logo
Join us in the next travel fair and be suprised by the packages offering that awaits.
What's New in Kowamas
+603 7803 0170
info@kowamasholidays.com
Hubungi Kami +603 7803 0170
Top
 

9H7M DELHI + KASHMIR + AGRA + JAIPUR


Muat Turun Aturcara    PMJERR

9H7M DELHI + KASHMIR + AGRA + JAIPUR

RM4798 seorang peserta bilik berdua

TARIKH PENERBANGAN & HARGA PAKEJ
 
TARIKH PENERBANGAN 26 Apr 2018 | Y E S  PROMO
KATEGORI HARGA BILIK SEORANG BERDUA KANAK-KANAK BERDUA KANAK-KANAK BERKATIL KANAK-KANAK TANPA KATIL
Dewasa

6688 5798

5688 4798 5688 4798 5188 4398

4588 3998

Warga Emas

6588 5768

5588 4768 - -

-

OKU

-

5588 4768 5588 4768 5088 4368

4488 3968

 
JADUAL PENERBANGAN
 
HARI PESAWAT SEKTOR ETD ETA
1 D7 182 KL – Delhi 1900 2200
2 I5 715 Delhi - Srinagar 0750 0920
5 I5 716 Srinagar - Delhi 0950 1130
8 D7 183 Delhi - KL 2315 0705+1
 

PENGINAPAN
BIL.MALAM DESTINASI HOTEL BINTANG
2 Delhi ITC Welcome Dwarka Hotel  / setaraf 4*
3 Kashmir (Srinagar) Bostan Premium Houseboats  / setaraf 4*
1 Agra Howard Plaza Hotel  / setaraf 4*
2 Jaipur K K Royal Hotel  / setaraf 4*

