Calais, Perancis.
  • Setibanya di Calais, bertolak menuju ke Amsterdam.
  • Makan malam di restoran tempatan dan daftar masuk hotel. Bermalam di Amsterdam.
5
AMSTERDAM (SP/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan ke Zaanse Schans, kawasan perkampungan tradisi orang Belanda dan juga lokasi kincir angin yang sinonim dengan ikon negara Belanda. Tetamu juga berpeluang merasai pelbagai jenis keju di kilang penghasilan kejudan juga ke Clog Maker iaitu bengkel membuat terompah kayu yang popular di Belanda selama 700 tahun.
  • Bersolat di Fatih Camii Mosque sebelum di bawa melawat ke pusat penghasilan berlian diCoster Diamond. Tetamu akan diterangkan mengenai proses penghasilan berlian. Tetamu juga berpeluang berfoto dengan blok nama “I AMSTERDAM”.
  • Seterusnya rasai pengalaman menaiki Canal Cruisemenyusuri terusan di Amsterdam dan berpeluang menikmati keunikan bangunan lama di sekitar Amsterdam.
  • Bersiar-siar di Damrak Squaredi mana tetamu berpeluang berfoto di hadapan Royal Palace, salah satu daripada tiga istana di Belanda yang pernah didiami oleh Raja Louis Bonaparte.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Bermalam di Amsterdam.
6
AMSTERDAM – BRUSSELS - PARIS (SP/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke Brussels yang merupakan ibu kota Belgium dan di bawa melawat Atomium, sebuah menara yang mempunyai 9 sfera yang dihubungkan berbentuk seunit atom yang dibina sempena World Expo 1958, Grand Palaceyang merupakan dataran tercantik di Eropah serta ikon terpenting kota Brussels, Manneken Pis iaitu arca seorang kanak-kanak lelaki yang membuang air kecil ke dalam kolam air pancut.
  • Meneruskan perjalanan ke Paris dan makan malam di restoran tempatan.
  • Daftar masuk hotel dan bermalam di Paris.
7
PARIS (SP/MM)
  • Sarapan pagi di hotel.
  • Memulakan lawatan di sekitar Paris yang terkenal sebagai kota romantik penuh bersejarah, antaranya seperti ke Notre-Dame Cathederal yang merupakan salah satu gereja terkenal dengan seni bina Gothic Perancis yang sangat halus, Louvre Museum, Les Invalides, Palais Garnier iaitu Opera House yang pernah digunakan sebagai lokasi penggambaran filem The Phantom of The Opera, Arc De Triomphe yang dibina oleh Napolean Bonaparte, Trocadero Square yang merupakan taman terbuka dan lokasi terbaik untuk mengambil gambar berlatar belakangkan Eiffel Tower. Tetamu juga berpeluang bersiar-siar di perkarangan Eiffel Tower.
  • Kemudian tetamu di bawa ke Fragonard Parfumuer Factory, merupakan kilang pembuatan minyak wangi terkenal di Perancis.
  • Bersolat di Grand Mosque Paris sebelum meneruskan membeli belah di Galleries Lafayette, merupakan salah satu department store terbesar dan memiliki ciri berupa kubah kaca bergaya Art Noveau. Terdapat pelbagai  produk seperti busana, beg, kasut, jam tangan, aksesori, perhiasan dan banyak lagi.
  • Makan malam di restoran tempatan dan kembali ke hotel. Bermalam di Paris.
8
PARIS - DOHA (SP)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Seterusnya tetamu di bawa menaiki Eiffel Tower yang dibina pada tahun 1889 World’s Fair setinggi 324m untuk menikmati pemandangan indah kota Paris.
NOTA PENTING: Sekiranya Eiffel Tower ditutup atau atas sebab-sebab yang di luar jangkaan, pihak kami akan menukarkan dengan lawatan menaiki Seine Cruise.
  • Tetamu juga di bawa ke Avenue des Champs-Elyseesdi mana tetamu boleh bersiar-siar di jalan yang dianggap tercantik di dunia atau membeli-belah di butik mewah seperti Louis Vuitton, Mont-Blanc dan Sephora.
  • Sebelum bertolak ke lapangan terbang, tetamu di bawa membelli belah di saat akhir di La Vallee Designer Outlet.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
  • (Transit di Doha)
9
DOHA - KUALA LUMPUR
  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 6 malam yang selesa di hotel bertaraf 3* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Cukai bandar (city tax) di London, Paris dan Amsterdam.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Fragonard Parfumeur Museum, Coster Diamonds Factory, Canal Cruise Amsterdam dan Eiffel Tower atau Seine Cruise.
  • Tiket menaiki feri sehala dari Dover ke Calais, Perancis.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (Travel Insurance)
TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
You don't have permission to register