TERMA & SYARAT PAKEJ
  • Harga yang disenaraikan adalah tertakluk kepada perubahan mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Kami berhak untuk mengubah atau meminda perjalanan dengan atau tanpa notis terlebih dahulu.
  • Semua penerbangan dan hotel adalah tertakluk kepada perubahan sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan cerek elektrik dan kemudahan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang sebilik. Oleh itu, tempat tidur tambahan akan ditambah hanya pada bilik berdua.
  • Pasport mesti sah untuk sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan.
  • Adalah menjadi tanggungjawab ahli-ahli lawatan untuk memastikan bahawa nama mereka tidak disenarai hitam oleh mana-mana badan-badan kawal selia di Malaysia yang boleh melarang perjalanan ke luar negeri.
  • Kowamas Holidays Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya mana-mana anggota pelancongan tidak dibenarkan meneruskan perjalanan oleh Imigresen Malaysia dan tambang tidak akan dibayar balik.
  • Semua makanan yang disebut dalam program kami adalah sesuai untuk Islam, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya berdasarkan menu piawaian bufet antarabangsa.
  • Semua yang dinyatakan diatas adalah termaktub pada terma dan syarat Kowamas Holidays Sdn. Bhd.
  Bayaran hendaklah di buat secara tunai di pejabat ATAU memasukkan ke akaun bank atau cek kepada :
PENERIMA KOWAMAS HOLIDAYS SDN BHD
BANK MAYBANK BERHAD
NO. AKAUN 5625 6230 4881
  • Destinasi
  • Pakej Disertakan
    9H7M DELHI + KASHMIR + AGRA + JAIPUR
1
KUALA LUMPUR – NEW DELHI
  • Berkumpul di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) untuk penerbangan ke New Delhi.
  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, tetamu di bawa untuk daftar masuk hotel dan rehat.
2
NEW DELHI – KASHMIR (SRINAGAR) (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Domestik untuk penerbangan ke Srinagar.
  • Setibanya di Lapangan Terbang Srinagar, tetamu di bawa menuju ke Bostan Premium Houseboat untuk daftar masuk dan makan tengahari.
  • Kemudian tetamu di bawa menaiki bot kayu atau nama lainnya sampan Shikara di sekitar Dal Lake.
  • Seterusnya tetamu di bawa menikmati pemandangan di Mughal Gardens dan seterusnya melawat ke  Shalimar Bagh dan Nishat Bagh. Kesemua taman tersebut terletak di tebing Dal Lake yang berlatar belakangkan pergunungan Zabarwan.
  • Singgah sebentar di Kashmir Carpet Factory yang terkenal dengan pembuatan Carpet serta kehalusan hasil buatan tangan Carpet tersebut. Kembali ke Houseboat dan makan malam.
3
KASHMIR (SRINAGAR) – GULMARG - KASHMIR (SRINAGAR) (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di Houseboat.
  • Bertolak ke Gulmarg atau lebih dikenali sebagai Meadow of Flowers. Gulmarg juga dikenali ramai sebagai resort musim panas yang tercantik di Lembah Kashmir dan juga masyhur sebagai tempat permainan Ski yang tertinggi di dunia.
  • Tetamu akan dibawa menaiki kereta kabel ke pergunungan Gulmarg dari 8800 kaki ke 10200 kaki ke Khalinmarg yang sering menjadi lokasi pengambaran filem Bollywood seperti Bobby dan banyak lagi.
  • Makan tengahari di Gulmarg Resort sambil menikmati pemandangan yang mengasyikkan di Khalinmarg. Sekiranya masa mencukupi, tetamu boleh mencuba untuk menunggang kuda atau menaiki Sledge atas perbelanjaan sendiri.
  • Kembali ke Srinagar dan solat di Masjid Jama, masjid terbesar di Kashmir yang dibina pada abad ke-14, karya seni bina yang indah dengan pengaruh dari Asia Tengah dan China.
  • Seterusnya di bawa membeli belah di pasar tempatan dan makan malam. Bermalam di Houseboat.
4
KASHMIR (SRINAGAR) – SONAMARG - KASHMIR (SRINAGAR) (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di Houseboat.
  • Bertolak ke Sonamarg atau lebih dikenali sebagai Golden Meadow. Sonamarg terletak di Sindh Valley yang dipenuhi dengan bunga dan dikelilingi gunung. Sonamarg mempunyai pemandangan yang menakjubkan iaitu Nallah Singh, anak sungai terbesar di sungai Jehlum di Kashmir Valley.
  • Berhenti di Kangan Town, sebuah bandar gunung kecil yang menarik di mana gunung-gunung dari lembah-lembah di sekitarnya.
  • Setibanya di Sonamarg, tetamu dapat merasakan seperti berada di Swiss Alps.
  • Selepas makan tengahari, meneroka ke lembah Sonamarg dan perjalanan ke Thajwas Glacier sama ada dengan berjalan kaki atau menunggang kuda (menunggang kuda di atas perbelanjaan sendiri). Thajiwas Glacier merupakan tempat yang indah sehinggakan banyak pembuatan filem Bollywood dirakamkan di sini, antaranya filem komedi Bajrangi Bhaijaan.
  • Kembali ke Srinagar melalui Masjid Hazratbal yang terletak di tebing Dal Lake dan membeli belah di pasar tempatan.
  • Kembali ke Houseboat dan makan malam.
5
KASHMIR (SRINAGAR) – NEW DELHI - AGRA (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak ke Lapangan Terbang Domestik untuk penerbangan ke New Delhi.
  • Makan tengahari di restoran tempatan dan tetamu di bawa  mengunjungi pasar tempatan untuk membeli-belah.
  • Meneruskan perjalanan ke Agra. Makan malam dan daftar masuk hotel. Bermalam di Agra.
6
AGRA - JAIPUR (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Seterusnya tetamu di bawa melawat salah satu dari Seven Wonders of the World iaitu Taj Mahal yang dibina oleh Mughal Shah Jahan sebagai lambang kebesaran cinta terhadap isterinya iaitu Mumtaz Mahal pada tahun 1648. Monumen yang dibina dengan menggunakan batu marmar putih ini mengambil masa selama 22 tahun untuk disiapkan dan merupakan binaan yang paling tepat sisi geometrinya di dunia.
  • Seterusnya, melawat Agra Fort, iaitu sebuah kota istana besar yang dibina oleh Maharaja Akhbar yang merupakan datuk kepada Shah Jahan pada tahun 1565. Kompleks istana ini dibina daripada batu pasir merah seluas 94 ekar. Tetamu dapat menyaksikan keunikan bahagian dalam bangunan yang telah diubahsuai semasa pemerintahan Shah Jahan. Istana yang asalnya dibina daripada batu pasir merah telah diubahsuai dan ditambah dengan batu marmar putih dan dihiasi batu permata. Membeli belah barangan cenderahati seperti Marble.
  • Selepas makan tengahari, bertolak menuju ke Jaipur.
  • Setibanya di Jaipur, daftar masuk hotel dan bermalam di Jaipur.
7
JAIPUR (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi di hotel. Tetamu di bawa melawat sekitar Jaipur yang dikenali sebagai "Pink City". Jaipur adalah ibukota negara yang berwarna-warni di Rajasthan.
  • Melawat Amber Fort adalah contoh hebat seni bina Rajputana dengan teres dan benteng yang boleh dilihat bayangan Amber Fort dari Tasik Maota. Tetamu berpeluang menaiki gajah untuk naik ke Amber Fort.
  • Kembali ke bandar untuk lawatan ke City Palace Museum di mana tetamu dapat melihat gabungan lereng bukit dan dikelilingi oleh Kubu..
  • Kemudian lawatan ke City Palace, adalah kediaman utama bekas keluarga yang memerintah dan terkenal dengan seni bina yang menakjubkan, terumbu Rajasthan dan Mughal Art.
  • Turut melawat ke Hawa Mahal (Palace of Winds) - keajaiban lima tingkat dengan pyramidal yang menakjubkan dan tingkap yang mengagumkan.
  • Seterusnya tetamu di bawa membeli-belah di Jaipur seperti kain kapas dan batu permata tekstil yang terkenal di Jaipur.
  • Makan malam dan kembali ke hotel.
8
JAIPUR – NEW DELHI (SP/MT/MM)
  • Sarapan pagi dan daftar keluar hotel.
  • Bertolak menuju ke New Delhi dan setibanya di sana, tetamu di bawa untuk makan tengahari.
  • Seterusnya tetamu akan bersiar-siar di Old dan New Delhi. Melalui Red Fort yang merupakan Fort dan istana Istana Empayar Mughal.
  • Kemudian tetamu di bawa melawat ke Qutub Minar yang dikelilingi oleh beberapa monumen bersejarah yang terhubung dengan menara dan merupakan sebahagian dari kompleks Qutub. Ianya merupakan sebuah bangunan menara bulat setinggi 72.5 meter dan mempunyai 379 anak tangga dibina oleh Qutb-Ud-Din Aibak pada tahun 1192 dan siap pada 1368.
  • Melalui India Gate setinggi 42 meter, merupakan peringatan kepada 90,000 Askar India yang dibunuh semasa Perang Dunia ke 1 dan Perang Afghanistan, Istana Presiden, Rumah Parlimen dan Bangunan Kerajaan.
  • Selepas makan malam di restoran tempatan, bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi untuk menaiki penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
9
NEW DELHI – KUALA LUMPUR
  • Selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 2)
PAKEJ TERMASUK

  • Tiket penerbangan pergi balik kelas ekonomi beserta cukai lapangan terbang.
  • Penginapan 8 malam yang selesa di hotel bertaraf 4* (rujuk jadual senarai hotel).
  • Makanan sesuai Muslim seperti yang terdapat di dalam aturcara.
  • Pengangkutan bas persiaran yang selesa dan lawatan seperti aturcara.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan: Agra Fort, Taj Mahal dan Taman Bunga Nishat, Qutab Minar, Amber Fort.
  • Menaiki gajah di Jaipur untuk naik ke Amber Fort.
  • Menaiki sampan Shikara di Dal Lake.
  • Tiket menaiki kereta kabel di Gulmarg, Kashmir.
  • Urusan visa memasuki India.
  • Perkhidmatan pemandu pelancong berbahasa Inggeris yang berpengalaman.
  • Tip kepada pemandu pelancong dan kapten bas persiaran.
  • Diiringi ketua rombongan dari Kowamas Holidays Sdn. Bhd. yang terlatih.
  • Percuma beg kembara Kowamas Holidays Sdn. Bhd. setiap seorang (kecuali bayi)
  • Insurans kembara (travel insurance)
 
TIDAK TERMASUK

  • Surcaj tambahan ketika musim puncak, perayaan dan cuti sekolah.
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, mini bar dan perkhidmatan porter dll.
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagi lebihan had bagasi yang di bawa.
  • Lain-lain perkara yang tidak dinyatakan di dalam aturcara.
You don't have permission to register